Friday, December 28, 2007

3 Sebab Prestasi Arsenal Teruk.

Saya tertarik dengan komen-komen media di Internet berkenaan kegagalan Arsenal untuk mengekalkan kedudukan teratas EPL setelah Arsenal hanya berjaya seri 0-0 dengan Portsmouth tempoh hari. Mengikut pemerhatian saya jugak terhadap game-game sebelum ni(lawan Newcastle,Midlesbrough,Totenham), selain daripada masalah kecederaan yg melanda skuad the gunners, terdapat 3 sebab utama yg membuakan Arsenal tidak bermain cantik seperti awal-awal season dulu.

1. Kekeliruan antara Fabregas dan Hleb

Melalui sistem 4-4-1-1, Hleb bermain di tengah antara Adebayor dan Fab. Hleb dan Fab duduk berhampiran dalam padang. So, bila bola sampai di kawasan tengah, Hleb akan mengambil bola tersebut membuatkan Fabreg bertindak untuk turun ke bawah sedikitdan memberi ruang kepada Hleb untuk membawa bola.Fungsi Fabreg sebagai attacking midfielder dan gerakan-gerakan kreatifnya jadi terbatas kerana terdapat Hleb di depannya. So, bila kekreatifan Fabregas takde, Arsenal nye permainan pun jadi kurang teratur lah.

2. Sistem 4-4-1-1 membuatkan Adebayor berseorangan

Adebayor bukanlah seorang striker yg licik dan boleh mencipta gerakan sendiri seperti Eto, Henry, Drogba atau Torres. Dia perlu ada pasangan striker nya sebab dia akan passing kat sape-sape kalo dapat bola kalau dia rase dia dah dekat dengan defender lawan. Kawalan bola Ade pun tak lah sebagus mana. Jadi, Wenger kena bermain 2 penyerang untuk pasukannya sama ada masukkan Bendtner atau eduardo untuk berpsangan dengan Ade, atau keluarkan Adebahyor ni terus dan gandingkan Eduardo dgn Bendther(gandingan diorang mantap jugak masa Carling Cup aritu). Tapi kalau ade Van Persie lagi lah bagus. Dia ni boleh kata striker yg boleh diharapkan jugak.Ade memang sesuai lah dengan dia. Tapi kalau nak striker lagi mantap, belilah striker baru January ni macam Benzema, Anelka dan Berbatov. haha.

3.Kawalan bola kurang baik.

Apa yg dapat saya lihat semakin hari makin banyak pulak Arsenal ni main bola hantaran tinggi(long ball). Kalau dulu Arsenal memang terkenal dengan teknik permainan Short-Pass nya, skarang pass pun dah makin teruk. Memang lah banyak je passing diorang yg tepat, tapi banyak jugak yg tak tepat. Pastu dapat kat pihak lawan lak. Susah laa kalau kene counter. Tapi nasib baik Clichy laju dan keras jugak. Boleh lah dia back-up balik.

Paling saya tak puas hati kalau Eboue dapat bola. Dia macam tak kreatif langsung lah. Nak cross, tapi tak tengok orang dulu. Pastu cross lak jauh-jauh. Dia ni jugak sangat suka main rembat je bola ke gol. Memang sia-sia jelah team-mate dia attack, pastu die buang bola gitu je.

cepatlah sembuh wahai RVP

Itulah antara sebab kenapa prestasi Arsenal merudum baru-baru ni. So far, defend ok je. Gallas memang dah memimpin pasukan dengan baik. Tambah-tambah lagi Almunia sedang berada pada prestasi terbaik dia sekarang ni.

Apa yang kita boleh harapkan adalah Van Persie sihat cepat. Dia dah main nanti, sure Wenger akan guna formasi 4-4-2.Boleh lah Hleb main wing kanan balik, dan Fabregas akan jadi lebih kreatif dan buat "move-move" merbahaya dia. So, team arsenal pun bakal ditakuti baliklah oleh team-team lain yang cuba nak menggugat misi Arsenal nak menjadi juara EPL! Selamat berjaya kepada pejuang-pejuang ARSENAL!!! yeah~

3 comments:

  1. kenapa xdimasukkan eduardo je??jarang la budak tu dapat main..hairan jugak~

    toure plak~bile die naik atas sket mesti bola terlepas drp kaki die~
    lagipun bdasarkan pemerhatian..toure ni depan gol main redah je~tgk la.sblm ni lwn spurs..die punca er..nasib almunia save..dengan boro~die jugak~

    ReplyDelete
  2. fabregas juga nampak lemah di bahagian tengah..bendtner perlu dimasukan awal..

    ReplyDelete
  3. pjoy08, saya pun rase eduardo patut dapat main 1st team slalu. kasi peluang lah dia nak tunjuk kan bakat pulak kan.huhu asik simpan je. nanti jadi cm limau busuk lak,asik peram je.hehe.. yes afham,bendtner juga begitu. perlu diserlahkan bakat dia tu. jgn masuk lambat sgt.

    ReplyDelete