Tuesday, December 25, 2007

Almunia Menjadi Penjaga Gol England?


Sudah 2 kali saya becerita pasal gol keeper Arsenal kan? Terpulang pada anda sama ada ianya boring atau tidak tetapi bagi saya, cerita yg paling menarik perhatian saya kali ini adalah tentang, Bro Almunia kita berminat pula untuk menjaga gawang skuad kebangsaan England. Mesti anda tertanya-tanya bukan? Almaklumlah, Almunia ni kan org Spain(cm Bro Fabreg la). Macam mana orang Spain boleh wakil England pulak?

Haa, camni la ceritanya... Sebab kan Almunia ni tak pernah lagi wakil untuk Spain sebelum ni, jadi dia boleh pilih warganegara yg dia nak, dan mewakili pasukan kebangsaan negara tersebut. Negara yg dipilihnya sudah pastilah England sebab dia sudah melepasi tempoh kewarganegaraan negara tersebut. England adalah dimana dia mula mencipta nama dan dikenali dalam arena bola sepak ni. Bro Almunia mula berminat nak main di peringkat antarabangsa setelah dia merasakan yang prestasinya baru-baru ni sangat memberangsangkan dan 'wajar' diberi peluang untuk bermain di peringkat lebih tinggi. Lagi-lagi sekarang ni England mempunyai masalah dengan pemilihan penjaga gol utama walaupun mereka mempunyai ramai pemain-pemain berbakat macam Paul Robinson, Scott Carson, David James dan lain-lain lagi.(Dulu jadi ancaman dekat Pak Leman, sekarang kat diorang ni pulak.hehe)

Selaku pengurus pasukan yg disayangi oleh Almunia dan rakan-rakannya di Arsenal, Arsene Wenger pun turut menyokong keputusan yg bakal dibuat oleh anak buahnya itu setelah dia merasakan Spain terlalu 'bodoh' tidak mengambil Almunia mewakili pasukan negara itu dan England patut cepat-cepat tanpa memikir 2 kali untuk mengambil pemain ini.

Ala,lagipun Spain dah ramai penjaga gol yg boleh kata hebat lah macam Iker Casilas, Jose Reina dan juga Victor Valdes. Jadi tak salah la kalau Almunia nak main untuk England pun.

note : Spain = Sepanyol

6 comments:

  1. bagus dan pilihan yg bijak. sebab Almunia pun dah lanjut umur .. nak maen kat spain jadi GK utama mungkin umur 49.99 br dpt kot! lg pun takder lah org nak bising2 lg kata AW tak ambik pemain England nie siap masuk warganegara England lagi tue England patut berbangga ngan Abg Almu kita nie hehehe

    ReplyDelete
  2. ye betol!!! almunia patut masuk england dan terus jadi 1st golkeeper!! say gubye to james,robinson dll..hehe

    ReplyDelete
  3. hohoho jemputlah msuk england... sian kt england xde keeper... hohoho hebat gak almunia ni....hohoho

    ReplyDelete
  4. baru taw ke almunia hebat??;) arsenal player semua hebat!!!haha

    ReplyDelete
  5. gua bru knal almunia ni....

    ReplyDelete
  6. ooo..yeke.. untuk pengetahuan mu, almunia ni keeper kedua arsenal dulu.. dia duk blakang pak leman je slalu.. tapi musim ni, dia dah diberi kepacayaan oleh wenger tuk jadi golkeeper utama lepas pak leman buat 2 kesilapan bodoh masa awal2 musim ni. pastu almunia ni lak sentiasa on-form baru2 ni terutama bile masa perlawanan2 penting.

    ReplyDelete