Saturday, December 22, 2007

Beckham Akan Menyertai The Gunners!!


Beckham telah bersetuju untuk menyertai skuad Arsene Wenger Januari ini....untuk 'berlatih' bersama-sama semasa musim penutupan MLS.

Beckham yang bermain untuk pasukan LA Galaxy diberikan kebenaran khas untuk memilih mana-mana kelab di London untuk beliau berlatih semasa kempen liga MLS tamat dan kelab yang mungkin dipilihnya adalah Arsenal.

AW memberitahu pemberita bahawa mereka sedia menerima Beckham untuk berlatih bersama skuad bimbingannnya kerana rumah Beckham dekat dengan tempat latihan mereka. Beckham perlu cergas untuk menghadapi saingan MLS musim baru nanti. Jadi tidak salahlah jika Beck mahu berlatih bersama-sama skuad Arsenal.

Beckham juga perlu membuktikan kecergasannya kepada jurulatih baru England Fabio Capello untuk mendapatkan caps ke 100 nya buat England.

Ditanya sama ada Beckham akan bermain sementara untuk Arsenal tahun depan, AW menjawab, "Beckham datang hanya untuk mengekalkan kcergasan dan berusaha lebih gigih".... Sempoi lah Wenger!!~


4 comments:

  1. hopefully la
    aku suker beckham..
    die dtg arsenal mmg aku join arsenal kay

    ReplyDelete
  2. Beckham memang tidak akan masuk Arsenal. Sebab dia ada contract dengan LA Galaxy sekarang... tapi mungkin wenger hendak loan beckham untuk champions league kejap.mane taw..hehe

    ReplyDelete
  3. cut3 arsenal12/24/2007 6:36 AM

    amerika dah tamat dah bola dia, liga dia tak besor sangat jadi bleh ler abg bec kita lepak kat arsenal berlatih ngan AW selain tue leh gak ajar adik2 dia skill tersirat sepakan maut dia tue .. lepas nie abg fab saya ngan persie mesti makin lencong nyer lah sepakan dia org! huyoo

    ReplyDelete
  4. tu laa psal... aku harap fabregas n persie leh blajar amek freekick dr beck... sure letop ah arsenal pasni...wawawawa

    ReplyDelete