Thursday, December 20, 2007

Review: Skuad Muda Gunners menewaskan Blacburn Rovers


Skuad muda Arsenal yang purata berumur 19.6 tahun berjaya menewaskan skuad utama Blackburn dalam Suku Akhir Carling Cup di Ewood Park. Mereka berjaya mengawal perlawanan dan membuat Blackburn cemas untuk 45 minit pertama di mana mereka mendahului dengan jaringan seawal minit ke-6 melalui Abou Diaby yang menerima umpanan daripada N.Bendtner. Gol kedua pula menyusul pada minit ke-29 menerusi Eduardo yang menerima "through pass" yang sangat cantik daripada Denilson.

Dua gol awal ini membuatkan pasukan lawan tersentak dan mula bermain berhati-hati melawan skuad muda ini. Akibat kesilapan penjaga garisan aka linesman yang tidak memberi offsaid kepada Blackburn, Santa Cruz berjaya merapatkan jurang gol sebelum separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua pelua menyaksikan Blackburn mula bermain bola tinggi dan mengucar-kacirkan barisan pertahanan Arsenal di bahagian tengah. Ini menyukarkan barisan pemain pertahanan Arsenal terutama Alex Song - namun Song bermain cantik pada perlawanan itu.

Tendangan percuma yang diambil oleh bekas pemain Arsenal, Bentley berjaya menghasilkan gol setelah umpanan Bentley disambut oleh Santa Cruz untuk gol penyamaan pada minit ke-60.

Gol tersebut kekal sehingga tamat 90 minit yang pertama disamping perlawanan dihidang dengan beberapa aksi keras daripada kedua-dua pasukan. Akibatnya, Denilson telah dilayangkan kad merah pada minit ke-90 akibat terjahan keras ke atas David Dunn. Arsenal terpaksa bermain dengan 10 orang dalam masa tambahan.

Masa tambahan bermula dengan Blackburn merasakan kemenangan bakal menjadi milik mereka ketika menentang 10 orang pemain Arsenal. Namun, Eduardo memusanahkan harapan Blackburn untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menjaringkan gol ketiga pada minit 104 setelah menerima umpanan daripada Alex Song yang kekal sehingga tamat perlawanan.

Arsenal mara ke separuh akhir bersama Tottenham Hotspurs yang berjaya menewaskan Manchester City 2-0.

Gol kedua Arsenal daripada Eduardo

Berikut adalah "rating" saya ke atas aksi cemerlang skuad muda Gunners dalam perlawanan ini.

Fabianski
Permainan yang baik dengan menyelamatkan beberapa cubaan yang bahaya. Namun kelemahan mengagak bola cross dengan tepat sedikit nyata kerana banyak menumbuk bola daripada menangkap kemas. Dia akan menjadi penjaga gol yang hebat jika kelemahan ini dapat diatasi. 7

Hoyte
Persembahan yg memberangsangkan. Tackle yang tepat dan kemas. Berjaya menghalang beberapa percubaan berbahaya Blackburn di minit-minit akhir perlawanan. 8

Traore
Skuad Arsenal kini tidak perlu risau sekiranya Gael Clichy mendapat kecederaan. Ini kerana Traore juga seorang pemain pertahanan kiri yang hebat dalam bertahan dan serangan. Dia bermain dengan baik dan memberi impak yang besar kepada pasukan lawan. 8

Senderos
Kapten pada perlawanan ini. Melakukan beberapa kesilapan kecil yang mengakibatkan dia kehilangan pemain yg dikawalnya. Keseluruhan, persembahan yang baik. 7

Song
Sangat mengagumkan!! Gerakan pantasnya berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Blackburn. Umpanan-umpanan yang menarik berjaya dibuat. Menjadi perancang untuk gol kemenangan Arsenal pada minit 104. Boleh diserapkan ke skuad utama Arsenal. 9

Diarra
Permainan terbaiknya untuk Arsenal setakat ini. Mengawal kawasan tengah padang dengan baik dan tackle-tackle yang tepat. Jika dia tidak menyimpan bola terlalu lama, permainan nya boleh ditingkatkan dan menjadi kesebelasan utama Arsenal lebih kerap. 9

Denilson
Perancang yang baik. Bola-bola set piece yang berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan Blackburn. Bermain dengan baik sebelum hilang pertimbangan pada minit-minit akhir. 7

Randall
Debut yang tidak mengecewakan. Bermain dengan baik tetapi terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Menjadi perancang kepada gol pembukaan Arsenal oleh Diaby. 7

Diaby
Vieira yang baru! Pemain muda ini berjaya meloloskan dirinya dalam kawasan pertahanan lawan dan menyukarkan mereka. Persembahan yang sangat mengagumkan dan ada potensi untuk bermain dengan kesebelasan utama lebih kerap. 8

Bendtner
Persembahan yang mengagumkan. Hebat di udara dan memiliki kawalan bola yang baik di padang. Persembahan ala Ibrahimovic yang yang berjaya membuatkan pertahanan lawan kelam-kabut. Memiliki semangat juang yang tinggi untuk menjaringkan gol. 8

Eduardo
Penyudah yang sangat hebat!! Dia merupakan seorang finisher yang sangat berbisa. Memiliki skill yang tinggi dan pantas. Namun, dia perlu lebih berhati-hati mengawal bola kerana selalu hilang bola di kaki.8

Bagi saya, Man of the Match adalah milik Alex Song!!

Pemain simpanan-mereka diturunkan pada lewat permainan:

Barazites : tidak bernasib baik kerana mendapat kecederaan dlm perlawanan ini. Tapi memiliki sentuhan yang baik.
Merida : Tampak gugup di padang. Mungkin perlu diberi pendedahan lagi.
Gibbs : Sekejap sangat main. Tak sempat nak nilai.hehe

No comments:

Post a Comment