Thursday, December 27, 2007

Review: Taktik Bertahan Pompey Musnahkan Harapan The Gunners

Jelas sekali perlawanan pagi tadi tidak begitu memihak kepada anak-anak buah Wenger kerana dipaksa seri tanpa jaringan dengan tuan rumah, Portsmouth. Gunners yg bermain dengan formasi 4-4-1-1 dimana Adebayor sentiasa keseorangan di atas sampai tidak berjaya memberikan ancaman yg besar kepada pihak lawan seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini(sebenarnya aku tak puas ati gile ngan die dalam game ni.hampeh!). Rata-rata pemain Gunners tidak berapa selesa dengan cara permainan skuad Pompey tapi apakan daya, mereka sudah melakukan yg terbaik.

Portsmouth yg bermain dihadapan penyokong sendiri bermain formasi 4-5-1 menunjukkan permainan bertahan yg berkesan sehingga berjaya mengikat the Gunners tanpa sebarang jaringan( 1st time Arsenal tak dapat gol dalam satu perlawanan). Mereka meninggalkan Kanu bersendirian di atas sebagai penyerang, manakala 10 yg lain bertahan dengan baik sekali. Pemain-pemain 'defender' the Gunners pula seolah-olah tidak bermain bola disebabkan oleh taktik bertahan ini.

Peluang terbaik Arsenal untuk dapatkan gol hanya datang pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Rosicky dan Gallas. Namun cubaan mereka tidak menepati sasaran.

Berikut merupakan 'rating' pemain Arsenal untuk perlwanan ini:

Almunia.....8

Sekali lagi bertindak cemerlang menjaga gawang Arsenal. Banyak menyelamatkan percubaan bahaya dari Pompey terutama semasa 'one-on-one' dengan Benjani.

Sagna.....7

Permainan yg baik ditunjukkan. Mempunyai 'chemistry' yg baik dengan Eboue di bahagian sayap kanan.

Clichy.....8

Pantas dan bertenaga. Sentiasa turn dan naik dengan cepat sehingga pihak lawan menjadi kucar-kacir. Benjani turut tidak dapat berbuat apa-apa setelah di 'mark' oleh Clichy dengan baik skali.

Gallas.....7

Mengawal pertahanan dengan baik. Nyaris memberi kemenangan kepada Arsenal. tapi cubaanya tersasar jauh.

Toure.....7

Bermain dengan baik. Banyak membantu bahagian serangan tetapi masih tidak berjaya pecah kebuntuan.

Rosicky.....8

Banyak melakukan cubaan berbahaya ke pintu gol Portsmouth. Tapi kurang menjadi kerana sedikit gopoh. Namun, dia banyak menggerakkan bahagian tengah dengan gerakan-gerakan yg mengelirukan pihak lawan.

Hleb.....7

Banyak gerakan cantik dilakukan. tetapi fungsi nya sebagai 'back-up' Adebayor tidak menampakkan hasil dan Hleb seolah-olah kekok dgn posisi tersebut. Tapi pergerakan nya masih berbisa seperti dulu.

Eboue.....6

Masih melakukan kesalah yg sama berulang kali. Cross yg sia-sia banyak dilakukan. Namun gabungan nya dengan Sagna boleh dikatakan sangat mantap.

Fabregas.....6

Kurang menyerlah dalam perlawanan ini. Namun terdapat 2 3 hantaran cantiknya telah memperdayakan ppihak lawan.

Flamini.....7

Bermain baik seperti biasa. Bermain midfield dengan baik dan membantu barisan pertahanan.

Adebayor.....6

Mungkin disebabkan banyak bermain berseorangan membuatkan dia tidak berupaya berbuat apa-apa. Seharusnya di gandingkan bersama Bendtner dari awal. Adebayor masih lagi gagal dapat mengawal bola dengan baik sehingga banyak memberi bola begitu shaja kepada pihak lawan.

pemain gantian

Diaby.....6

Kekok bermain dengan skuad utama. Sering kali kehilangan bola dari kawalan.

Bendtner.....7

Memberi sedikit impak kepada barisan serangan the Gunners. Membuka peluang untuk rosicky mencipta gol tapi gagal disempurnakan dengan baik. Mungkin kemasukannya yg agak lambat adalah satu kesilapan.

Bagi saya pemain terbaik untuk perlawanan ini harus dimiliki oleh Tomas Rosicky! Bravo!!




2 comments:

  1. bagi aku~permainan pagi tadi agak pantas~arsenal sinonim dengan hantaran pendek yang tepat~tp disebabkan bermain corak pantas sume er mcm kelam kabut~

    pompy main bertahan~hampir kesemua pemain berada di kawasan sendiri.sekali skala buat serangan balas~cemas jugak~nasib baik keeper bayeekk punye~

    kredit aku bg kat clichy~kepantasan clichy banyak menyelamatkan keadaan cemas depan gawang gol~

    ReplyDelete
  2. yes..sebab taktik bertahan pompey lah, arsenal kurang menjadi dlm serangan. susah juga sebab player arsenal kan badan kecik2. bila lwan pemain pompey yg besar2 yg bermain corak bertahan mmg susah la nak lepas. saya juga tertarik dgn corak permainan clichy. benjani x boleh grak sgt di buatnya.haha

    ReplyDelete