Friday, December 21, 2007

Vela- Saya tidak sabar untuk menyertai Arsenal!


Carlos Vela, pemain berusia 18 tahun yang berasal dari Mexico menyatakan hasratnya yang teruja untuk menyertai skuad The Gunners di bawah pimpinan Arsene Wenger.

Pemain Arsenal yang dipinjamkan kepada kelab Divisyen 1 Sepanyol, Osasuna berharap dapat membuktikan sesuatu kepada pengurus kelab tersebut semasa beliau berada di Arsenal kelak.

"Saya mahu menyertai Arsenal secepat yang mungkin," Vela memberitahu akhbar di Sepanyol,Libero." Saya akan terus berusaha untuk menempatkan diri dalam skuad utama Wenger dan membiasakan diri dalam kancah EPL."

Vela juga berbangga dan memuji pencapaian yang dikecapi Arsenal sekarang.

"Saya mengikuti perkembangan skuad Arsenal dan berharap mereka kekal mendahului takhta EPL,"katanya. "Saya juga gembira Arsenal layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League dan berharap mereka dapat bertemu dengan mana-mana kelab dari Sepanyol nanti."

Apa pendapat anda tentang pemain ini pula?

No comments:

Post a Comment