Sunday, December 30, 2007

Review : Dua Gol Eduardo Lonjak Arsenal Ke Takhta Liga


Arsenal sekali lagi membuktikan mereka adalah yg terbaik setelah berjaya menumpaskan tuan rumah Everton dengan bergaya 4-1 hasil 2 jaringan daripada Eduardo, 1 daripada Adebayor dan Rosicky. Anak-anak buah Wenger boleh tersenyum lebar menjelang tahun baru ini setelah mereka kembali merampas takhta liga daripada MAnKayu yg tewas kepada West Ham 1-2 dlm perlawanan sebelum itu.

Arsene Wenger telah merombak kesebelasan utamanya dengan memasukkan Eduardo, Bendtner dan Diaby menggantikan Rosicky,Adebayor dan Eboue untuk bermain formasi 4-4-2.Walaubagaimanapun, jujur saya katakan, permainan Arsenal pada separuh masa pertama ter-sangat-lah teruk sehinggakan mereka ketinggalan 1-0 pada minit ke-20 hasil jaringan Tim Cahill yg berpunca daripada sepakan sudut. Namun, saya percaya permainan teruk mereka adalah disebabkan hujan lebat yg turun sepanjang separuh masa pertama di Goodison Park. Hujan(bukan yg nyanyi lagu "pagi yg gelap") yg turun telah menyukarkan Arsenal untuk bermain 'short-pass' yg biasa mereka main. Biasalah, bila dah hujan padang dan bola mestilah licin, so susah nak bajet. Jadi lebih banyaklah 'long-pass' yg kita jarang lihat dilakukan oleh the Gunners telah dilakukan.

'Kegarangan' the Gunners bermula pada separuh masa kedua(waktu ni hujan dah berhenti) apabila Eduardo menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47 setelah menerima hantaran cantik daripada Clichy.Eduardo dengan tenang menjaringkan gol tersebut walaupun diasak oleh Jagielka.

11 minit kemudian, bekas penjaga gol Man Kayu, Tim Howard sekali lagi tertewas dengan jaringan gol kedua daripada Eduardo yg berjaya membuat gerakan yg sangat cantik setelah menerima umpanan daripada Bendtner walaupun sekali lagi diasak oleh Jagielka. Eduardo memilih sudut yg paling sukar untuk menjaringkan kedua-dua gol nya supaya kelihatan lebih bergaya(haha).

Arsenal bermain dengan 10 orang pada minit ke-74 setelah Bendtner menerima kad kuning kedua setelah melakukan terjahan ke atas Andy Johnson.

Walaupun bermain dengan 10 orang pemain, Arsenal tidak berputus asa untuk mencari gol. Hasilnya 4 minit kemudian, pemain gantian, Adebahyor berjaya menjaringkan gol mudah hasil kesilapan kecil Tim Howard dan pertahanan Everton.

Pada minit ke-80, pemain Everton, Mikel Arteta pula dilayangkan kad merah setelah menyiku muka 'star' Arsenal, Cesc Fabregas. Tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan beberapa pemain Arsenal sehinggakan berlaku sedikit pergaduhan kecil antara pemain kedua-dua pasukan.

Dikala kemenangan sudah nampak berpihak kepada Arsenal, Tomas Rosicky menambah derita Everton dengan menjaringkan gol keempat Arsenal pada minit ke-92 setelah menerima umpanan Diaby yg membuat gerakan cantik bersama Adebayor. Kemenanagan mutlak 4-1 dimiliki oleh Arsenal dan mereka berjaya memintas Man Kayu untuk menerajui persada liga.

3 bintang utk pesembahan separuh masa pertama dan 7 bintang utk pesembahan separuh masa kedua untuk the Gunners. So, overall saya kasi 5 bintang untuk mereka!!haha

Berikut adalah Rating pemain untuk perlawanan ini:

Almunia....7

Bermain cemerlang walaupun keadaan bola dan padang yg agak licin. Perlu diberikan kredit untuk setiap bola yg diselamatkannya. Almunia nyaris-nyaris cedera di awal permainan sehingga Lehman disuruh untuk ready menggantikannya. Namun lari-lari kecil Lehman hanyalah sekadar berlari kerana Almunia telah cergas semula dan bermain sehingga tamat 90minit. Sedih muka Pak Leman masa tu.Ahakz.

Gallas.....8

Kapten yg hebat! Dia berjaya memintas banyak percubaan-percuban berbahaya daripada pemain Everton. Ketangkasannya telah banyak menyelamatkan Arsenal daripada dibolosi.

Toure.....8

Gandingan mantapnya bersama Gallas berjaya menyekat serangan Everton. Mujur dengan kehadiran kedua-dua pertahanan tengah ini telah memberi kesan yg besar dlam mempertahankan kubu Arsenal.

Sagna.....7
Sagna bermain seperti sediakala dia bermain. Hantaran-hantaran nya banyak mengucar-kacirkan pertahanan Everton. Dia juga banyak membantu Arsenal dlm bertahan.

Clichy.....8

Inspirasi untuk gol pembukaan Arsenal. Lorongan cantiknya telah membuka ruang untuk Eduardo menjaringkan gol. Larian pantasnya di sebelah kiri sangat membantu Arsenal dalam melancarkan serangan.

Hleb.....7

Kurang menjadi dalam perlawanan ini. Mungkin disebabkan fizikal yg kecik.Tetapi masih ada gerakan-gerakan berbahaya yg dibuat oleh pemain ini dengan larian cantik dan mengelirukan.

Diaby.....6

Dia juga kurang menjadi dalam permainan ini. Kawalan bola nya sering kali dapat dibaca oleh pihak lawan. Namun, dia berjaya membuka ruang untuk Rosicky menjaringkan gol penutup buat Arsenal.

Flamini.....7

Bermain tangkas dan pantas. Membantu barisan pertahanan dengan baik. Dia masih berlari dan berlari sehingga tamat perlawanan.bagus2~

Fabregas.....7

Penggerak di barisan tengah Arsenal. Sumbangannya masih diperlukan oleh rakan sepasukan. Dia juga banyak membantu barisan pertahanan disamping melancarkan serangan.

Bendtner.....6

Jarang mendapat peluang dalam kesebelasan utama. Tapi bila ada peluang, dapat kad merah pulak. apakan nasib.huhu. Tandukannya kepada Eduardo telah membuka ruang kepada Eduardo untuk score. Namun kesilapannya semasa gol pendahuluan Cahill tidak harus dipersalahkan.

Eduardo.....9

Hebat! Sangat hebat! 2 gol nya telah menjulang semula the Gunners. Walaupun nampak ketidakserasiannya dengan Bendtner pada separuh masa pertama, 'chemistry' kedua-dua pemain ini dapat ditunjukkan pada separuh masa kedua. Gol-gol yg dihasilkannya adalah sangat menarik. Gol pertama ala-ala 'Lagenda Henry' dan gol keduanya mengingatkan saya kepada jaringan gol yg pernah dibuat oleh Dennis Bergkamp untuk Arsenal dahulu.

Pemain gantian

Adebayor.....8

Walaupun bermain sekejap sahaja, impaknya dapat dirasakan. Dia cepat mengambil peluang dari kesilapan pihak lawan untuk gol ke-3 Arsenal.Dia juga yg mencipta gerakan untuk gol ke-4 Arsenal.

Diarra.....5

Tidak sempat beraksi banyak. Mungkin dia masih mahu berpindah ke kelab lain disebabkan kekurangan ini.
Rosicky.....7

Tidak perlu banyak masa untuk menjaringkan gol. Walaupun masuk pada lewat masa perlawanan, masih mampu untuk menjaringkan gol untuk menambah koleksi peribadinya.bravo~

Man of The Match untuk perlawanan ini ialah Eduardo Da Silva!!

Untuk Edisi kali ini, saya ingin memberikan serangkap pantun untuk Fan-fan Arsenal di luar sana. Ini adalah sumbangan khas dari saudara "Dwan" :

Tahun baru akan menjelma,
Terengganu menjadi bandaraya,

Penyokong MU kena terima,

Arsenal pasukan paling bergaya.


SELAMAT TAHUN BARU!!!

Saturday, December 29, 2007

Preview : Everton vs Arsenal

Berjayakah pasukan kesayangan kita, Arsenal menduduki tangga teratas liga sebelum tahun baru ni? Haa, semuanya bergantung kepada perlawanan penting ni dimana The Gunners akan berkunjung ke Goodison Park untuk menentang Everton. Sejauh mana persediaan Wenger setelah menerima keputusan yg agak mengecewakan menentang Pompey Khamis lalu setelah hanya mampu berkesudahan tanpa jaringan? Apa yg kita harapkan adalah skuad bimbingan AW dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam perlawanan ini dan mendapatkan semula takhta liga BPL. Kita juga perlu berharap keajaiban supaya Man Kayu tumbang ke tangan West Ham Utd di stadium lawan.

Skuad Gunners sudah pasti tidak akan dibarisi oleh kesebelasan yg sama ketika menentang Portsmouth tempoh hari. Wenger mempunyai rancangan yg lain supaya anak-anak buahnya dapat bermain cemerlang seperti awal-awal musim dulu. Arsenal bakal turun hanya dengan Robin van Persie(terlepas game lwn West Ham jugak) dan Theo Walcott yg mengalami kecederaan. Manakala Denilson pula masih dalam tempoh penggantungan. Sementara itu, Eboue tidak dibawa ke Goodison Park kerana ingin direhatkan.

Manakala Everton pula akan beraksi tanpa kehadiran ramai pemain seperti Leon Osman, Leighton Baines, Alan Stubbs, Iain Turner dan Andy van der Meyde yg cedera. Kapten Phil Neville dan Gravesen dijangka tidak dapat diturunkan juga atas sebab kecederaan. Namun barisan pasukan mereka masih kuat dengan kehadiran pemain bintang seperti Tim Cahill, Mike Arteta dan Andy Johnson(Alah, takde bende lah diorang ni.haha)

Bagi saya, AW perlu membuat rombakan terhadap skuad yg diturunkan ketika menentang Pompey Khamis lalu dengan bermain formasi 4-4-2 selain daripada 4-4-1-1. AW perlu memasukkan Bendtner atau Eduardo ke dalam kesebelasan utama. Hleb bermain di bahagian wing kanan(tempat Eboue) dan Bendtner/Eduardo bermain striker untuk berpasangan dengan Adebahyor. Ini akan memberi lebih ruang dan peluang untuk barisan tengah yg diketuai oleh Fabregas-Kesayangan-Kita untuk membuat gerakan kepada penyerang kita. Hleb juga boleh bergerak lebih bebas di belah kanan kerana dia sangat lah laju dan licik serta dibantu oleh Sagna. Mungkin juga Rosicky perlu direhatkan untuk game ini untuk memberi ruang kepada Diaby bermain. Diaby juga memiliki sentuhan yg baik jika dilihat daripada game-game sebelum ini.

Apa pun taktik yg digunakan oleh Weger malam ini diharap dapat memberikan kemenangan kepada pasukan Arsenal dan boleh mengekori rapat ManYu di takhta liga sekaligus memotong kedudukan mereka. Wenger pelu tahu, Di Malaysia ramai yang menyokongnya dari belakang supaya Arsenal boleh menang no.1!! yaahaa!!~

Image Hosted by ImageShack.us
Tinggalkan Mereka!!

Friday, December 28, 2007

3 Sebab Prestasi Arsenal Teruk.

Saya tertarik dengan komen-komen media di Internet berkenaan kegagalan Arsenal untuk mengekalkan kedudukan teratas EPL setelah Arsenal hanya berjaya seri 0-0 dengan Portsmouth tempoh hari. Mengikut pemerhatian saya jugak terhadap game-game sebelum ni(lawan Newcastle,Midlesbrough,Totenham), selain daripada masalah kecederaan yg melanda skuad the gunners, terdapat 3 sebab utama yg membuakan Arsenal tidak bermain cantik seperti awal-awal season dulu.

1. Kekeliruan antara Fabregas dan Hleb

Melalui sistem 4-4-1-1, Hleb bermain di tengah antara Adebayor dan Fab. Hleb dan Fab duduk berhampiran dalam padang. So, bila bola sampai di kawasan tengah, Hleb akan mengambil bola tersebut membuatkan Fabreg bertindak untuk turun ke bawah sedikitdan memberi ruang kepada Hleb untuk membawa bola.Fungsi Fabreg sebagai attacking midfielder dan gerakan-gerakan kreatifnya jadi terbatas kerana terdapat Hleb di depannya. So, bila kekreatifan Fabregas takde, Arsenal nye permainan pun jadi kurang teratur lah.

2. Sistem 4-4-1-1 membuatkan Adebayor berseorangan

Adebayor bukanlah seorang striker yg licik dan boleh mencipta gerakan sendiri seperti Eto, Henry, Drogba atau Torres. Dia perlu ada pasangan striker nya sebab dia akan passing kat sape-sape kalo dapat bola kalau dia rase dia dah dekat dengan defender lawan. Kawalan bola Ade pun tak lah sebagus mana. Jadi, Wenger kena bermain 2 penyerang untuk pasukannya sama ada masukkan Bendtner atau eduardo untuk berpsangan dengan Ade, atau keluarkan Adebahyor ni terus dan gandingkan Eduardo dgn Bendther(gandingan diorang mantap jugak masa Carling Cup aritu). Tapi kalau ade Van Persie lagi lah bagus. Dia ni boleh kata striker yg boleh diharapkan jugak.Ade memang sesuai lah dengan dia. Tapi kalau nak striker lagi mantap, belilah striker baru January ni macam Benzema, Anelka dan Berbatov. haha.

3.Kawalan bola kurang baik.

Apa yg dapat saya lihat semakin hari makin banyak pulak Arsenal ni main bola hantaran tinggi(long ball). Kalau dulu Arsenal memang terkenal dengan teknik permainan Short-Pass nya, skarang pass pun dah makin teruk. Memang lah banyak je passing diorang yg tepat, tapi banyak jugak yg tak tepat. Pastu dapat kat pihak lawan lak. Susah laa kalau kene counter. Tapi nasib baik Clichy laju dan keras jugak. Boleh lah dia back-up balik.

Paling saya tak puas hati kalau Eboue dapat bola. Dia macam tak kreatif langsung lah. Nak cross, tapi tak tengok orang dulu. Pastu cross lak jauh-jauh. Dia ni jugak sangat suka main rembat je bola ke gol. Memang sia-sia jelah team-mate dia attack, pastu die buang bola gitu je.

cepatlah sembuh wahai RVP

Itulah antara sebab kenapa prestasi Arsenal merudum baru-baru ni. So far, defend ok je. Gallas memang dah memimpin pasukan dengan baik. Tambah-tambah lagi Almunia sedang berada pada prestasi terbaik dia sekarang ni.

Apa yang kita boleh harapkan adalah Van Persie sihat cepat. Dia dah main nanti, sure Wenger akan guna formasi 4-4-2.Boleh lah Hleb main wing kanan balik, dan Fabregas akan jadi lebih kreatif dan buat "move-move" merbahaya dia. So, team arsenal pun bakal ditakuti baliklah oleh team-team lain yang cuba nak menggugat misi Arsenal nak menjadi juara EPL! Selamat berjaya kepada pejuang-pejuang ARSENAL!!! yeah~

Thursday, December 27, 2007

Review: Taktik Bertahan Pompey Musnahkan Harapan The Gunners

Jelas sekali perlawanan pagi tadi tidak begitu memihak kepada anak-anak buah Wenger kerana dipaksa seri tanpa jaringan dengan tuan rumah, Portsmouth. Gunners yg bermain dengan formasi 4-4-1-1 dimana Adebayor sentiasa keseorangan di atas sampai tidak berjaya memberikan ancaman yg besar kepada pihak lawan seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini(sebenarnya aku tak puas ati gile ngan die dalam game ni.hampeh!). Rata-rata pemain Gunners tidak berapa selesa dengan cara permainan skuad Pompey tapi apakan daya, mereka sudah melakukan yg terbaik.

Portsmouth yg bermain dihadapan penyokong sendiri bermain formasi 4-5-1 menunjukkan permainan bertahan yg berkesan sehingga berjaya mengikat the Gunners tanpa sebarang jaringan( 1st time Arsenal tak dapat gol dalam satu perlawanan). Mereka meninggalkan Kanu bersendirian di atas sebagai penyerang, manakala 10 yg lain bertahan dengan baik sekali. Pemain-pemain 'defender' the Gunners pula seolah-olah tidak bermain bola disebabkan oleh taktik bertahan ini.

Peluang terbaik Arsenal untuk dapatkan gol hanya datang pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Rosicky dan Gallas. Namun cubaan mereka tidak menepati sasaran.

Berikut merupakan 'rating' pemain Arsenal untuk perlwanan ini:

Almunia.....8

Sekali lagi bertindak cemerlang menjaga gawang Arsenal. Banyak menyelamatkan percubaan bahaya dari Pompey terutama semasa 'one-on-one' dengan Benjani.

Sagna.....7

Permainan yg baik ditunjukkan. Mempunyai 'chemistry' yg baik dengan Eboue di bahagian sayap kanan.

Clichy.....8

Pantas dan bertenaga. Sentiasa turn dan naik dengan cepat sehingga pihak lawan menjadi kucar-kacir. Benjani turut tidak dapat berbuat apa-apa setelah di 'mark' oleh Clichy dengan baik skali.

Gallas.....7

Mengawal pertahanan dengan baik. Nyaris memberi kemenangan kepada Arsenal. tapi cubaanya tersasar jauh.

Toure.....7

Bermain dengan baik. Banyak membantu bahagian serangan tetapi masih tidak berjaya pecah kebuntuan.

Rosicky.....8

Banyak melakukan cubaan berbahaya ke pintu gol Portsmouth. Tapi kurang menjadi kerana sedikit gopoh. Namun, dia banyak menggerakkan bahagian tengah dengan gerakan-gerakan yg mengelirukan pihak lawan.

Hleb.....7

Banyak gerakan cantik dilakukan. tetapi fungsi nya sebagai 'back-up' Adebayor tidak menampakkan hasil dan Hleb seolah-olah kekok dgn posisi tersebut. Tapi pergerakan nya masih berbisa seperti dulu.

Eboue.....6

Masih melakukan kesalah yg sama berulang kali. Cross yg sia-sia banyak dilakukan. Namun gabungan nya dengan Sagna boleh dikatakan sangat mantap.

Fabregas.....6

Kurang menyerlah dalam perlawanan ini. Namun terdapat 2 3 hantaran cantiknya telah memperdayakan ppihak lawan.

Flamini.....7

Bermain baik seperti biasa. Bermain midfield dengan baik dan membantu barisan pertahanan.

Adebayor.....6

Mungkin disebabkan banyak bermain berseorangan membuatkan dia tidak berupaya berbuat apa-apa. Seharusnya di gandingkan bersama Bendtner dari awal. Adebayor masih lagi gagal dapat mengawal bola dengan baik sehingga banyak memberi bola begitu shaja kepada pihak lawan.

pemain gantian

Diaby.....6

Kekok bermain dengan skuad utama. Sering kali kehilangan bola dari kawalan.

Bendtner.....7

Memberi sedikit impak kepada barisan serangan the Gunners. Membuka peluang untuk rosicky mencipta gol tapi gagal disempurnakan dengan baik. Mungkin kemasukannya yg agak lambat adalah satu kesilapan.

Bagi saya pemain terbaik untuk perlawanan ini harus dimiliki oleh Tomas Rosicky! Bravo!!




Wednesday, December 26, 2007

Preview : Portsmouth vs Arsenal


Perlwanan EPL seterusnya yg melibatkan skuad The Gunners adalah menentang Portsmouth aka Pompey di Fratton Park.

Kemenangan mudah dijangka menjadi milik Arsenal kerana Pompey tidak mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri. Lagi-lagi pulak, Pompey dah kalah 2 game sebelum ini menentang Spurs dan Liverfoool. Tetapi, Arsenal tidak pernah menang di Fratton park sejak 2004. Demi untuk menjarakkan kedudukan dengan Man Kayu di takhta liga, nak tak nak Arsenal kene jugak menang menentang Pompey ni.

Arsenal bakal turun dengan hampir semua skuad utama dapat beraksi. Hanya Denilson yg masih digantung perlawanan tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini. Theo Wlacot, Robin van Persie dan Eboue yg mengalami maslah kesihatan sebelum ini dijangka cergas. Memang kuat lah team Arsenal macam ni.

Apakah formasi yg bakal digunakan oleh Wenger? 4-4-2 atau 4-4-1-1? Pastinya dia mahu menurunkan Van
Persie yg sudah lama tidak beraksi. Mungkin juga Bendtner bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama selepas menjadi hero dalam perlawanan sebelum ini menentang Spurs. Sama-sama kita nantikan.

Portsmouth pula akan turun bermain tanpa Linvoy Primus and Martin Cranie kerana kecederaan. Neo Parmarot juga dijangka tidak dapat beraksi(bergantung pada ujian kecergasan terakhir). Bekas pemain Arsenal, Nwankwo Kanu pula bakal beraksi untuk skuad utama setelah aksi cemerlang damalam perlawanan sebelum ini.

Walau apa pun keputusan daripada kedua-dua Pengurus pasukan, Arsene Wenger dan Harry Redknapp dijangkakan dapat memberi saingan yg sengit dalam perlawanan ini nanti. Kepada gooners sekalian, marilah kita sama-sama mengharapkan skuad the gunners dapat memberikan aksi yg terbaik supaya mereka masih berada di "Top of The League"



Tuesday, December 25, 2007

Almunia Menjadi Penjaga Gol England?


Sudah 2 kali saya becerita pasal gol keeper Arsenal kan? Terpulang pada anda sama ada ianya boring atau tidak tetapi bagi saya, cerita yg paling menarik perhatian saya kali ini adalah tentang, Bro Almunia kita berminat pula untuk menjaga gawang skuad kebangsaan England. Mesti anda tertanya-tanya bukan? Almaklumlah, Almunia ni kan org Spain(cm Bro Fabreg la). Macam mana orang Spain boleh wakil England pulak?

Haa, camni la ceritanya... Sebab kan Almunia ni tak pernah lagi wakil untuk Spain sebelum ni, jadi dia boleh pilih warganegara yg dia nak, dan mewakili pasukan kebangsaan negara tersebut. Negara yg dipilihnya sudah pastilah England sebab dia sudah melepasi tempoh kewarganegaraan negara tersebut. England adalah dimana dia mula mencipta nama dan dikenali dalam arena bola sepak ni. Bro Almunia mula berminat nak main di peringkat antarabangsa setelah dia merasakan yang prestasinya baru-baru ni sangat memberangsangkan dan 'wajar' diberi peluang untuk bermain di peringkat lebih tinggi. Lagi-lagi sekarang ni England mempunyai masalah dengan pemilihan penjaga gol utama walaupun mereka mempunyai ramai pemain-pemain berbakat macam Paul Robinson, Scott Carson, David James dan lain-lain lagi.(Dulu jadi ancaman dekat Pak Leman, sekarang kat diorang ni pulak.hehe)

Selaku pengurus pasukan yg disayangi oleh Almunia dan rakan-rakannya di Arsenal, Arsene Wenger pun turut menyokong keputusan yg bakal dibuat oleh anak buahnya itu setelah dia merasakan Spain terlalu 'bodoh' tidak mengambil Almunia mewakili pasukan negara itu dan England patut cepat-cepat tanpa memikir 2 kali untuk mengambil pemain ini.

Ala,lagipun Spain dah ramai penjaga gol yg boleh kata hebat lah macam Iker Casilas, Jose Reina dan juga Victor Valdes. Jadi tak salah la kalau Almunia nak main untuk England pun.

note : Spain = Sepanyol

Monday, December 24, 2007

Lehmann Sudah Memikirkan Penghijrahan


Seperti yang kite semua jangkakan, Pak Leman yg sudah lama memanaskan bangku simpanan ni akan keluar dari Arsenal selepas melihat Bro Almunia yg sentiasa on form kebalakangan ni.

Menurut website fotball.guardian.co.uk, Pak Leman dapat rasakan yg karier nya bersama Arsenal sudah tamat. Dia kurang senang dengan Wenger yg dikatakan pilih kasih lak kat Bro Almunia. Adoii, mane ade lah pak cik!

Kelab yang dikaitkan kan dengan pak cik Leman, 38 adalah VfL Wolfsburg, dari Liga German.

Sunday, December 23, 2007

Review: Tandukan Bendtner Musnahkan Impian Spurs

Menakjubkan, Mengejutkan dan Merbahaya. Tige perkataan yang boleh dismpulkan daripada perlawanan sengit anatara Arsenal vs Spurs sebentar tadi. Pelbagai aksi suka duka dapat di tunjukkan oleh semua pemain yg bermain di padang dalam perlawanan itu. Namun sekalung tahniah perlu diberikan kepada skuad bimbingan Wenger dengan kejayaan menumpaskan Spurs sekaligus melebarkan jurang mereka di persada takhta liga BPL. Bak kata saudara Dwan pula, "nasib menyebelahi Arsenal kat Stadium Emirates.Apabila musuh peroleh panalti,tapi tuhan menolong kami di stadium kami"

Perlawanan dimulakan dengan permainan seimbang oleh kedua-dua pasukan pada 45 minit yg pertama. Mereka saling berbalas-balas serangan dan ada yg boleh membuat kita tak senang duduk dibuatnya.

Separuh masa kedua lah bermula segala-galanya. Baru bermulanya separuh masa kedua, peminat Arsenal dihidangkan dengan gol pembukaan oleh.....siapa lagi?striker utama kitalah, Emanuel Adebayor. Adebayor membuat 'placing' ala2 Henry setelah mendapat umpanan yg cantik dan mengelirukan daripada Mr. Fabregas. Seronok tak terkatalah dengan gol tu.

Tapi, beberapa minit selepas itu, Arsenal mula goyah dan telah membuka peluang seluas-luasnya kepada Robie Keane yg mendapat hantaran cantik daripada Aaron Lenonn. Tetapi peluang tersebut hanya lah singgah pada palang gol Arsenal sahaja walaupun pintu gol sudah terbuka luas(fuuhhh).

Beberapa minit lepas tu, pintu gol Arsenal akhirnya bocor setelah Barbatov-yg-ditakuti telah menjaringkan gol penyamaan dari sudut yg sukar. Memang Almunia tak sangka langsunglah bola laju macam tu boleh masuk dalam gol.

Selepas itu, penyokong Arsenal tak senang duduk lagi sebab, En. Reff telah menghadiahkan penalti kepada Spurs selepas Berbatov dijatuhkan oleh Toure-yg-kental. Spurs dan penyokong-penyokongnya dah gembira sangat dah time tu sebab bukan senang nak dapat penalty kan?Tetapi...Keane sekali lagi menghampakan pasukannya setelah Alumunia-yg-bijak telah berjaya menyelamatkan tendangan penalty tersebut. Ini sekaligus telah mengecewakan beribu-ribu peminat Spurs dan juga kelab-kelab lain seperti ManKayu, Liverfool n Chelshit(sebab ada sorang brader kat depan aku ni yang aku percaya fan Liverfool telah kecewa gila2 setelah Keane miss penalty tersebut. Tapi brader tu hepi balik aku tengok lepas Liv menang 4-1). Apa-apa pun kita patut berterima kasih pada Almunia-yg-tangkas ni.

Akhir skali, percaturan Wenger sangat menjadi setelah memasukkan Bendtner-yg-hebat untuk menggantikan Eboue. Bendtner telah melompat setinggi-tingginya untuk menyambut hantaran sepakan sudut daripada Mr.Fabregas dan menanduk masuk bola tersebut ke dalam pintu gol Spurs. Robinson memang tak boleh buat apa-apa dah weii... Sentuhan pertama Bendtner yang menjadi racun kepada pasukan Spurs.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Mujur tiada adegan-adegan ganas antara kedua-dua pasukan sehingga membawa kepada kecederaan dan kad kuning yg banyak(rujuk match menentang Chelshit). Overall, 5 bintang kepada pasukan Gunners kerana berjaya mengekalkan posisi terbaik mereka di takhta liga sekaligus membuatkan harapan MU untuk memijak Arsenal pada malam ini masih angan-angan.

Berikut merupakan rating pemain-pemain Gunners yg saya berikan :

Almunia.....9

Kejayaannya menyelamatkan penalty menjadi 'turning point' utama kejayaan the Gunners. Kejayaan itu mungkin menyebabkan Pak Cik Leman bakal kekal di bangku simpanan dan boleh memilih mana-mana kelab yang disukainya Januari ini. Almunia tidak boleh dipersalahkan untuk gol penyamaan Spurs tersebut kerana dia sudah berada pada posisi yang betul dan bola masuk ke dalam gol dengan kelajuan yg sangat tinggi. Kalau letak Buffon atau Kahn pun tak boleh save gak tu.

Sagna.....7

Bermain baik keseluruhannya. Tetapi dia mungkin terleka sedikit semasa membenarkan Keane membuat percubaan bahaya yg terkena palang gol setelah Sagna tidak menjaganya dengan betul.

Clichy.....8

Mengawal Lenonn dngan baik skali. Walaupun gol Berbatov adalah dari kawasan jagaannya, tetapi dia tidak boleh dipersalahakan. Persembahan yang menakjubkan dari pemain muda ini yang sentiasa laju dan tangkas dalam menghasilkan serangan.

Toure.....7

Bermain dengan kental seperti biasa. Tetapi akibat kelalain kecilnya terhadap Berbatov dalam kawasan penalti telah memberikan penalti kepada pasukan lawan.

Gallas.....7

Terlepas beberapa bola di udara. Tetapi persembahan masih memuaskan dan kuat di bahgian pertahanan.

Rosicky.....6

Bermain secara berpasukan yang baik tetapi kurang tajam. Corak permainan yang biasa telah ditunjukkan.

Eboue.....6

Tidak sekemas permainannya ketika menentang Chelshit. Dia banyak membuat "cross2" yang sia-sia dan tidak memberi kesan banyak kepada serangan Arsenal. Namun, banyak membantu dalam pertahan.

Fabregas.....7

Tidak bermain pada tahap kemampuan sebenar. Namun kredit perlu diberikan kepada anak muda ini untuk "back-heel" yg dilakukannya kepada Adebayor. Sangat mengelirukan dan menakjubkan. Hantaran lintang dari sepakan sudutnya juga telah membawa kepada jaringan gol kedua. Walaupun tidak bermain dengan kemampan sebenar, dia tetap tunjang kepada pasukan the Gunners dalam perlawanan ini.

Flamini.....8

Satu-satunya pemain midfield yang bermain pada prestasi sebenar. Banyak berlari dan membantu rakan sepasukan yang lain membuat gerakan dalam serangan dan membantu dalam pertahanan.

Hleb.....6

Kurang menyengat dalam game ini. Skil-skil yang dilakukan adakalanya berjaya memperdaya pihak lawan adakalanya tidak. Dia banyak membiarkan Adebayor berseorangan di atas tanpa bantuan terutama sekali semasa mnerima bola tinggi. Mungkin kehadiran Van Persie selepas ini dapat membaiki kesilapan ini.

Adebayor.....7

Jaringan pembukaannya yang ala2 Henry telah berjaya memberi semangat kepada penyokong-penyokong dan rakan sepasukan. Tetapi kawalan bola yang lemah serta takut untuk memegang bola lebih lama masih menjadi kelemahan utamanya. Adebayor perlukan 'back-up' striker yang betul-betul boleh membantunya seperti RVP. Dia masih kurang sefahaman dengan Bendtner. Diharapkan bisa pemain ini dapat dikekalkan supaya satu hari nanti boleh lah dia digelarkan "The Goal Machine"

Pemain Gantian

Bendtner.....9

Gol yang MENAKJUBKAN!!! Sentuhan pertama yang sangat berbisa. Telah mengecewakan berjuta-juta orang yang mahu melihat kekalahn the Gunners. Selepas ini boleh di anggap sebagai pemain "super-sub". Walaupun kawalan bola masih belum berapa kemas, gelaran Hero memang layak diberikan kepadanya! Wenger perlu lagi memberikan pendedahan yang lebih kepada pemain ini dalam perlawanan-perlawanan penting.

Gilberto.....6

Masuk pada minit ke-82. Sedikit terlamabat untuk membuktikan kemampuan sebenarnya. namun kemasukannya banyak membantu pasukan Arsenal bertahan dalam 10 minit yang terakhir.

Man Of The Match jatuh kepada...... Manuel Almunia!!

Saturday, December 22, 2007

Barcelona Intai Pemain Arsenal


Ni cerita terbaru yang saya dapat dari goal.com. Pemain tengah Arsenal, Alexander Hleb pula jadi target utama pasukan Catalan tersebut. Hleb yang memang hebat ini sudah mendapat perhatian kelab2 besar. Barca yg dulu nak balik Fabregas tapi tak dapat dah mula pandang pada kehebatan Hleb pulak.

Kata agen dari Barca, Hleb memang sesuai untuk bermain di Nou Camp Stadium sebab dia boleh main wing kat mana-mana belah pun. Pastu, dah laa laju,licik muka pun hensem jugak.heheh

Tapi, harapan aku sebagai fan Gunners ni supaya Hleb tak pergi mana-mana club lah. Sebab dia memang ada future kat Arsenal. Lagi pun dia kene berterima kasih kat Arsene Wenger sebab menaikkan nama dia. So, kepada fan Barca, jangan harap lah korang boleh dapat si Hleb ni. Lagi satu sebab, Fabregas kawan baik ngan Hleb tu. Jadi, mesti lah dia dah hasut macam-macam kata Barca ni tak bagus lah itu lah ini lah..(bla...bla...bla)hehe...

Beckham Akan Menyertai The Gunners!!


Beckham telah bersetuju untuk menyertai skuad Arsene Wenger Januari ini....untuk 'berlatih' bersama-sama semasa musim penutupan MLS.

Beckham yang bermain untuk pasukan LA Galaxy diberikan kebenaran khas untuk memilih mana-mana kelab di London untuk beliau berlatih semasa kempen liga MLS tamat dan kelab yang mungkin dipilihnya adalah Arsenal.

AW memberitahu pemberita bahawa mereka sedia menerima Beckham untuk berlatih bersama skuad bimbingannnya kerana rumah Beckham dekat dengan tempat latihan mereka. Beckham perlu cergas untuk menghadapi saingan MLS musim baru nanti. Jadi tidak salahlah jika Beck mahu berlatih bersama-sama skuad Arsenal.

Beckham juga perlu membuktikan kecergasannya kepada jurulatih baru England Fabio Capello untuk mendapatkan caps ke 100 nya buat England.

Ditanya sama ada Beckham akan bermain sementara untuk Arsenal tahun depan, AW menjawab, "Beckham datang hanya untuk mengekalkan kcergasan dan berusaha lebih gigih".... Sempoi lah Wenger!!~


Wenger- Berbatov adalah ancaman besar.

Arsene Wenger menasihati pemain-pemainnya supaya berhati-hati ketika menentang Spurs terutama penyerang berbisa mereka Dimitar Berbatov. Berbatov katanya adalah mampu untuk memberi ancaman buat the gunners dalam perlawanan akan datang sekaligus menyukarkan misi mereka memburu trofi EPL musim ini.

AW menyatakan kebangkitan Spurs dalam beberapa perlawanan sebelum ini adalah disebabkan kcemerlangan Berbatov di padang. Dia mempunyai kualiti, teknik dan kebijaksanaan yang boleh mengucar-kacirkan pihak lawan. DB adalah salah seorang penyerang terbaik di EPL.

Wenger juga memuji pengurus baru Spurs, Juande Ramos kerana beliau mampu mengangkat Spurs kembali bersaing dengan pengalaman yang ada padanya.

Friday, December 21, 2007

The GUNNERS bakal menentang AC MILAN!!


Arsenal bakal menentang juara bertahan AC Milan dalam pusingan pertama kalah mati Liga Juara-juara Eropah. Undian dijalankan antara 16 pasukan Eropah yang berjaya melayakkan diri dari peringkat kumpulan.

Perlawanan peringkat pertama akan berlangsung pada 19/20 Februari dan perlawanan peringkat kedua berlangsung pada 4/5 Mac.

Undian penuh boleh dilihat disini!!

Preview : Arsenal vs Totenham Hotspurs


Pertemuan dua musuh utama dari North London ini mungkin menjadi salah satu perlawanan tumpuan dalam EPL minggu ini. Arsenal yang sedang mendahului liga sudah pasti mahu menjarakkan kedudukan dengan penghuni no.2 liga Man U.

Pengurus Spurs, Juande Ramos memandang tinggi pencapain yang dikecapi Arsene Wenger ketika ini,menganggap pertemuan pasukan mereka nanti sesuatu yang sukar untuk dimenangi.
Spurs yang tidak pernah menang menentang Gunners di gelanggang lawan sejak 1992, berharap pasukannya dapat memberi tentangan yang sengit kepada pendahulu liga itu. Spurs bakal turun tanpa pemain bintang yang kebanyakannya pemain pertahanan seperti Pascal Chimbonda, Ledley King, Gareth Bale and Benoit Assou-Ekottoyang akibat cedera serta Zokora yang digantung perlawanan kerana memperoleh kad merah pada perlawanan yg lalu. Namun cabaran mereka diperkuatkan dengan kehadiran penyerang berbisa mereka,Robbie Keane yang kembali daripada penggantungan 3 perlawanan.

Arsenal pula yang akan bermain tanpa pemain sayap, Theo Walcot yg masih kurang sihat. Emanuel Eboue juga mungkin terlepas perlawanan ini setelah mendapat kecederaan ketika menentang Chelsea dalam perlawanan sebelum ini. Namun Arsene Wenger belum menyenaraikan secara rasmi 16 pemain yang akan menentang Spurs Sabtu ini. Tetapi yang pasti, mereka akan menurunkan skuad terkuat mereka yang tidak bermain semasa pusingan suku akhir Carling Cup tempoh hari. Sama-sama kita mendoakan kejayaan Arsenal!!

Vela- Saya tidak sabar untuk menyertai Arsenal!


Carlos Vela, pemain berusia 18 tahun yang berasal dari Mexico menyatakan hasratnya yang teruja untuk menyertai skuad The Gunners di bawah pimpinan Arsene Wenger.

Pemain Arsenal yang dipinjamkan kepada kelab Divisyen 1 Sepanyol, Osasuna berharap dapat membuktikan sesuatu kepada pengurus kelab tersebut semasa beliau berada di Arsenal kelak.

"Saya mahu menyertai Arsenal secepat yang mungkin," Vela memberitahu akhbar di Sepanyol,Libero." Saya akan terus berusaha untuk menempatkan diri dalam skuad utama Wenger dan membiasakan diri dalam kancah EPL."

Vela juga berbangga dan memuji pencapaian yang dikecapi Arsenal sekarang.

"Saya mengikuti perkembangan skuad Arsenal dan berharap mereka kekal mendahului takhta EPL,"katanya. "Saya juga gembira Arsenal layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League dan berharap mereka dapat bertemu dengan mana-mana kelab dari Sepanyol nanti."

Apa pendapat anda tentang pemain ini pula?

Arsenal diundi menetang Spurs


Arsenal akan menentang musuh tradisinya di north London, Totenham Hotspurs dalam separuh akhir Carling Cup, manakala Chelsea pula akan menetang Everton dalam satu lagi separuh akhir Carling Cup.

Skuad muda AW layak ke separuh akhir setelah menewaskan Blackburn manakala Spurs menewaskan Man City 2-0 dalam perlawanan berasingan. Juara bertahan Chelsea pula layak setelah menewaskan Liverpool 2-0 dan akan menerima kunjungan Everton yang layak ke separuh akhir setelah menewaskan West Ham 2-1.

Perlawanan peringkat pertama akan berlangsung pada minggu pertama Januari 2008 dan peringkat kedua menyusul 2 minggu kemudian

Thursday, December 20, 2007

Siapakah Yang Bakal Keluar dan Masuk Arsenal utk Transfer Window Januari ini??

Bulan januari bakal menjelang. Siapakah yang bakal keluar dan masuk Arsenal?? Sama-sama kite nantikan. namun terdapat beberapa Rumor yang mengaitkan beberapa orang pemain semasa musim penghijrahan nanti(Transfer Window).

Masuk :

1. Nikolay Dimitrov (20 thn)

Bermain untuk kelab Levski Sofia. Sedang berada dalam tempoh percubaan di Arsenal. Pemain kaki kiri ini, sorang wing kiri yang pantas, licik, kawalan bola yang mempunyai skill yang dikatakan setanding dengan Ronaldinho. Berkebolhan juga untuk bermain posisi penyerang dan merupakan pakar sepakan percuma.Kemungkinan untuk pemain ini menandatangani kontrak bersama Arsenal sangat tinggi.(ND bersungguh-sungguh nak bermain untuk Arsenal sebab dia sentiasa membawa 'kamus' nya ke mana-mana sahaja sepanjang tempoh percubaan nya dengan Arsenal.haha)



2. Tresor Mputu (20 thn)

Pemain muda dari Congo ini telah menamatka tempoh 10 hari percubaannya di kem latihan Arsenal. Namun,
Wenger belum memberi kata putus sama ada mahu menyerapkan penyerang muda berbakat besar ini ke dalam skuad Arsenal. AW menyatakan bahawa Mputu mempunyai kualiti permainan yang baik,tetapi dia tidak mempunyai pengalaman bermain di Eropah. Oleh yg demikian, pengambilan Mputu ke dalam skuad The Gunners hanya akan memberi impak dalam tempoh 6 ke 7 bulan sementara dia mencari rentak bermain di Eropah. Akan tetapi, pemain Afrika ini mendapat sokongan daripada pemain Afrika di Arsenal iaitu Adebayor yang merasakan Mputu boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di London dengan cepat sama seperti yang dilakuakan oleh Adebayor sebelum ini.

Keluar:

1. Lassana Diarra

Pelbagai spekulasi telah di timbulakan pemain dari Perancis ini baru-baru ini kerana kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam skuad Arsenal. Baru bermain selama 5 bulan bersama Arsenal, pemain yang baru berhijrah dari Chelsea Ogos lalu telah menyatakan hasratnya untuk berhijrah keluar daripada skuad Gunners kerana ingin mencari tempat dalam kesebelasan utama. Khabarnya Totenham Hotspur berminat untuk membeli pemain ini Januari nanti.

2.Justin Hoyte

Pemain muda berbakat besar ini bermain di posisi pertahanan. Mendapat perhatian daripada beberapa kelab seperti Aston Villa dan Everton setelah aksi cemerlangnya bersama skuad Arsenal. Namun adakah Wenger melepaskannya?

3.Alex Song

Charlton dikhabarkan cuba mendapatkan khidmat pemain muda ini secara pinjaman, Song yang pernah bermain untuk skuad The Addicts ini telah menunjukkan permainan yang berkualiti sepanjang tempoh bersama Arsenal musim ini.


Juventus dan Inter Milan menghampiri bintang Arsenal.


Juventus dan Inter dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain utama Arsenal, Mathieu Flamini secara percuma daripada Arsenal.

Perancang tengah yang berasal dari Perancis ini yang mempunyai kontrak 40,000 pound seminggu bersama Arsenal akan disenaraikan dalam "free transfer" pada penghujung musim ini. Mana-mana kelab boleh mula menawarkan kontrak untuk mendapat khidmatnya bermula 1 Januari ini.

Juventus dan Inter mengetuai senarai kelab gergasi Eropah yang berminat untuk menawarkan "pre-contract" kepada pemain ini bulan Januari nanti.

Flamini juga telah menolak tawaran untuk menyambung kontraknya bersama Arsenal baru-baru ini.

Djorou kembali ke Arsenal

Bintang muda Arsenal ini yang dipinjamkan ke Birmingham City untuk tempoh 6 bulan ini akan kembali ke Emirates Stadium untuk memperkuatkan barisan pertahanan the gunners menjelang bulan Januari nanti. Kepulangannya yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat Arsenal kerana die bakal menggantikan tempat Kolo Toure dalam kesebelasan utama semasa berlangsungnya Piala Afrika nanti.

Djorou bakal menggantikan tempat Toure

Namun begitu, pengurus pasukan Birmingham, McLeish berasa berat hati untuk melepaskan Djorou kerana kehadiran beliau dlm skuad Birmingham sangat membantu barisan pertahanan mereka. McLeish menghormati keputusan Wenger dan melepaskan Djorou untuk menyertai kelab asalnya.

Review: Skuad Muda Gunners menewaskan Blacburn Rovers


Skuad muda Arsenal yang purata berumur 19.6 tahun berjaya menewaskan skuad utama Blackburn dalam Suku Akhir Carling Cup di Ewood Park. Mereka berjaya mengawal perlawanan dan membuat Blackburn cemas untuk 45 minit pertama di mana mereka mendahului dengan jaringan seawal minit ke-6 melalui Abou Diaby yang menerima umpanan daripada N.Bendtner. Gol kedua pula menyusul pada minit ke-29 menerusi Eduardo yang menerima "through pass" yang sangat cantik daripada Denilson.

Dua gol awal ini membuatkan pasukan lawan tersentak dan mula bermain berhati-hati melawan skuad muda ini. Akibat kesilapan penjaga garisan aka linesman yang tidak memberi offsaid kepada Blackburn, Santa Cruz berjaya merapatkan jurang gol sebelum separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua pelua menyaksikan Blackburn mula bermain bola tinggi dan mengucar-kacirkan barisan pertahanan Arsenal di bahagian tengah. Ini menyukarkan barisan pemain pertahanan Arsenal terutama Alex Song - namun Song bermain cantik pada perlawanan itu.

Tendangan percuma yang diambil oleh bekas pemain Arsenal, Bentley berjaya menghasilkan gol setelah umpanan Bentley disambut oleh Santa Cruz untuk gol penyamaan pada minit ke-60.

Gol tersebut kekal sehingga tamat 90 minit yang pertama disamping perlawanan dihidang dengan beberapa aksi keras daripada kedua-dua pasukan. Akibatnya, Denilson telah dilayangkan kad merah pada minit ke-90 akibat terjahan keras ke atas David Dunn. Arsenal terpaksa bermain dengan 10 orang dalam masa tambahan.

Masa tambahan bermula dengan Blackburn merasakan kemenangan bakal menjadi milik mereka ketika menentang 10 orang pemain Arsenal. Namun, Eduardo memusanahkan harapan Blackburn untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menjaringkan gol ketiga pada minit 104 setelah menerima umpanan daripada Alex Song yang kekal sehingga tamat perlawanan.

Arsenal mara ke separuh akhir bersama Tottenham Hotspurs yang berjaya menewaskan Manchester City 2-0.

Gol kedua Arsenal daripada Eduardo

Berikut adalah "rating" saya ke atas aksi cemerlang skuad muda Gunners dalam perlawanan ini.

Fabianski
Permainan yang baik dengan menyelamatkan beberapa cubaan yang bahaya. Namun kelemahan mengagak bola cross dengan tepat sedikit nyata kerana banyak menumbuk bola daripada menangkap kemas. Dia akan menjadi penjaga gol yang hebat jika kelemahan ini dapat diatasi. 7

Hoyte
Persembahan yg memberangsangkan. Tackle yang tepat dan kemas. Berjaya menghalang beberapa percubaan berbahaya Blackburn di minit-minit akhir perlawanan. 8

Traore
Skuad Arsenal kini tidak perlu risau sekiranya Gael Clichy mendapat kecederaan. Ini kerana Traore juga seorang pemain pertahanan kiri yang hebat dalam bertahan dan serangan. Dia bermain dengan baik dan memberi impak yang besar kepada pasukan lawan. 8

Senderos
Kapten pada perlawanan ini. Melakukan beberapa kesilapan kecil yang mengakibatkan dia kehilangan pemain yg dikawalnya. Keseluruhan, persembahan yang baik. 7

Song
Sangat mengagumkan!! Gerakan pantasnya berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Blackburn. Umpanan-umpanan yang menarik berjaya dibuat. Menjadi perancang untuk gol kemenangan Arsenal pada minit 104. Boleh diserapkan ke skuad utama Arsenal. 9

Diarra
Permainan terbaiknya untuk Arsenal setakat ini. Mengawal kawasan tengah padang dengan baik dan tackle-tackle yang tepat. Jika dia tidak menyimpan bola terlalu lama, permainan nya boleh ditingkatkan dan menjadi kesebelasan utama Arsenal lebih kerap. 9

Denilson
Perancang yang baik. Bola-bola set piece yang berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan Blackburn. Bermain dengan baik sebelum hilang pertimbangan pada minit-minit akhir. 7

Randall
Debut yang tidak mengecewakan. Bermain dengan baik tetapi terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Menjadi perancang kepada gol pembukaan Arsenal oleh Diaby. 7

Diaby
Vieira yang baru! Pemain muda ini berjaya meloloskan dirinya dalam kawasan pertahanan lawan dan menyukarkan mereka. Persembahan yang sangat mengagumkan dan ada potensi untuk bermain dengan kesebelasan utama lebih kerap. 8

Bendtner
Persembahan yang mengagumkan. Hebat di udara dan memiliki kawalan bola yang baik di padang. Persembahan ala Ibrahimovic yang yang berjaya membuatkan pertahanan lawan kelam-kabut. Memiliki semangat juang yang tinggi untuk menjaringkan gol. 8

Eduardo
Penyudah yang sangat hebat!! Dia merupakan seorang finisher yang sangat berbisa. Memiliki skill yang tinggi dan pantas. Namun, dia perlu lebih berhati-hati mengawal bola kerana selalu hilang bola di kaki.8

Bagi saya, Man of the Match adalah milik Alex Song!!

Pemain simpanan-mereka diturunkan pada lewat permainan:

Barazites : tidak bernasib baik kerana mendapat kecederaan dlm perlawanan ini. Tapi memiliki sentuhan yang baik.
Merida : Tampak gugup di padang. Mungkin perlu diberi pendedahan lagi.
Gibbs : Sekejap sangat main. Tak sempat nak nilai.hehe

Wednesday, December 19, 2007

Pemain Arsenal training dengan tangan dalam poket ( VIDEO)


Kat sini ada satu cerita di kem latihan Arsenal...

Suatu hari, budak-budak Arsenal ni yang diketuai oleh Fabregas dan Walcott berasa bosan dengan training yang sudah rutin dilakukan oleh Arsene Wenger(AW). Oleh itu, mereka ingin mencuba sesutu keseronokan yang baru dan lebih mencabar dengan cara....'berlatih bola sepak dengan tangan di dalam poket'.

AW pun dah naik pening dengan perangai diorang ni sampai dah tak tau nak buat ape dah. Budak-budak Arsenal ni pun boleh tahan hebat gak bile diorang buat "training" ni. Paling hebat Almunia la sebab dia boleh save dengan guna kepala je.Menarik bukan?

Haha. Sebenarnya, video(di sebelah kanan) ni adalah salah satu kerja kebajikan yang dilakukan oleh pemain-pemain Arsenal dan AW sendiri. Kerja kebajikan tersebut dilakukan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap autism(penyakit mental yang teruk di kalangan kanak-kanak). Kempen tersebut bernama "B
e a Gooner Be a Giver".

Gallas sayang kanak-kanak!

Sekiranya anda berminat untuk menderma untuk kempen tersebut, anda boleh layari http://www.justgiving.com/beagoonerbeagiver
Bantulah golongan yang kurang bernasib baik!

Preview : Blackburn vs Arsenal (Carling Cup)

Arsene Wenger telah mengumumkan senarai 16 pemain yang akan menentang Blackburn Rovers dalam perlawanan suku akhir Carling Cup pada pagi esok (19 dec 2007, 4.00am waktu M'sia).

Pengurus pasukan tersebut telah membuat rombakan besar-besaran dengan hanya menyenaraikan 2 org pemain yang menang menentang Chelsea pada Ahad lalu-Phillipe Senderos yg merupakan pemain gantian yg tidak bermain dan Niklas Bendtner yg masuk pada minit ke-90 menggantikan Emmanuel Adebayor.

Theo Walcott pula tidak dapat disenaraikan untuk perlawanan tersebut kerana TW berasa kurang sihat dan tidak dapat bermain.(sama2 kita doakan dia cepat sembuh ye)

Arsene Wenger : Yakin dengan barisan pemain muda

Berikut merupakan senarai 16 pemain yg telah dimumkan oleh Arsene Wenger :

2 Abou DIABY (Age 21)
6 Philippe SENDEROS (Age 22)

8 Lassana DIARRA (Age 22)
9 EDUARDO (Age 24)
15 DENILSON (Age 19)
17 Alex SONG (Age 20)
21 Lukasz FABIANSKI (GK) (Age 22)
26 Nicklas BENDTNER (Age 19)
30 Armand TRAORE (Age 18)
31 Justin HOYTE (Age 22)
34 Kieran GIBBS (Age 18)
36 Mark RANDALL (Age 18)
40 Vito MANNONE (GK) (Age 19)
41 Gavin HOYTE (Age 17)
42 Fran MERIDA (Age 17)
43 Nacer BARAZITE (Age 17)

*warna merah dijangka bermain sebagai kesebelasan utama

Tuesday, December 18, 2007

Sejarah Penubuhan Arsenal FC

Arsenal Football Club mula ditubuhkan apabila sekumpulan pekerja di kilang senjata bernama Woolwich Arsenal Armament Factory mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak. Peristiwa ini berlaku sekitar penghujung tahun 1886. Perlawanan pertama mereka dimana mereka bermain menggunakan nama 'Dial Square' adalah menentang pasukan Eastern Wanderers. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 6-0 kepada pasukan kelab Dial Square. Bermula dari detik itulah mereka menerusakan usaha membentuk sebuah pasukan bola sepak yg kuat di ketika itu. Mereka mengubah nama kelab mereka kepada 'Royal Arsenal' dan mula bermain beberapa perlawanan persahabatan dan dan menyertai pertandingan-pertandingan domestik untuk tempoh beberapa tahun.

Royal Arsenal line-up tahun 1888

Sekitar tahun 1891, kelab tersebut mula mendapat status professional dan telah menukar nama pasukan mereka kepada Woolwich Arsenal. Kelab tersebut akhirnya secara rasmi telah menyertai Liga Bola Sepak pada tahun 1893. The Gunners berpindah ke Highbury pada tahun 1913 sebagai sebuah pasukan dalam Liga Divisyen 2. Selepas perang dunia pertama, Arsenal telah berjaya mengangkat pasukan mereka menyertai Liga Divisyen 1 dimana mereka kekal sehingga sekarang.

Senarai Pemain Arsenal Season 2007/2008

Berikut merupakan senarai pemain Arsenal bagi season 2007/2008

Goalkeeper

24. Manuel Almunia


1. Jens Lehmann


21. Lukasz Fabianski


Defender

3. Barcary Sagna


5. Kolo Toure


10. William Gallas


22. Gael Clichy


27. Emmanuel Eboue


6. Phillipe Senderos



30. Armand Traore


31. Justin Hoyte


Midfielder

4. Cesc Fabregas


13. Alexander Hleb


7. Tomas Rosicky


16. Mathieu Flamini


2. Abou Diaby


8. Lassana Diarra


15. Denilson


17. Alexandre Song


19. Gilberto Silva


32. Theo Walcott


Striker

11. Robin van Persie


25. Emmanuel Adebayor


9. Eduardo da Silva


26. Nicklas Bendtner



Pinjaman

Johan Djourou - dipinjamkan ke Birmingham


Kerrea Gilbert - dipinjamkan ke Southend


Matthew Connolly - dipinjamkan ke Colchester