Tuesday, January 15, 2008

Arsenal Intai Penjaga Gol Muda Sepanyol

Fabricio Augusto

Arsene Wenger sekali lagi meneruskan pencarian bakat barunya dengan melihat potensi yg ada pada penjaga gol muda Deportivo La Coruna B yg berusia 20 thn, Fabricio Augusto.

Penjaga gol muda ini yg pernah mewakili skuad kebangsaan Sepanyol bwh 20 thn hanya bolos 7 gol daripada 19 perlawanan liga bersama Deportivo B. Pemain ini mempunyai kontrak bersama pasukannya sekarang sehingga Jun 2010. Namun dia dipercayai masih belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana kelab yg berminat untuk dapatkan khidmatnya.

Menurut pemain muda ini, dia gembira sekiranya dapat berhijrah ke Arsenal. Namun, belum ada sebarang kontrak yg ditawarkan kepadanya. Menurutnya lagi, misi nya sekarang adalah untuk bermain bersama skuad utama Deportivo la Coruna dalam saingan La Liga. Tetapi sekiranya dia mendapat tawaran dari kelab yg besar seperti Arsenal, dia amatlah berbesar hati dan sudah pasti menerimanya. Dia merasakan bahawa England adalah tempat terbaik buat pemain-pemain muda dari Sepanyol untuk menonjolkan bakat mereka. Ini sudah terbukti dengan pemain-pemain seperti Cesc Fabregas, Alvaro Arbeloa dan Fernando Torres.

-Skysports-


No comments:

Post a Comment