Saturday, January 12, 2008

Arsene Wenger Pengurus Terbaik Bulan Disember

"Anda lah pengurus kesayangan kami!"

Sekalung tahniah diucapkan kepada pengurus kelab kesayangan kita, Arsene Wenger setelah berjaya memperoleh Anugerah Pengurus Pasukan Terbaik EPL bagi bulan Disember.

Anugerah tersebut diperoleh setelah pencapaian cemerlang Wenger sepanjang bulan Disember membimbing The Gunners dengan
4 kemenangan daripada 7 perlawanan liga. Skuad bimbingan Wenger hanya kalah sekali semenjak bulan Ogos dan berada di kedudukan teratas liga buat masa sekarang.

Ini adalah kali ke-10 Wenger berjaya memperoleh anugerah ini sepanjang kariernya dan kali ke-2 musim ini setelah memenanginya pada bulan September lalu.

Sementara itu,
Anugerah Pemain Terbaik EPL bulan Disember pula menjadi milik Roque Santa Cruz dari Blackburn di atas kecemerlangannya menjaringkan 6 gol sepanjang bulan lepas termasuk hatrick menentang Wigan. Tahniah juga buat Santa Cruz!

No comments:

Post a Comment