Tuesday, January 8, 2008

Eduardo oh Eduardo..


Eduardo da Silva, nama yang menjadi siulan peminat-peminat Arsenal kebelakangan ini kerana kehebatannya menjaringkan gol dan menjadi buah mulut musuh-musuh Arsenal kerana dia merupakan ancaman terbesar untuk mereka menyaingi Arsenal yg berada di persada liga sekarang.

Kejayaan menjaringkan 6 gol dalam 4 perlawanan telah meletakkannya sebaris dengan lagenda-lagenda penyerang Arsenal seperti Thiery Henry, Nicolas Anelka, Dennis Bergkamp dan ramai lagi. Berbekalkan rekod jaringan tersebut tidak hairanlah Wenger lebih kerap menurunkannya sebagai kesebelasan utama skuad Arsenal sekarang.

Penyerang Croatia kelahiran Brazil ini dibeli oleh Arsenal dari kelab lamanya Dinamo Zagreb sebelum bermulanya musim EPL 2007/2008. Pembeliannya diharap dapat menggantikan tempat penyerang Thiery Henry yg meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona. Kini dia membuktikan pembeliannya sesuatu yang berbaloi dengan menjaringkan gol-gol penting buat Arsenal dalam 4 kejohanan iaitu EPL, Champions League, FA Cup dan Carling Cup.

Eduardo tampak gugup dan kurang berbisa di awal musim d Arsenal dan tampak sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di England. Namun di atas kepercayaan Arsene Wenger kepadanya, gandingan mantapnya bersama penyerang muda sensasi Niklas Bendtner telah menampakkan hasil. Gandingan dan kombinasi mantap yg ditunjukkan oleh mereka diharap dapat meneruskan kejayaan Arsenal walaupun kehilangan beberapa pemain bintang yg menyertai Piala Afrika seperti Kolo Toure, Emanuel Eboue dan Alex Song.

Apa yg kita harapkan adalah Eduardo dapat meneruskan kecemerlangannya dan teruskan menjaringkan gol-gol penting buat Arsenal dan menjuarai Liga Perdana Inggeris dan piala-piala lain yg mereka sertai. GoGoGoGo Gunners!!!~

3 comments:

  1. yeah..masa utk Eduardo menyinar.
    Mungkin di awal musim dia agak pressure tu permainan dia xmantap.
    Thierry who?

    ReplyDelete
  2. Betul, giliran eduardo pulak jadi lagenda arsenal... adakah mungkin wujud 'king eduardo' plak lepas ni?? same2 kite nantikan=)

    ReplyDelete
  3. mari tukar link bro..
    http://malaysian-gunners.blogspot.com/
    saya dah add link ko dalam blog aku

    ReplyDelete