Friday, January 11, 2008

Fran Merida Dipinjamkan ke Real Sociedad


Itulah yg benar-banar berlaku sekarang. Pemain muda berbakat yg baru berusia 17 thn ini telah dipinjamkan kepada kelab divisyen 2 Liga Sepanyol, Real Sociedad sehingga tamat musim ini. Merida yang dibeli oleh Wenger daripada kelab Barcelona(sama macam Fabregas) diberi peluang oleh Wenger untuk menimba pengalaman bermain dalam skuad utama di Sepanyol sebelum diserapkan ke dalam skuad utama The Gunners.

Merida hanya berpeluang beberapa kali masuk padang ketika Carling Cup musim ini sebagai pemain gantian. Sebelum ini dia hanya menunjukkan bakatnya bermain bersama skuad simpanan dan skuad bawah 18thn Arsenal sahaja. Diharapkan dengan pemergian Merida ke Real Sociedad dapat memberi pengalaman yg secukupnya kepada dia supaya dapat menyumbangkan sesuatu kepada Arsenal kelak. Kita ucap kan "All the Best" dan "Gambate" buat Fran Merida!!~

No comments:

Post a Comment