Saturday, January 12, 2008

Preview : Arsenal vs Birmingham


Satu lagi perlawanan liga yg bakal menentukan adakah Arsenal akan kekal berada di takhta liga atau akan dipintas oleh ManKayu? pastinya kita tidak mahu mankayu memotong kedudukan pasukan kita malahan kita mahu melihat kekalahn menimpa pasukan Syaitan Merah(Red Devil) itu.

Bermain di stadium sendiri bakal memberi kelebihan kepada The Gunners untuk menentang pasukan Birmingham dan mencatat kemenangan. Rekod perlawanan sebelum ini menunjukkan Arsenal menang 5 kali manakala Birmingham hanya pernah menang sekali dan kedua-dua pasukan ini seri 2 kali.

Arsenal bakal turun dengan barisan utama nya dengan Hleb, Rosicky, Flamini dan Fabregas akan brmula ditengah setelah sekian lama tidak beraksi.Adebayor pula mungki digandingkan dengan Eduardo dihadapa. Sagna dan Clichy bermain bek kiri dan kanan. Pintu gol pula sudah pasti dikawal oleh Almunia. Yang menjadi persoalan sekarang siapakah yg akan bergandingan dengan Gallas untuk bermain bek tengah? Adakah Senderos atau Hoyte? Atau mungkin pemain tengah berpengalaman Gilberto? Djorou pula tidak berpeluang bermain kerana mendapat kecederaan ketika menentang Totenham tempoh hari.

Apapun malang menimpa Van Persie yg mendapat cedera ketika menentang Spurs dan disahkan hanya menghidap selsema yg serius. Apapun yg berlaku kita harapkan Arsenla tetap menang dan menjadi pendahulu liga dan menjarakkan kedudukan dengan Syaitan Merah. All The Best Gunners!!!

No comments:

Post a Comment