Tuesday, January 1, 2008

Preview : Arsenal vs West Ham United

Perlawanan pertama tahun baru, tahun 2008 pastinya ditunggu-tunggu oleh semua penyokng The Gunners. Bermain di tempat sendiri mungkin tidak menjadi sebarang masalah kepada anak-anak buah Wenger mencatat kemenangan sekaligus kekal sebagai pendahulu liga EPL di permulaan tahun baru.

Perlawanan di Emirates Stadium ini bakal menyaksikan Arsenal turun tanpa pemain bek kanan utama, Barcary Sagna yg direhatkan. Tempat nya bakal diganti oleh Justin Hoyte. Wenger juga mungkin meletakkan Emaanuel Eboue yg kembali semula bermain setelah direhatkan dalam game menentang Everton Ahad lalu di posisi itu atau bermain wing kanan seperti biasa. Theo Walcott juga bakal beraksi setelah pulih dari masalah kesihatan.

Arsenal tidak mempunyai masalah dengan kecederaan pemain setelah hanya Gilberto Silva dan Van Persie yg masih cedera. Bendtner di gantung perlawanan kerana mengutip kad merah dalam perlawanan yg lalu.
Bermain di Emirates Stadium

Senarai Pemain Kemungkinan:
Almunia, Gallas, Toure, Hoyte, Clichy, Flamini, Fabregas, Hleb, Rosicky, Eduardo, Adebayor, Lehmann, Eboue, Senderos, Song, Diarra.

No comments:

Post a Comment