Sunday, January 6, 2008

Preview : Burnley vs Arsenal


Setelah melihat musuh ketat kita, ManKayu dan Chelshit yg sudah layak ke pusingan ke-4 Piala FA, sudah pasti kita juga mahu melihat kelab kesayangan kita Arsenal FC turut layak. Berkunjung ke Burnley hari ini(Ahad), Arsenal bakal merehatkan beberapa pemain utama seperti Fabregas, Clichy, Almunia dan Gallas. Flamini pula digantung perlawanan. Adebayor dan Hleb pula cedera dan tidak dapat diturunkan.

Gunners bakal menurunkan skuad keduanya yg dikuetuai oleh Toure yg bakal bermain permainan terakhirnya bersama Arsenal sebelum berlepas untuk Piala Afrika. Kemenangan dijangka mudah menjadi milik Arsenal walalupun berkunjung ke tempat lawan dengan barisan muda.

Sama-sama kita mengharapkan anak-anak buah Wenger meneruskan kecemerlangan dalam pusingan ke-3 Piala FA ini. Marilah kita sama-sama menyorak.....ARSENAL BOLEH!!!

Barisan kemungkinan kesebelasan utama:
Lehmann, Toure, Senderos, Traore, Sagna, Diarra, Diaby, Eboue, Denilson, Bendtner, Eduardo

2 comments:

  1. Hello Bro..

    good effort on your good job. Arsenal dan blog bahasa melayu anda amat mengembiraknnya anak lelaki saya (10 tahun) ... tapi dia tertanya-tanya tertanya-tanya chetshit tu apa...?

    Mankayu masih boleh diterima...

    http://anakjawajohor.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hahaha...saya dah tengok dah anak2 abg tam. comel2 belaka. bagus usaha abg tam nak dedahkan anak-anak kepada dunia it sekaligus memperbaiki 'vocabulary' mereka. bagus usaha tersebut!

    Utk pengetahuan semua,

    Chelshit - Chelsea
    ManKayu - Man Utd

    #untuk bacaan 18 thn ke ats saje k?hehe

    ReplyDelete