Wednesday, January 9, 2008

Preview : Totenham vs Arsenal


Wenger telah menyenaraikan 16 pemain yg bakal menentang Spurs dalam separuh akhir Carling Cup pusingan pertama. Senarai pemain adalah seperti berikut :

2 Abou DIABY
3 Bacary SAGNA
6 Philippe SENDEROS
9 EDUARDO
11 Robin VAN PERSIE
15 DENILSON
19 GILBERTO
20 Johan DJOUROU
21 Lukasz FABIANSKI (GK)
26 Nicklas BENDTNER
30 Armand TRAORE
31 Justin HOYTE
32 Theo WALCOTT
36 Mark RANDALL
40 Vito MANNONE (GK)
41 Gavin HOYTE

Tidak banyak yg ingin diperkatakan tentang senarai pemain ini melainkan dengan kemunculan RVP semula ke dalam skuad Arsenal setelah sekian lama dibelenggu kecederaan. Walcott juga kembali semula ke dalam skuad dan mungkin bermula sebagai kesebelasan utama sebagai wing kanan. Dan juga kemasukan Sagna dan Gilberto ke dalam skuad muda ini mungkin boleh memberi pengalaman yg berguna kepada pasukan muda yg lain untuk beraksi.

Eduardo dan Bendtner mungkin menjadi gandingan yg berbahaya sekali lagi untuk merobek pintu gol Spurs. Mereka bakal dibantu oleh Diaby-Denilson-Gilberto-Wlacott di bahagian tengah. Bek tengah Arsenal pula bakal menggandingkan Senderos bersama Djourou yg telah pulang setelah tempoh pinjman di Birmingham. Pertahanan kiri dan kanan mungkn sekali di isi oleh Traore dan Sagna. Lukasz Fabianski pula diberi kepercayaan oleh Wenger untuk menjaga gawang Arsenal daripada dibolosi oleh Spurs.

Apa pun keputusan yg bakal dibuat oleh Wenger, kita mengharapkan pasukan muda-mudi Arsenal ini dapat memenangi perlawanan ini dan membawa bekalan yg selesa ketika berkunjung ke stadium Totenham untuk pusingan kedua. Selaku penyokong setia Gunners di Malaysia marilah kita menyokong pasikan kesayangan kita ini dengan menonton LIVE perlawanan tersebut pada pukul 3.45 pagi ini di Astro. Jangan risau, esok kan cuti. Takde bos nak marah2 dah. Kelas pun takde jugak esok. Yeah!~


No comments:

Post a Comment