Thursday, January 10, 2008

Review : Arsenal 1 Tottenham Hotspurs 1

Theo Walcott menjadi wira buat Arsenal apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 menentang Spurs dalam separuh akhir Carling Cup peringkat pertama. Gol tersebut sekurang-kurangnya dapat membuat bekalan yg baik untuk The Gunners menghadapi perlawanan peringkat kedua di White Hart Lane 2 minggu lagi. Gol tersebut meranapkan impian Spurs untuk menewaskan Arsenal menerusi jaringan Jermaine Jenas pada minit ke-37.

Arsenal bermain dengan agak teruk pada separuh masa pertama dengan kepincangan jelas nampak di barisan pertahanan tengah yg dikemudi oleh Senderos dan Djorou. Midfield juga tidak nampak pergerakan mereka sehingga menyukarkan Van Persie dan Bendtner untuk membuat serangan.

Jelas kepincangan itu telah digunakan sebaik mungkin oleh Spurs setelah Barbatov melorongkan bola dengan cantik kepada Robie Keane dan Keane menolak kepada Jenas untuk ditolak mudah ke dalam gol. Kesilapan pertahanan telah menyebabkan gol ini terhasil. Separuh masa pertama berakhir dengan Arsenal tidak melakukan sebarang gerakan yg mengancam pintu gol Spurs.

Separuh masa kedua bermula. Wenger dengan bijak memasukkan Eduardo dan Sagna utk menggantikan RVP dan Djorou. Jelas percaturan Wenger menjadi dan lebih banyak gerakan menarik dan berbahaya dihasilkan. Pertahanan juga menjadi lebih teratur dengan kehadiran Sagna sebagai bek kanan dan Hoyte menajdi bek tengah menggantikan tempat Djorou.

Hasilnya terbukti pada 10 minit sebelum tamat perlawanan apabila
Eduardo berjaya membuat 'through-pass' yg cantik buat Walcott untuk disempurnakan dengan baik menuju ke dalam gol. Biar pun gol tersebut boleh dikatakan tidak sengaja dan ajaib dilakukan oleh Walcott, namun ia tetap dikira gol!haha. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Berikut adalah
Rating saya buat pemain-pemain Arsenal utk game ini :

Fabianski.....7
Persembahan yg menarik daripada anak muda ini. Banyak menyelamatkan percubaan berbahaya daripada pihak lawan. Kesungguhannya telah terbukti dari awal lagi setelah menyelamatkan dengan
bergaya rembatan kencang Berbatov. Walaupun terdapat satu kesilapan semasa mengagak bola 'corner', namun bilangan 'save' yg telah dia lakukan telah banyak membantu Arsenal mengekang serangan lawan.

Senderos.....5
Kapten pasukan untuk perlawanan ini. Namun aksi nya tidak setanding dengan kapten pasukan kita,
Gallas. Mungkin akibat masih kurang persefahaman dengan Djorou menyebabkan benteng Arsenal menjadi agak kucar-kacir. Perlu diperbaiki untuk menjadi kesebelasan utama dan menggantikan tempat Toure.

Djorou.....5
Mungkin dia berasa gugup kerana pertama kali beraksi untuk Arsenal musim ini. Gandingan nya bersama Senderos dilihat kurang mantap dan tidak menjadi. Dia bermain kurang baik sepanjang separuh masa pertama. Keputusan Wenger untuk mengeluarkannya pada separuh masa kedua adalah sangat tepat!

Traore.....6
Bermain sebagai bek kiri dengan baik. Laju dan licik seperti Clichy tapi masih ada sedikit kekurangan.

Hoyte.....7
Hoyte lebih sesuai bermain bek tengah daripada bermain bek kanan. Separuh masa kedua menampakkan usaha gigih nya untuk mempertahankan kubu Arsenal. Dia banyak menghalang bola pihak lawan dan bertahan dengan baik.Mungkin dia adalah pengganti Toure yg baik untuk berganding dengan Gallas kelak.

Gilberto.....7
Dia menggunakan pengalamannya sebaik yg mungkin. Mengawal kawasan tengah dengan baik dan membantu pertahanan dengan cemerlang. Harap Wenger tak jual Gilberto kerana Arsenal masih memerlukannya sebagai Defensive Midfield yg baik.

Diaby.....4
Terlampau banyak 'One-man-show'. Setiap kali bola dapat kat die mest bola mati camtu saje.
Tak kreatif! Pergerakan sangat slow dan boleh dibaca pihak lawan dengan mudah. Mungkin dia tidak berapa sesuai untuk bermain di bahagian kiri midfield.

Denilson.....5
Dia juga tidak beraksi dengan baik. Mungkin disebabkan fizikal yg kecik, dia terlampau mudah dijatuhkan oleh pihak lawan dan hilang bola dari kawalan. Banyak kali bola hilang dari kawalannya dan oppenent buat '
counter-attack'. Dia juga tidak kreatif untuk mencipta gerakan seperti Fabregas. Perlu usaha lagi!

Walcott.....6
Walcott juga senang jatuh bila berhadapan dengan lawan. Mungkin dia perlu lebih '
keras' selepas ini untuk menghadapi bek2 lawan yg selalunya berbadan besar. Namun 'gol-ajaib'nya telah menyelamatkan Gunners daripada tertewas. Di akhir perlawanan dia nampak seperti mengalami kecederaan. Harap-harap kecederaan itu tidak serius la..

Van Persie.....5
RVP mungkin belum mendapat rentak permainan lagi dan belum betul-betul '
fit' nak bermain. Tiada gerakan berbahaya yg dapat dibuat sepanjang tempoh 45 minit dia bermain. Mujur Wenger masukkan Eduardo dan gantikannya pada separuh masa kedua. Take your time ok Persie.

Bendtner.....7
Separuh masa pertama dia kurang menyerlah. Bila tiba separuh masa kedua, dia sudah mula tunjuk belang nya. Mungkin pasangan '
secocok' nya sudah bermain bersama. Pemain muda ini memang berbakat dan mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Dia juga berupaya untuk mencipta gerakan ke arah gol.

Pemain Gantian
Eduardo.....7
Patut main dari awal lagi. Baru masuk 2nd half dah ada banyak peluang nak buat gol. Kredit kepada Eduardo untuk gerakannya yg menghasilkan gol buat Walcott. Dia memang '
Musang Kotak Penalti'!!

Sagna.....7
Seorang lagi pemain gantian yg bertindak cemerlang. Mungkin disebabkan pengalamnnya dia berjaya menggerakkan serangan dari bahagian kanan dan bertahan dengan baik sekali.

Randall....4
Sekejap je dapat pegang bola. Tapi ok laaaa~

Bagi saya, Man of the Match utk perlawanan ini adalah milik
Berbatov kerana dia bermain cantik dan banyak buat gerakan untuk Spurs. Untuk fan Gunners, 'No Offense Ok?' hehhe. Saya hanya nilai berdasarkan pemerhatian dalam game tu saje.=)



No comments:

Post a Comment