Wednesday, January 2, 2008

Review : Permainan Cantik Arsenal Bantu Kekal Di Takhta Liga

Tahun baru 2008 menjanjikan permulaan yg baik buat The Gunners setelah berjaya menewaskan West Ham Utd(yg mengalahkan ManKayu beberapa hari lepas) dengan 2-0. Dua gol awal separuh masa pertama itu telah memastikan pendahulu liga tetap menjadi milik Arsenal dengan mengekalkan kelebihan 2 mata dengan Man Yucks!

Gol pertama Arsenal muncul setelah perlawnan bermula hanya 70 saat. Gol tersebut dijaringkan oleh Eduardo Da Silva dengan penuh bergaya(lagi sekali) setelah mendapat hantaran daripada Fabregaaaas. Kini nama Dudu(eduardo) menjadi siulan peminat-peminat Arsenal seluruh dunia disebabkan ke-'on-form'-annye itu. Jadi, kita perlukan satu lagu untuk Dudu!

Gol kedua juga sangat 'menarik dan ajaib'. Hantaran jauh Clichy berjaya disambut oleh Adabayooooor utk melepasi Green. Adebahyoooor menolak masuk bola ke dalam pintu gol terbuka West Ham dari sudut-yg-paling-sukar. Sampai sekarang ramai yg tidak tahu(saya juga tertanya-tanya), macam mana bola tersebut boleh masuk ke dalam gol?? Namun, itulah tuah yg ada pada team Arsenal dan keajaiban pemain Togo ini. GOgoGOgo Adebahyoooor~

Namun, secara keseluruhannya, Arsenal berjaya menunjukkan semula permainan cantik mereka dlm perlawanan ini. Mereka mengawal keseluruhan permainan. Short-pass mereka menjadi dan keserasian pemain-pemain tengah, Cesc-Rosicky-Flamini tampak menjadi. Kita dah dapat lihat semula Arsenal yg dulu!! yeah~ Satu lagi yg mengejutkan saya dlm perlawanan ini adalah, Arsenal telah bermain bersih, sebersih-bersihnya. Ini kerana, mereka tidak mendapat sebarang kad pun dalam perlawanan ini. Caaayalahh geng!! 7 bintang untuk game ni..

berikut adalah RATING pemain-pemain malam tadi

Almunia.....7

Memberi persembahan yg baik. Shot-shot yg dibuat oleh penyerang-penyerang West Ham dapat ditangkap kemas dan cross-cross yg dibuat dapat dipintas dengan baeekkk skali.

Hoyte.....6
Nampak sedikit gugup dalam permainan ini. Melakukan sedikit kesilapan kecil. Namun, dia ada peningkatan dalam separuh masa kedua.

Clichy.....9

Permainan cantik di separuh masa pertama. Sangat cemerlang di separuh masa kedua. Clichy telah berjaya menggerakkan serangan Gunners dan hasilnya, satu assist buat Adebayor. Hantaran-hantaran berbahaya dan laju nya berjaya membuatkan benteng pertahanan West Ham kucar-kacir. Kredit sepenuhnya untu pemain ini!!!

Gallas.....8

Kapten yg berjaya memberikan contoh yg baik kepada yg lain. "Solid" di bahagian pertahanan. Berjaya menyekat hantaran-hantaran lawan. Kerja keras yg memuaskan!

Toure.....7

Berkerjasama dengan Gallas dengan baik. Pasukan lawan menjadi gentar untuk bertemu dengan mereka selepas ini.

Flamini.....8

Kembali ke tahap terbaik! Membantu pertahanan dan serangan dengan cemerlang. Larian pantasnya sangat membantu the gunners.

Fabregas.....8

Bekerja keras untuk kembali ke potensi sebenar, dan akhirnya dia BERJAYA!! hasil kerjasama nya dengan Rosicky, telah menyumbangkan gol pertama Arsenal. Kawalan bola nya bertambah baik dan merancang dengan begitu teliti setiap gerakan serangan. Kipidap! Kipidap!!

Rosicky....8

Persembahan yg mengagumkan!! Bertenaga, hataran yg tepat, dan kerjasama yg baik bersama Flamini dan Fabregas di barisan tengah. Dia banyak juga membantu menghalang lawan untuk menyekat kemaraan Clichy di hadapan. Dia berjaya menunjukkan kredibilitinya sebagai pemain yg berkualiti di dunia.

Eboue....7

Bermain baik. Tetapi masih melakukan beberapa kesilapan kecil. Eboue masih mencari-cari gol pertama nya dalam 18 penampilan EPL. Tetapi, dia masih bermain cemerlang membantu barisan serangan Arsenal.

Adebayor.....7

Keajaibannya masih ada. Selesa bermain bersama Eduardo. Gol 'ajaib' nya telah memberi keselesaan kepada pasukan Gunners sepanjang perlawanan. Tapi, dia perlua mantapkan lagi passing nya. Barulah bole jadi macam Henry.
Eduardo.....8

Dia adalah segalanya. Gol pembukaannya telah menaikkan semangat juang rakan sepasukan. 'Robie Fowler' Arsenal ini membuktikan yg dia patut diberi peluang untuk menjadi kesebelasan utama Arsenal lebih kerap supaya lebih banyak gol yg boleh dia hasilkan. Satu persembahan yg mantap dan mengagumkan. Teruskan kecemerlangan anda!!

Pemaian gantian

Walcott.....7
Walaupun masuk pada separuh masa kedua, tapi sempat mengucar-kacrkan pertahanan lawan. larian pantas nya menghasilakan beberapa serangan buat the Gunners. Masih ada ruang untuk pemain ini menyerlah.

Hleb.....7

Masuk padang saje dah tunjuk 'belang'.Gandingan mantapnya dengan Rosicky dan Fabreg berjaya mencuri tumpuan. Gandingan mereka memang "The Best In The World"!

Diaby.....6

Main sekejap sangat. Tak sempat nak nilai=p

Manof the Match untuk perlawanan ini adalah..... Gael Clichy!!

2 comments:

  1. betol permainan yang sangat cantik

    ReplyDelete
  2. haah...kalo x cantik, x menang lah =D

    ReplyDelete