Tuesday, January 8, 2008

Van den Berg Dipinjamkan Kepada Go Ahead Eagles

Satu lagi perpindahan berlaku di bulan Januari ini. Tetapi Wenger hanya meminjamkan pemain mudanya Vincent van den Berg untuk mencari pengalaman beraksi dengan skuad utama ke kelab di Belanda, Go Ahead Eagles sehingga tamat musim liga tersebut.

Van den Berg hanya pernah beraksi bersama skuad simpanan dan bawah 18-thn Arsenal sahaja. Dia tidak pernah beraksi untuk kesebelasan utama Arsenal dan berharap peluang bermain dengan kelab di Belanda ini menjadikan nya lebih berpengalaman dan dapat bermain lebih kerap.


Nama : Vincent van den Berg
Umur : 18 thn
Posisi : Penyerang
Kelab Lama : Heerenven
Tahun Join Arsenal : 2006



No comments:

Post a Comment