Monday, February 11, 2008

11 Pemain Tidak Beraksi Menentang Blackburn

PREVIEW : ARSENAL vs BLACKBURN ROVERS

Menurut website rasmi Arsenal FC, 11 org pemain utama dijangka tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Blackburn malam ini atas sebab kecederaan(8 pemain) dan baru pulang dari kejohanan Piala Afrika(3 pemain).

Pemain yg cedera adalah Johan Djourou (groin), Philippe Senderos (knee) Robin van Persie (thigh),Abou Diaby (calf), Mathieu Flamini (hamstring), Manuel Almunia (sick), Denilson(hamstring), Tomas Rosicky (hamstring). Pemain yg terlibat dengan kejohanan Piala Afrika pula ialah Kolo Toure, Emmanuel Eboue dan Alex Song.

Berita ini sangat menggusarkan Wenger yg mungkin tepaksa memanggil Kolo Toure untuk kembali beraksi bersama skuad utama. Jika tidak, Wenger tidak mempunyai pilihan lain dengan meletakkan Justin Hoyte atau Gilberto Silva untuk berganding dengan Gallas.

Walau apa pun keputusan Wenger, kita perlu berharap barisan serangan yg diketuai oleh Adehbayor dapat meneruskan kemaraan mereka menerajui liga setelah kekalahan MAnU kepada Mancity 1-2 semalam. Diharapkan kejayaan selepas ini berkekalan sehingga berjaya menjulang trofi EPL musim ini. Hidup GOONERS!!~



Mampukah ADEBAYOR meneruskan kecemerlangannya??! sama-sama kita nantikan

No comments:

Post a Comment