Sunday, February 17, 2008

Nasib Tidak Menyebelahi Kita



Malang tidak berbau. Itulah saje yg boleh dikatakan.haha.. Skuad Wenger serba tidak mengena. Mankayu pula bermain cemerlang tanpa melakukan kesilapan. Saya yg duduk di kerusi "grand stand" kedai mamak terpaksa menahan telinga di serbu bermacam-macam "kata-kata pujian" daripada peminat Mankayu yg berada di situ.Sedih tak terkata, namun apakan daya.hahaha

Wenger dan Ferguson masing-masing dengan percaturan sendiri dengan tidak menurunkan beberapa pemain utama mereka. Mungkin bahang pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah yg akan berlangsung beberapa hari lagi memaksa mereka untuk membuat keputusan drastik tersebut. Arsenal yg juga dibelenggu krisis kecederaan yg teruk sudah pasti lebih tertekan untuk menentukan siapakah yg harus diturunkan untuk perlawanan ini.

Permainan bermula dengan beberapa gerakan cantik oleh kedua-dua pasukan. Namun, ManU lebih kemas dalam melancarkan serangan ke kubu Arsenal. Hasilnya, akibat sedikit kelam-kabut di depan pintu gol telah menghidangkan Rooney dengan gol pertama seawal minit ke-16 dengan tandukan menerjah jaring menewaskan Pak Leman. Gol kedua pula muncul kurang 5 minit kemudian setelah Nani berjaya meloloskan diri daripada benteng pertahanan Arsenal dan membuat hantaran lintang yg disambut dengan pantas oleh Fletcher menewaskan Pak Leman sekali lagi. Dua gol dalam tempoh 20 minit itu sangat membuatkan skuad Wenger tertekan dan membuatkan mereka bermain dengan lebih teruk. Padahnya, gol ketiga Mankayu muncul pada minit ke-38.Kali ini giliran Nani pula membolosi gol Arsenal akibat kesilapan pertahanan yg gagal dengan perangkap offsaid.Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal ketinggalan 3-0.


gol-gol Man U...

Waktu ini, saya masih tenang lagi dengan keputusan 3-0 itu dengan harapan Arsenal bole buat 'come back' lah. Tapi, Arsenal masih tidak bermain pada tahap sebenar mereka. Malang bertambah-tambah buat Arsenal apabila Eboue pula dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Evra seawal 4 minit setelah bermula '2nd half'.Akibatnya, gerakan cantik Nani sekali lagi menyumbangkan gol ke-4 buat Man U setelah 'cross' lawa Nani berjaya disambut oleh Fletcher untuk membuatkan Pak Leman 'keciwa' sekali lagi. Gol minit 74 inilah yg menambahkan keriuhan 'fan-fan' Mankayu di Mapley ditempat saya kerana kedudukan selesa Man U ini sudah hampir pasti menamatkan cabaran Arsenal dalam FA Cup. Arsenal sudah ketinggalan 4-0 dan kekal sehingga tamat permainan.

lepas gol ke-4...

Apa yg dapat saya lihat adalah, Arsenal sekali lagi bermain di bawah tahap sebenar mereka sama seperti mereka tewas 1-5 kepada Spurs dulu. Kesilapan-kesilapan defender dan midfield yg tidak berjaya 'control' game dgn baik membawa kepada kekalahan besar ini.


suke ko eh...

Namun, saya masih memandang kekalahan ini sebagai sesuatu yg positif kerana :
  • Wenger mahu merehatkan pemainnya untuk menentang AC Milan nnt. So kasi canlah star-star macam Adebayor, Flamini dan lain-lain berehat dlu.
  • Wenger juga tidak pandang sangat FA Cup ni sebab 'profit' yg dia dapat daripada FA Cup ni takde lah banyak mane pun kalo nak compare ngan Champions League, carling Cup n EPL.
  • Player Arsenal nak kasi can gak lah kat player Man U menang kat tempat sendiri.
  • Lagi satu, nak kasi fan-fan Man U kat ni hepi dulu. Diorang tak tau dengan result EPL nnt diorang akan 'menangis' balik.haha
so itu saja...

P/S : Fan man U jgn mara ek?hahahha

11 comments:

  1. sakit tlinge ni wehhh...mcm nak mc je..malas nak ngadap muka2 pminat MU..ampehss..:-(

    ReplyDelete
  2. sabo zdeqna...ade hikmah nye tu... mungkin lwan ac milan nt kita akn menang besar plak...mane laa kite tawu kan???;)

    ReplyDelete
  3. liver klh ngn team sayur, arsenal pn nk klh ngn team sayur gk..haha

    ReplyDelete
  4. liver klh ngn team sayur, arsenal pn nk klh ngn team sayur gk..haha

    -->rachwan

    ReplyDelete
  5. tula psal... arsenal n livpool mmg saje kasi can mng fa cup kat team2 sayur ni kot...hahaha

    ReplyDelete
  6. Uhuk_uhuk Sedih dol deman ako dua hari tengok Arsenal Kalah Uhuk_uhuk T_T Walaubagaimana pun kena terima kenyataan yang kekalah yg serperti sama macam spur dulu berulang dengan MU (mesti ker dengan Mangkayu huh)

    apa pun ntuk lawan team KAKA nanti ako bagi 100% sokongan padu walaupun kalah (leh menang kot)!

    go gunner gol ....

    dwanic

    ReplyDelete
  7. KEPADA FAN ARSENAL JGN SEDIH..KALAH MENANG ADAT PERMAINAN.YG PENTING EPL DAN UEFA CHAMPIONS..STAKAT FA CUP..BLOM PASTI MU BLEH SMPI KE FINAL..SILAP2 KALAH DGN TEAM SAYUR.JGN BELAGAKLA FAN MANKAYU.HEHEHE..

    ALA STAKAT MENANG 4-0 KITA BLEH BALAS BLK..CONTOHNYA TGK LA PERAK KALAHKAN SELANGOR 4-2 TP SELANGOR BALAS 4-0 BALIK.. XMUSTAHILLAH.LAGIPUN ARSENAL MAIN XGUNA TEAM POWER..BESOK BILA STAR2 ARSENAL DAN PULIH NAHAS KO SETAN MERAH KENA TEMBAK DGN PUM-GUN.HAHAHA...

    ReplyDelete
  8. hurmm...btol2...ape yg sy dapat lihat adlah, kalo arsenal x turun dengan barisan terbaiknya, mereka pasti mengahdapi kesukaran nak mng. ini terbukti dgn match menentang man u dan spurs... cuba kalo kesebelasan utama arsenal turun main, mesti letup pnyelah team tu...sumer team pn xleh kalahkan...so, lawan menentang ac milan ni, dijangka semua pemain utama kembali cergas dan arsenal akan kembali menujukkan belang mereka!!

    ReplyDelete
  9. cayala bro..anda mmg a true gooner.man u baru sampai q-final.blum lagi menang pun.kite tgk nanti abis season camne.who will laugh at the end..THE ARSENAL!

    ReplyDelete
  10. tu ah psal...yg die nak kecoh lebih knape la kan?? biase laa tu ade mng ade klah..4-0 ke 10-0 ke..sbb bola tu kan bulat..mcam2 leh jadi... fan man u jgn suke sgt k...

    ReplyDelete