Friday, February 8, 2008

Perjuangan Belum Selesai

Haih...setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat juga saya memblog kembali. kerinduan yg teramat terhadap peminat-peminat gunners seluruh Malaysia telah mendorong saya untuk kembali memberikan liputan terbaik kepada anda semua. Mana kan tidak, sepanjang saya tidak memblog, terlalu banyak peristiwa2 menarik yg telah saya terlepas untuk membritahu anda semua. Kini sya kembali dengan menjanjikan pelbagai berita hangat terkini tentang kelab kesayanagn anda, The Gunners!!

Berikut merupakan beberapa perkara menarik yg saya sempat lihat dari website-website dan blog-blog rakan seperjuangan gooners saya:

1. Kecederaan Flamini risaukan Wenger - Kecederaan yg di alami ketika membantu Perancis dalam perlawanan persahabatan kelmarin telah merisaukan Wenger dan semua peminat Arsenal di seluruh dunia untuk mengahadapi ujian getir menentang Man U di piala FA dan AC Milan di liga juara-juara. Namun, Flamini dijangka kembali cergas ketika menentang Blackburn nnt.

2. Eboue dan Toure kecundang, Song teruskan kemaraan - Pemain-pemain Arsenal yg terlibat dalam Piala Juara-Juara Afrika berjaya membantu pasukan negara mereka sekuran-kurangnya layak ke separuh akhir. Song berjaya membantu negaranya Cameron layak ke peringkat akhir setelah menewaskan Ghana 1-0 manakala Toure dan Eboue yg mewakili Ivory Coast terpaksa kecundang di separuh akhir setelah tewas kepada Mesir 4-1. Namun mereka akan terus bejuang untuk merebut tempat ke-3 menentang Ghana.

3. Hleb kekal bersama Arsenal - Rumor yg mengatakan Hleb bakal meninggalkan Arsenal untuk pergi ke Barcelona akhirnya terjawab setelah Hleb sendiri membuat kenyataan bahawa dia mahu kekal bersama kelab terbaik di dunia sekarang iaitu ARSENAL! Keputusannya itu disambut baik oleh pengurus pasukan dan rakan sepasukan yg lain kerana Hleb merupakan kunci kepada kejayaan Arsenal memnangi seberapa banyak trofi musim ini.

No comments:

Post a Comment