Monday, March 31, 2008

ARSENAL BANGKIT!!


Pemain Bolton, Danny Guthrie (kiri) bersaing dengan pemain Arsenal, Vassiriki Diaby


LONDON - Arsenal yang beraksi 10 pemain bangkit daripada ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk menewaskan tuan rumah, Bolton 3-2 pada aksi Liga Perdana England semalam.

Gol kemenangan skuad The Gunners itu hadir pada masa kecederaan menerusi jaringan sendiri pemain Bolton, Jlloyd Samuel.

Pada aksi di Stadium Reebok semalam, Arsenal terlebih didahulu dikejutkan dengan gol awal tuan rumah menerusi Matthew Taylor pada minit ke-14.

Pada minit ke-31, Arsenal terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain tengahnya, Abou Diaby dilayangkan kad merah.

Keputusan itu nyata memberi kelebihan kepada Bolton apabila Taylor sekali lagi menyumbat gol kedua pada minit ke-43.

Begitupun, Arsenal berjaya bangkit pada babak kedua untuk merapatkan jurang pada minit ke-62 menerusi jaringan William Gallas.

Enam minit kemudian, Robin van Persie bijak menggunakan peluang yang ada untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Samuel menghadiahkan kemenangan berharga The Gunners

1 comment:

  1. Masin tul mulut aku cm taruk garam 3kg jer..hehe. Ak bilang kwn aku si pnyokong ManCHEATed Utd yg Arsenal akan menang 3-2 lps Gallas skor. Dorg kutuk2 lagi. Betul aku bilang sama dorg. Kena la gelak puas2 sama aku lak..kah3. Mampos la team korg mng brapa pn, apa aku kesah, aku bukan MALAY UTD..wakaka

    ReplyDelete