Tuesday, March 25, 2008

Chelsea v Arsenal - Review

11 mata dibuang begitu sahaja dalam lima perlawanan liga terakhir Arsenal. Cukup mengecewakan. Memang sesuatu yang berbeza dengan apa yang berlaku di awal musim. Perlawanan terakhir yang berkesudahan dengan kekalahan di kubu kuat The Blues ; Stamford Bridge sememangnya mengecewakan. Melepaskan kedudukan kedua liga kepada Chelsea merupakan sesuatu yang sukar diterima. Ketinggalan enam mata kepada Manchester United sememangnya mengurangkan peluang Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga musim ini. Masalah kecederaan yang semakin meruncing, benteng yang mudah bocor dan hilang fokus terhadap perlawanan sememangnya memakan diri. Kecederaan yang dialami oleh Bacary Sagna dan digantikan oleh Abou Diaby sememangnya tidak memberikan sebarang impak kepada pasukan sebaliknya kemasukan Nicolas Anelka dan Belletti sememangnya mengubah taktikal serangan Chelsea secara mendadak. Hantaran tinggi dan permainan fizikal menyebabkan Arsenal melepaskan dua gol dengan mudah. Kelemahan paling ketara! Kedua-dua pertahanan tengah iaitu Gallas dan Toure seakan-akan tidak mampu memberikan tentangan kepada Drogba dan Anelka. Ketiadaan Sagna dan posisi pertahanan kanan diisi oleh Eboue sememangnya mudah sekali dibocori. Punca gerakan bagi gol kedua. Manakala Adebayor dan van Persie seakan-akan hilang sentuhan masing-masing. Gerakan dari kawasan tengah masih baik cuma perlu lebih kreatif lagi. Mungkin aku menulis bagaikan seorang yang pakar tetapi ini adalah ulasan ikhlas aku (untuk pasukan kesayangan sendiri juga). Aku harap perlawanan selepas ini Arsenal akan kembali bangkit dan peluang merangkul kejuaraan liga masih lagi terbuka. Perlu menang baki 7 perlawanan ini. Sebarang mata yang tercicir bolehlah melupakan hasrat memenangi liga.

No comments:

Post a Comment