Wednesday, March 5, 2008

Dari ZERO ke San HERO


Semalam adalah malam untuk diingati oleh semua peminat Arsenal. bukan hanya untuk mereka yang bertandang ke San Siro tapi untuk semua peminat di seluruh dunia. Arsenal mencatatkan rekod gemilang dalam sejarah bola sepak Eropah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 keatas milan ditempat lawan. ia adalah sejarah untuk sebuah kelab england. Milan yang mendominasi Eropah beberapa tahun kebelakangan ini dan dan tidak pernah tewas ditempat sendiri malahan juga tidak pernah melepaskan sebarang gol di tempat sendiri dalam saingan Eropah.

tetapi mlm semalam sejarah lalu tidak lagi penting kerana sejarah masa depan sedang dicipta oleh kekuatan midfield Arsenal. kegemilangan mlm semalam akan kekal dalam ingatan tetapi kejayaan demi kajayaan yang bakal dicipta tetap akan utuh sepanjang hayat.


Signal kemenangan terlihat lagi sejak separuh masa pertama. Arsenal mendominasi perlawanan sejak wisel pertama lagi. malangnye mereka bukan bermain di Emirates. tekanan yang dihadapi dihadapan 81ribu penonton di San Siro menyebabkan mereka kelihatan gugup utk mecuba diawal permainan. namun sekelip mata sesuatu keajaiban berlaku, bahagian midfield yang diterajui Fabreegas menjelmakan kekuatan dan semangat untuk membuktikan bahawa pahlawan gladiator rom dapat ditumbangkan.pemain muda Arsenal mula menunjukkan kematangan dan mereka yakin dapat menenggelamkan sorakan di San Siro.

memang banyak lagi yang perlu Arsenal lakukan diperingkat domestik mahupun eropah. tetapi sesuatu yang menunjukkan peningkatan apabila Arsenal menumbangkan bekas juara eropah walaupun melalui detik2 sukar setelah di belenggu masalah kecederaan dan di kalahkan pada saingan piala FA. semua ini menunjukkan Arsenal menjadi pasukan yang akan bertambah kuat mejelang beberapa tahun mendatang.


Arsenal telah melakukan keajaiban. perlawanan semalam adalah detik2 manis untuk diingati dan diceritakan untuk anak2 yang akan mengajar mereka erti kebangkitan dan kesungguhan. semalam, ranjau telah dilepasi, dari yang lama ke yang baru, dari yang berlalu ke yang baru dan dari Milan ke Arsenal. Selamat maju jaya Arsenal!!!!

2 comments:

  1. Ak mmg dh bajet mng..tp silap bajet, bajet 2-1 tp clean sheet mmg membanggakn..mmg totally fantastic performance. So ak nya prediction CL semakin lama semakin menjadi ni. Dr dulu ak kaji psl CL, sapa2 yg mng ngn Milan kompem mng CL..Xcaya tggu sapa julang cup kt Moscow nanti..Xcukup fact? Cuba tgk cmne Liver, Porto ngn Barca wat..Dorg klh kn Milan so pasti mng CL. Player Milan pn nk Arsenal mng, sbb dorg nk rasa klh ngn juara CL gk..Br bermaruah. Ak pn suka Milan sebenarnya tp hati ak pada Arsenal mmg xpenah berbelah bagi. Bringing on MU, ak nk luputkn memory drg mng 4-0 aritu. Berlagak sgt..

    ReplyDelete
  2. sejarah baru bakal tercipta. skuad muda wenger bakal menjulang CL thn ini. Kaka yg pemain terbaik dunia tu pun tak ke mana sbb kne mark dgn midfield2 arsenal. tahniah d ucapkan. man u, korang tggulah korang bakal kene titik dgn arsenal nt. bangga sangat plak mng 4-0 kat fa cup.huhu

    ReplyDelete