Sunday, March 16, 2008

Gol Toure Beri 1 Mata Kepada Gunners


Arsenal gagal mempertahankan takhta liga setelah perlawanan menentang Boro berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Emirates. Boro yg menewaskan Arsenal 2-1 semasa awal season dulu telah mendahului pada minit 24 menerusi bekas pemain Arsenal, Jeremie Aliadiere.

Namun, pertahanan Arsenal, Kolo Toure telah menjadi penyelamat selepas dia menjaringkan gol penyamaan pada minit 86 setelah dia menanduk masuk hantaran lintang Fabregas daripada corner.

Kesedihan melanda kem Arsenal sekali lagi setelah Gael Clichy cedera teruk setelah dikasari oleh Mido yg terus mendapat kad merah kerana kesalahan itu.

Kemenangan sepatutnya boleh berpihak kepada Arsenal kerana gol Adebayor pada minit ke-4 telah dibatalkan akbat offside.Tetapi hakikatnya gol itu sebenarnya sah dan tidak offside. Mutu pengadilanyg teruk di situ...

Boro juga bermain sangat defensive pada perlawanan ini. Sebab tu serangan Gunners tidak menjadi disamping mutu pengadilan yg sangat sangat teruk!!

Keputusan seri ini telah membolehkan ManKayu yg poyo nak mampos itu telah memintas Arsenal di persada liga dengan perbezaan gol. ManU jugak ade 1 lagi game belum main. Semoga anda kalah ManU!haha

No comments:

Post a Comment