Friday, March 7, 2008

Gunners hadapi dua lagi kecederaan pemain


Abou Diaby dan Theo Walcott akan terlepas perlawanan menentang Wigan pada pertemuan Liga Perdana Barclays minggu ini.

Diaby mengalami kecederaan betis dalam saingan piala juara juara semasa perlawanan menentang Milan selasa lepas.

Walcott, yang bermain sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu pula mengalami kecedaraan peha semasa perlawanan menentang Colorado Rapid khamis lalu.

kedua-dua pemain ini akan terlepas kunjungan ke JJB stadium menentang Wigan ahad ini. walaubagaimanapun, Van Persie di jangka tersenarai melihat pada tahap kecergasan yang hampir pulih sepenuhnya seteleh dilihat mampu bermain selama sejam menentang Colorado.


Kolo Toure juga mungkin tersenarai tetapi Thomas Rosicky masih dibelenggu kecederaan sekurang kurangnya sehingga minggu depan untuk pulih.


"Bermula malam selasa kami kehilangan Abou Diaby," kenyataan Arsene Wenger dalam laman web rasmi kelab. "Dia mengalami kecederaan betis."

"Hari ini kami juga kehilangan Theo Walcott. Dia bermain menentang Colorado Rapids dan dia mengalami kecederaan peha."

Wenger Kecam Bentley

Walcott, menjadi tajuk perdebatan antara Wenger dan bekas pemain Arsenal David Bentley.

Bentley, yang sekarang bermain Blackburn, memberitahu Walcott supaya meninggalkan Stadium Emirates untuk mendapat peluang lebih kerap bermain.

Wenger marah dengan kenyataan itu dan menuduh Bentley cuba meninbulkan rasa kurang senang terhadap pemain muda nya.

"Saya tidak tahu mengapa seorang pemain perlu mempengaruhi pemain lain untuk meninggalkan kelab. itu bukan tugas mereka."

"Apa yang penting adalah, apa yang seorng pemain itu perlukan. Apabila kamu berada dalam sebuah kelab terbaik dunia, kamu perlu terima saingan, dan apabila kamu menerimanya, ia akan menjadikan kamu lebih baik.

"Saya percaya Theo dapat menyesuaikan diri di sini. dia baru berumur 18 tahun dan untuk bermain kerap didalam sebuah kelab terbaik dunia adalah sukar.

"Sebagai seorang penyerang, dia mempunyai kualiti. bila dia datang, dia membawa suatu impak. Masa hadapan, dia akan memberi impak pada setiap permulaan permainan. kamu tidak boleh menganggu peningkatan dan perkembangan seseorang pemain. kamu akan gagal jika kamu berpindah."

No comments:

Post a Comment