Sunday, March 9, 2008

Preview Perlawanan : Wigan VS Arsenal



Perlawanan ini bukan la sepenting dan sesukar pertemuan dengan Ac Milan tetapi kemenangan diperlukan untuk memastikan Arsenal terus di tahkta liga. Aku percaya Arsene Wenger akan menurunkan kesebelasan utama nya dalam perlawanan ini. The Gunners dahaga kan gol dan akan memastikan kemenangan besar dlm perlawanan ini.

Kedua2 pasukan ada sebab kukuh untuk memenangi perlawanan malam ini. Wigan hanya berkelebihan 2 mata dan ketiga diatas pasukan di dalam zon penyingkiran.

Bagi Arsenal pula ini adalah peluang untuk menjadikan jarak mata sebanyak 4, dan dalam masa yang sama menghapuskan tekanan daripada Man U dan Chelsea.

Kekalahan kedua2 pasukan semalam seakan memberi aspirasi kepada Arsenal. Kini tiada satu pon dari Big 4 yang dapat memenangi FA cup musim ini. seakan-akan jika Arsenal tidak memenangi nya, pasukan dari big 4 lain juga tidak akan dapat.

Selasa lalu,Arsenal telah menjadikan Milan seperti Milwall, tetapi persembahan kebelakangan ini memberikan sedikit kerungsingan. Mereka hanya menang 2 daripada 6 perlawanan. kedua2 nya adalah kemenangan 2-0. satu kemenangan keatas milan dan satu lagi kemenangan ke atas Blackburn.Kekalahan 4-0 kepada Man u masih menjadi igauan. seri bertemu Milan, Birmingham dan Villa melengkapkan kesemua 6 perlawanan terakhir yang diharungi Arsenal.

Seperti Arsenal, Wigan juga hanya menang 2 daripada 6 perlawanan. kemenangan menentang West Ham dan Derby memberikan 6 mata berharga kepada mereka. Boro, Chelsea dan Sunderland telah mengalahkan mereka dan hanya seri 0-0 bertemu Mancheter City.

Arsenal : Almunia, Clichy, Senderos, Gallas, Sagna, Denilson, Fabregas, Flamini, Hleb, Adebayor, Bendtner, Gilberto, Van Persie, Toure, Lehmann, J Hoyte, Traore, Song.

MISSING: Diaby, Walcott, Rosicky, Eduardo, Djourou


Wigan:

Wigan akan menurunkan skuad terbaik setelah Ryan taylor dan Kevin Kilbane pulih dari kecederaan.

Pemain Tumpuan: Paul Scharner


pemain pertahanan Austria ini menjadi ikon Wigan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. menyumbang gol dalam pertemuan dengan Derby dua minggu lalu. memiliki rentetan persembahan yang menarik. namun dia memerlukan prestasi terbaiknye mlm ini untuk menyekat Arsenal.

Arsenal:

Arsenal berkemungkinan dapat menyenaraikan Kolo Toure (betis) and Alex Song (ligamen) yang pulih dari kecederaan.

walaubagaimanapun, Theo Walcott (peha) dan Abou Diaby (betis) termasuk dalam senarai kecederaan disamping juga Eduardo.


Robin Van Persie bermain salama sejam dalam perlawanan persahabatan menentang Colorado Rapids. Wenger amat mengambil berat akan Van Persie yang letih untuk bermain perlawanan malam ini. Wenger: 'Robin bermain sejam dan kelihatan OK. tetapi [dalam perlawanan Wigan] kelihatan terlalu awal bagi nya, dia akan menghabiskan perlawanan dengan sangat letih.saya akan mempertimbangkan nya.'

Pemain Tumpuan: Mathieu Flamini

Dia tidak menerima penghargaan secukupnya ketika aksi cemerlang menentang Milan. sebelom perlawanan Wenger mengarahkan pemain bermain zonal marking. tetapi Wenger lupa yang kawasan (zone) bagi Flamini adalah seluruh padang!!!. He3.


Match Prediction:

Pendapat aku tentang perlawanan ni, bukan hanya sebagai fan, tapi melihat perlawanan secara keseluruhan. kita dah menjadi pasukan English pertama mengalahkan Milan di San Siro, meletakkan permainan menarik di kalangan pemerhati2 bolasepak seluruh dunia. Namun Wigan pasukan yang kental dan agak sukar di jinakkan. namun hantaran buruk selalunyer menyebabkan bencana bagi wigan. berbalik kepada Arsenal, mlm ini kemenangan 1-0 kepada Arsenal. Gol dari Adebayor.

p/s ; bg prediction korang pulak dalam komen.


3 comments:

  1. haha..
    bgs bro, ak jdkn ko idola blog ak..hehe
    mmg game lwn milan flamini nmpk MOTM sebenarnya, tp dia xskor dia xdpt mnjadi MOTM..
    pe2 hal ak salut sama dia,
    dia xkecik hati..huhu
    ak harap dia sambung contract pas ni

    ReplyDelete
  2. aku rase menang 2-0 la. arsenal jarang menang besar2 ni. tapi x ksah laa.janji menang kan? kalau menang game ni, boleh laa kite same2 nganjing fan mankayu habis2. bia derang bengang sampai nanges.hahah

    ReplyDelete
  3. haha..
    sama2 lah kita doakn kemenangan Arsenal mlm ni..kurang dr sejam lg JJB Stadium akan membuahkan 3 mata berharga utk Gunners..
    Gudluck...chayok2

    ReplyDelete