Friday, March 7, 2008

Rakan sepelatih Mputu ditawarkan tempoh percubaan di Arsenal

Pamphile Mihayo Kazembe, di Emirates

Arsenal telah menawarkan pemain Tp Mazembe, Pamphile Mihayo Kazembe utk menjalani percubaan di Arsenal. Beliau adalah pemain kedua dari kelab Congo yang dibawa oleh Wenger untuk menjalani tempoh percubaan di Arsenal.

Tahun lepas, Arsenal telah menawarkan Tresor Mputu juga untuk menjalani tempoh percubaan kerana Wenger menyifatkan Mputu sebagai jelmaan Samuel Eto'o yang baru. Tetapi malangnya setelah menunjukkan bakatnya yang nyata mengagumkan, beliau menolak menyertai Arsenal.


Walaubagaimanpun, Wenger meminta kelab TP membenarkan Arsenal memberi tempoh percubaan kepada seorang lagi pemain mereka. Wenger tertarik dengan Mazembe setelah menyaksikan perlawanan persahabatan antara kelab TP dan Reserve skuad arsenal dimana kemenangan 1-0 memihak kepada Reserve skuad arsenal. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Cedric Evina.

Dalam perlawanan itu, Mputu dikeluarkan pada minit ke-8 kerana masalah kecederaan dan diganti oleh Kazembe. Permainan cantik Kazembe dalam perlawanan itu memukau Wenger dan ia dilihat sebagai prospek yang bagus untuk Arsenal.

Kazembe memakai jersey no 7, bermain sebagai pemain sayap dan memiliki fizikal yang tinggi dan kuat. tetapi berdasarkan laporan perlawanan, Kazembe lebih dilihat sebagai playmaker.

Arsenal turut meminta TP agar dapat datang kembali dan bermain beberapa lagi perlawanan menentang skuad muda Arsenal untuk memberikan peluang Wenger menyaksikan aksi Mputu dan Kazembe. Hasrat Wenger itu ditolak oleh Presiden TP, Brace Katumbi Chapwe kerana mereka terikat jadual perlawanan liga. walau bagaimanapun, Brace Katumbi membenarkan pemain yang terlibat menjalani tempoh percubaan selama 10 hari di Arsenal.


No comments:

Post a Comment