Wednesday, March 26, 2008

Wenger sanggup belanja besar


KELIBAT Ben Arfa (depan) berjaya memikat Wenger.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menaikkan tawaran berjumlah 17 juta pound (RM106.74 juta) bagi mendapatkan khidmat penyerang Lyon, Hatem Ben Arfa.

"Sekiranya Ben Arfa dijual, kami sangat berminat," kata Wenger.

Sebelum ini, juara Liga Perancis, Lyon dilaporkan mahu menyambung kontrak Ben Arfa, 21, yang masih berbaki dua tahun.

Wenger juga merancang untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kelab Barnsley, Heinz Muller dengan nilai 2 juta pound (RM12.55 juta).

Muller akan menyertai The Gunners sekiranya Jen Lehmann meninggalkan Arsenal pada penghujung musim ini.

Sementara itu, Lehmann mengakui, dia tidak mempunyai rakan sejati di Arsenal.

"Saya jarang bergaul dengan rakan sepasukan. Mereka lebih rapat dengan anak saya berbanding dengan saya. Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan musim depan.

"Sekiranya saya mendapat tawaran dari kelab lain saya akan berhijrah. Sekiranya tidak, saya mungkin akan bersara," kata Lehmann.

Lehmann sebelum ini mengancam untuk bersara jika Arsenal gagal memperbaharui kontraknya.

Dia yang akan mewakili Jerman pada kempen Euro Jun ini lebih banyak memanaskan bangku simpanan selepas tempatnya dalam skuad The Gunners diisi penjaga gol dari Sepanyol, Manuel Almunia. - KOSMO!-

2 comments:

  1. ak tgk mu lwn lyon..
    giler gk mamat ni gentil2kn player mu cm xde pe jer..(mmg pn-fizikal jer besar, skill haram!..hehe)
    cuma ak rasa finishing dia agak kurang la..
    ala klu dh msk Arsenal mesti finishing ok yer la..
    tgk Henry, dulu kt Juve xde pe2..
    main jer Arsenal trs jd legend..
    ak rasa Ben Arfa atau Benzema plg sesuai pakai bj no 14..hehe

    ReplyDelete
  2. Ben Arfa ni org mana ek? Nama mcm org israel jer...:-(

    ReplyDelete