Wednesday, April 2, 2008

Arsenal tidak gentar jumpa Liverpool



Arsenal tidak gentar berdepan Liverpool sekalipun skuad The Reds itu memiliki rekod cemerlang pada kempen Liga Juara-Juara.

Dalam tempoh tiga tahun terakhir, Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebanyak dua kali termasuk ditabalkan selaku juara pada musim 2005.

Begitupun menjelang aksi suku akhir pertama di Stadium Emirates awal pagi esok, Arsenal jelas sekali tidak tertekan dengan reputasi yang dimiliki Liverpool.

Berbekalkan kejayaan menyingkirkan Liverpool pada saingan Piala Liga dan Piala FA musim lalu, Arsenal tampak lebih yakin bagi menghadapi lawan mereka itu.


PEMAIN tengah Arsenal,
Alexander Hleb (kiri) serta
Theo Walcott giat berlatih menjelang aksi menentang
Liverpool awal pagi esok.


Tonggak pertahanan Arsenal, Kolo Toure percaya kejayaan menewaskan Liverpool dalam dua kempen tersebut menjadi pembakar semangat buat The Gunners menidakkan hajat musuh tradisi mereka itu.

"Ia adalah satu pertemuan yang menarik," kata pemain pertahanan skuad kebangsan Ivory Coast itu.

"Musim lalu kami bertemu mereka (Liverpool) sebanyak empat kali. Daripada empat pertemuan kami berjaya menewaskan mereka sebanyak tiga kali.

"Kami sedar ia merupakan satu perlawanan yang sengit tetapi kami mempunyai kualiti tersendiri dan saya yakin Liverpool akan takut untuk bertemu kami.




"Kami perlu membuktikan pada mereka bahawa kami perlu lebih hebat berbanding musim lalu."

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui aksi menentang Liverpool merupakan satu cabaran paling sukar dalam kariernya sepanjang 12 tahun mengendali kelab England itu.

"Ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat. Sepuluh hari akan datang bakal menentukan hala tuju kami musim ini," jelas Wenger.

4 comments:

  1. 2-0 mlm ni!
    Hleb ngn RVP netting..huhu

    ReplyDelete
  2. betol2...aku taget 2-0 atau 3-0 gk... van persie mst ade sebijik...

    ReplyDelete
  3. haha..
    dia aritu asik shot melayang jer..
    so mlm kang kompem melayang msk gol..hehe

    ReplyDelete
  4. ish...tu laa yg patot nye...jgn asik gerarrd nye shot je yg masuk..huhu
    torres aku rase kene pangkah abes2 ngn gallas mlm ni..

    ReplyDelete