Friday, April 11, 2008

Fokus buru gelaran liga


ADEBAYOR mahu rakan sepasukan
bangkit buru gelaran liga.


LONDON - Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor mahu rakan sepasukannya melupakan terus saingan Liga Juara-Juara dan kembali memberi tumpuan kepada usaha mereka untuk memburu gelaran Liga Perdana England musim ini.

Skuad The Gunners itu akan berdepan ujian baru apabila berkunjung ke Old Trafford Ahad ini untuk berdepan pendahulu liga, Manchester United.

Kunjungan itu hadir hanya empat hari selepas mereka tersingkir daripada saingan Eropah ekoran kekalahan 3-5 kepada Liverpool pada suku akhir.

Arsenal kini ketinggalan enam mata di belakang United dan hanya kemenangan sahaja akan memberi jaminan kepada harapan untuk memburu gelaran liga musim ini.

"Perkara paling penting sekarang ialah memberi fokus kepada apa pencapaian yang boleh kami raih musim ini," jelas penyerang antarabangsa Togo itu.

"Kami masih bermain untuk memburu gelaran dan kami percaya boleh memenangi sesuatu musim ini.

"Ahad ini adalah perlawanan cukup besar dan kami akan lihat apa yang perlu dilakukan," katanya.

Wenger melahirkan rasa bangganya dengan kekuatan mental yang dipamerkan barisan muda Arsenal, namun dia berhadapan tugas sukar untuk membina keyakinan semula di kalangan pemain.

"Kami mempelajari banyak perkara tahun ini, namun bos kami mempunyai pengalaman berbanding sesiapa di sini.

"Dia tahu perkataan yang boleh digunakan untuk kami kembali bangkit beraksi cemerlang di atas padang," katanya.

No comments:

Post a Comment