Saturday, April 5, 2008

Kembali Bersaing!




LONDON – Selepas dua hari, Arsenal dan Liverpool kembali berentap di Stadium Emirates.

Kali ini, kedua-dua kelab gergasi England itu bukan beraksi pada kempen Liga Juara-Juara tetapi mereka akan tampil dalam saingan Liga Perdana England.

Baik Arsenal mahupun Liverpool, kedua-dua pasukan turun dengan misi yang berbeza.

Ketika Arsenal mengintai peluang bergelar juara liga, Liverpool pula mahu mengukuhkan kedudukan di tangga keempat bagi menjamin slot pada

saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Arsenal yang ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester United perlu mengelak daripada tewas atau mencatatkan keputusan seri hari ini jika berhajat merangkul kejuaraan liga.

“Apa yang perlu kami lakukan ialah memberi tumpuan untuk memenangi semua baki perlawanan musim ini,” kata pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas.

“Saya sedar bahawa kami tidak lagi menjadi pasukan pilihan tetapi segala-galanya bergantung pada baki enam perlawanan seterusnya.

“Kami perlu memenangi baki enam perlawanan ini untuk mencerahkan peluang bergelar juara.”

Sementara itu, pengendali Liverpool, Rafael Benitez dijangka merehatkan beberapa tonggak utamanya hari ini sebelum kedua-dua pasukan kembali bertemu pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield Rabu depan.

Steven Gerrard, Fernando Torres, Dirk Kuyt, Sami Hyypia, Jamie

Carragher dan Ryan Babel adalah antara pemain yang dijangka memanaskan bangku simpanan Liverpool.

“Torres dan Gerrard perlu cergas untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

“Ada pemain yang pulih dalam tempoh dua atau tiga hari. Mungkin kami perlu membuat penukaran pemain,” kata Benitez.

No comments:

Post a Comment