Friday, April 11, 2008

The Reds Devils v The Gunners

Barclays Premier League
Old Trafford Stadium
13 APRIL 2008, 10.00 pm

Pertemuan kali ini lebih kepada hala tuju perjalanan liga musim ini. Adakah baki empat perlawanan seterusnya akan melibatkan tiga penjuru atau dua sahaja dalam mencari juara liga musim 2007/08? Ia akan ditentukan malam Ahad ini.

Kalah atau seri boleh la dikatakan selamat tinggal kejuaraan liga bagi Arsenal. Ketinggalan enam mata di belakang Manchester United, dengan baki lima perlawanan, peluang masih ada secara matematik dan masih lagi mampu merangkul kejuaraan sekiranya memenangi ke semua baki perlawanan.

Kecederaan yang dialami oleh Flamini sewaktu pertembungan suku akhir kedua CL di Anfield meletakkannya di bangku simpanan selama 3 minggu manakala Bacary Sagna yang cedera sewaktu menentang Chelsea gagal mengikuti trip ke Old Trafford.

Tomas Rosicky (hamstring) dan Eduardo (patah kaki) sudah menamatkan liga lebih awal kerana keceraan serius yang dialami. Abou Diaby pula digantung perlawanan disebabkan kad merah yang dipungut sewaktu menentang Bolton.

Ketiadaan pemain-pemain ini menyebabkan Arsenal agak tempang jika dibandingkan dengan pemain Manchester United yang sehat walafiat. Sudah pasti Arsenal akan bermati-matian bagi memastikan kempen liga masih lagi terbuka.

6 comments:

  1. pertemuan do-or-die bagi arsenal... nak x nak kne mnang... aku harap dgn kudrat yg derang ade, derang bleh rr kasi mng. x banyak pn xpe, janji mng.huhu kalo mng, bole rr ferguson dpat gula2 kapas.hahah nice pic bro!

    ReplyDelete
  2. Aku pn harap ARSENAL mng..Brapa aku xkesah. Sebijik pn jadi la. Xmenang cara baik pn xpe..hehe. Harap ref xbiased la. Klu menang, membuak2 mood nk studi..hehe. Gambat tu aku rembat dalam frenster..haha

    ReplyDelete
  3. betul tu..menang cara tak baik pon takpe, hihi =D even 1 goal pun takpe.and harap tu ref and linesman yang berotak sket..

    ReplyDelete
  4. ref waktu seri 2-2 kt emirates..
    ak cm xleh blah jer ref tu..

    ReplyDelete
  5. played well, but again a jaded front-line failed to convert the chances created, and of course the usual dosage of no luck...

    nak buat camne lagi, makan roti je lor...

    ReplyDelete
  6. 2 la, kna mantapkn bhgn serangan nih!

    ReplyDelete