Thursday, January 17, 2008

Diarra Berhijrah ke Pompey


Lassana Diarra kini sah menjadi milik kelab Portsmouth setelah dibeli dari Arsenal dengan nilai sekitar £5 juta bersama kontrak selama 3 tahun setengah.

Ini merupakan pembelian pertama Portsmouth untuk musim perpindahan januari ini diamana mereka memrlukan Diarra untuk bermain posisi tengah dan juga boleh bermain bek kiri dan kanan.

Diarra hanya beraksi sebanyak 13 kali untuk Arsenal sejak berhijrah dari Chelsea bulan Ogos yg lalu. Keputusannya untuk berhijrah ke Portsmouth adalah kerana kecewa tidak diberi peluang untuk bermain sebagai kesebelasan utama lebih kerap.

Pemain perancis berusia 22 thn ini mungkin akan beraksi untuk Portsmouth ketika menentang Derby sabtu ini.

Wednesday, January 16, 2008

Arsenal Intai Pemain Muda Marseille

Arsenal dikhabarkan telah melakuakan tawaran sebanyak £5 juta kepada Marseille untuk pemain berusia 18-thn dari Ghana, Andre "Dede" Ayew.

Pemain yg sedang beraksi untuk Ghana dalam Piala Afrika dikatakan telah menarik minat Wenger untu menyertai skuad The Gunners Januari ini. Pemain kaki kiri yg bermain posisi attacking midfield ini merupakan anak kepada bekas Pemain Terbaik Afrika, Abedi Pele. Dia sedang dalam perhatian 'scout-scout' Arsenal yg tertarik dengan bakatnya.

Namun ini hanyalah khabar angin yg belum dapat disahakan. Munginkah dia menjadi pemain Afrika seterusnya yg diamabil oleh Wenger selepas Adebayor, Toure, Eboue dan Song?? Sama-sama lah kita nantikannya.

Tuesday, January 15, 2008

Arsenal Intai Penjaga Gol Muda Sepanyol

Fabricio Augusto

Arsene Wenger sekali lagi meneruskan pencarian bakat barunya dengan melihat potensi yg ada pada penjaga gol muda Deportivo La Coruna B yg berusia 20 thn, Fabricio Augusto.

Penjaga gol muda ini yg pernah mewakili skuad kebangsaan Sepanyol bwh 20 thn hanya bolos 7 gol daripada 19 perlawanan liga bersama Deportivo B. Pemain ini mempunyai kontrak bersama pasukannya sekarang sehingga Jun 2010. Namun dia dipercayai masih belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana kelab yg berminat untuk dapatkan khidmatnya.

Menurut pemain muda ini, dia gembira sekiranya dapat berhijrah ke Arsenal. Namun, belum ada sebarang kontrak yg ditawarkan kepadanya. Menurutnya lagi, misi nya sekarang adalah untuk bermain bersama skuad utama Deportivo la Coruna dalam saingan La Liga. Tetapi sekiranya dia mendapat tawaran dari kelab yg besar seperti Arsenal, dia amatlah berbesar hati dan sudah pasti menerimanya. Dia merasakan bahawa England adalah tempat terbaik buat pemain-pemain muda dari Sepanyol untuk menonjolkan bakat mereka. Ini sudah terbukti dengan pemain-pemain seperti Cesc Fabregas, Alvaro Arbeloa dan Fernando Torres.

-Skysports-


Monday, January 14, 2008

Review : Arsenal Sekadar Seri 1-1 Dengan Birmingham

Tak banyak yg saya boleh ulas tentang perlawanan ini sebab saya sendiri tak berkesempatan untuk melihat bagaimana perlawanan ini di tv. Saya juga agak kecewa dengan pihak ASTRO kerana tidak menyiarkan game ini secara LIVE. Diorang lebih mengutamakan Liverfool yg main ntah ape-ape daripada Arsenal yg bagus ini.Tapi keputusan yg diterima ini sangat mengecewakan kerana dengan keputusan seri itu, ManKayu berjaya memintas kedudukan the Gunners sebagai pendahulu liga.

Arsenal memperoleh gol awal menerusi jaringan penalti Adebayor setelah Eduardo dijatuhkan dalam kotak penalti. Birmingham pula mendapat gol menerusi Garry O'Connor yg menanduk masuk hantaran sepakan sudut bekas pemain Arsenal, Sebastian Larsson.

Beritkut adalah statistik perlawanan yg diambil dari SkySports. Jelas sekali Arsenal mengawal permainan tetapi takde finishing yg tepat.

Arsenal Team Statistics Birmingham City
1 Goals 1
1 1st Half Goals 0
6 Shots on Target 2
8 Shots off Target 1
8 Blocked Shots 1
14 Corners 3
8 Fouls 11
1 Offsides 2
1 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
87.5 Passing Success 61.9
22 Tackles 39
86.4 Tackles Success 74.4
68.3 Possession 31.7
58.2 Territorial Advantage 41.8

p/s : Maaf kerana tiada rating pemain-pemain kali ini. Sebab saya tidak tengok game tersebut. Saya x suke kalo tengok yg bukan LIVE.huhu

Saturday, January 12, 2008

Preview : Arsenal vs Birmingham


Satu lagi perlawanan liga yg bakal menentukan adakah Arsenal akan kekal berada di takhta liga atau akan dipintas oleh ManKayu? pastinya kita tidak mahu mankayu memotong kedudukan pasukan kita malahan kita mahu melihat kekalahn menimpa pasukan Syaitan Merah(Red Devil) itu.

Bermain di stadium sendiri bakal memberi kelebihan kepada The Gunners untuk menentang pasukan Birmingham dan mencatat kemenangan. Rekod perlawanan sebelum ini menunjukkan Arsenal menang 5 kali manakala Birmingham hanya pernah menang sekali dan kedua-dua pasukan ini seri 2 kali.

Arsenal bakal turun dengan barisan utama nya dengan Hleb, Rosicky, Flamini dan Fabregas akan brmula ditengah setelah sekian lama tidak beraksi.Adebayor pula mungki digandingkan dengan Eduardo dihadapa. Sagna dan Clichy bermain bek kiri dan kanan. Pintu gol pula sudah pasti dikawal oleh Almunia. Yang menjadi persoalan sekarang siapakah yg akan bergandingan dengan Gallas untuk bermain bek tengah? Adakah Senderos atau Hoyte? Atau mungkin pemain tengah berpengalaman Gilberto? Djorou pula tidak berpeluang bermain kerana mendapat kecederaan ketika menentang Totenham tempoh hari.

Apapun malang menimpa Van Persie yg mendapat cedera ketika menentang Spurs dan disahkan hanya menghidap selsema yg serius. Apapun yg berlaku kita harapkan Arsenla tetap menang dan menjadi pendahulu liga dan menjarakkan kedudukan dengan Syaitan Merah. All The Best Gunners!!!

Arsene Wenger Pengurus Terbaik Bulan Disember

"Anda lah pengurus kesayangan kami!"

Sekalung tahniah diucapkan kepada pengurus kelab kesayangan kita, Arsene Wenger setelah berjaya memperoleh Anugerah Pengurus Pasukan Terbaik EPL bagi bulan Disember.

Anugerah tersebut diperoleh setelah pencapaian cemerlang Wenger sepanjang bulan Disember membimbing The Gunners dengan
4 kemenangan daripada 7 perlawanan liga. Skuad bimbingan Wenger hanya kalah sekali semenjak bulan Ogos dan berada di kedudukan teratas liga buat masa sekarang.

Ini adalah kali ke-10 Wenger berjaya memperoleh anugerah ini sepanjang kariernya dan kali ke-2 musim ini setelah memenanginya pada bulan September lalu.

Sementara itu,
Anugerah Pemain Terbaik EPL bulan Disember pula menjadi milik Roque Santa Cruz dari Blackburn di atas kecemerlangannya menjaringkan 6 gol sepanjang bulan lepas termasuk hatrick menentang Wigan. Tahniah juga buat Santa Cruz!

Friday, January 11, 2008

Fran Merida Dipinjamkan ke Real Sociedad


Itulah yg benar-banar berlaku sekarang. Pemain muda berbakat yg baru berusia 17 thn ini telah dipinjamkan kepada kelab divisyen 2 Liga Sepanyol, Real Sociedad sehingga tamat musim ini. Merida yang dibeli oleh Wenger daripada kelab Barcelona(sama macam Fabregas) diberi peluang oleh Wenger untuk menimba pengalaman bermain dalam skuad utama di Sepanyol sebelum diserapkan ke dalam skuad utama The Gunners.

Merida hanya berpeluang beberapa kali masuk padang ketika Carling Cup musim ini sebagai pemain gantian. Sebelum ini dia hanya menunjukkan bakatnya bermain bersama skuad simpanan dan skuad bawah 18thn Arsenal sahaja. Diharapkan dengan pemergian Merida ke Real Sociedad dapat memberi pengalaman yg secukupnya kepada dia supaya dapat menyumbangkan sesuatu kepada Arsenal kelak. Kita ucap kan "All the Best" dan "Gambate" buat Fran Merida!!~

Thursday, January 10, 2008

Review : Arsenal 1 Tottenham Hotspurs 1

Theo Walcott menjadi wira buat Arsenal apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 menentang Spurs dalam separuh akhir Carling Cup peringkat pertama. Gol tersebut sekurang-kurangnya dapat membuat bekalan yg baik untuk The Gunners menghadapi perlawanan peringkat kedua di White Hart Lane 2 minggu lagi. Gol tersebut meranapkan impian Spurs untuk menewaskan Arsenal menerusi jaringan Jermaine Jenas pada minit ke-37.

Arsenal bermain dengan agak teruk pada separuh masa pertama dengan kepincangan jelas nampak di barisan pertahanan tengah yg dikemudi oleh Senderos dan Djorou. Midfield juga tidak nampak pergerakan mereka sehingga menyukarkan Van Persie dan Bendtner untuk membuat serangan.

Jelas kepincangan itu telah digunakan sebaik mungkin oleh Spurs setelah Barbatov melorongkan bola dengan cantik kepada Robie Keane dan Keane menolak kepada Jenas untuk ditolak mudah ke dalam gol. Kesilapan pertahanan telah menyebabkan gol ini terhasil. Separuh masa pertama berakhir dengan Arsenal tidak melakukan sebarang gerakan yg mengancam pintu gol Spurs.

Separuh masa kedua bermula. Wenger dengan bijak memasukkan Eduardo dan Sagna utk menggantikan RVP dan Djorou. Jelas percaturan Wenger menjadi dan lebih banyak gerakan menarik dan berbahaya dihasilkan. Pertahanan juga menjadi lebih teratur dengan kehadiran Sagna sebagai bek kanan dan Hoyte menajdi bek tengah menggantikan tempat Djorou.

Hasilnya terbukti pada 10 minit sebelum tamat perlawanan apabila
Eduardo berjaya membuat 'through-pass' yg cantik buat Walcott untuk disempurnakan dengan baik menuju ke dalam gol. Biar pun gol tersebut boleh dikatakan tidak sengaja dan ajaib dilakukan oleh Walcott, namun ia tetap dikira gol!haha. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Berikut adalah
Rating saya buat pemain-pemain Arsenal utk game ini :

Fabianski.....7
Persembahan yg menarik daripada anak muda ini. Banyak menyelamatkan percubaan berbahaya daripada pihak lawan. Kesungguhannya telah terbukti dari awal lagi setelah menyelamatkan dengan
bergaya rembatan kencang Berbatov. Walaupun terdapat satu kesilapan semasa mengagak bola 'corner', namun bilangan 'save' yg telah dia lakukan telah banyak membantu Arsenal mengekang serangan lawan.

Senderos.....5
Kapten pasukan untuk perlawanan ini. Namun aksi nya tidak setanding dengan kapten pasukan kita,
Gallas. Mungkin akibat masih kurang persefahaman dengan Djorou menyebabkan benteng Arsenal menjadi agak kucar-kacir. Perlu diperbaiki untuk menjadi kesebelasan utama dan menggantikan tempat Toure.

Djorou.....5
Mungkin dia berasa gugup kerana pertama kali beraksi untuk Arsenal musim ini. Gandingan nya bersama Senderos dilihat kurang mantap dan tidak menjadi. Dia bermain kurang baik sepanjang separuh masa pertama. Keputusan Wenger untuk mengeluarkannya pada separuh masa kedua adalah sangat tepat!

Traore.....6
Bermain sebagai bek kiri dengan baik. Laju dan licik seperti Clichy tapi masih ada sedikit kekurangan.

Hoyte.....7
Hoyte lebih sesuai bermain bek tengah daripada bermain bek kanan. Separuh masa kedua menampakkan usaha gigih nya untuk mempertahankan kubu Arsenal. Dia banyak menghalang bola pihak lawan dan bertahan dengan baik.Mungkin dia adalah pengganti Toure yg baik untuk berganding dengan Gallas kelak.

Gilberto.....7
Dia menggunakan pengalamannya sebaik yg mungkin. Mengawal kawasan tengah dengan baik dan membantu pertahanan dengan cemerlang. Harap Wenger tak jual Gilberto kerana Arsenal masih memerlukannya sebagai Defensive Midfield yg baik.

Diaby.....4
Terlampau banyak 'One-man-show'. Setiap kali bola dapat kat die mest bola mati camtu saje.
Tak kreatif! Pergerakan sangat slow dan boleh dibaca pihak lawan dengan mudah. Mungkin dia tidak berapa sesuai untuk bermain di bahagian kiri midfield.

Denilson.....5
Dia juga tidak beraksi dengan baik. Mungkin disebabkan fizikal yg kecik, dia terlampau mudah dijatuhkan oleh pihak lawan dan hilang bola dari kawalan. Banyak kali bola hilang dari kawalannya dan oppenent buat '
counter-attack'. Dia juga tidak kreatif untuk mencipta gerakan seperti Fabregas. Perlu usaha lagi!

Walcott.....6
Walcott juga senang jatuh bila berhadapan dengan lawan. Mungkin dia perlu lebih '
keras' selepas ini untuk menghadapi bek2 lawan yg selalunya berbadan besar. Namun 'gol-ajaib'nya telah menyelamatkan Gunners daripada tertewas. Di akhir perlawanan dia nampak seperti mengalami kecederaan. Harap-harap kecederaan itu tidak serius la..

Van Persie.....5
RVP mungkin belum mendapat rentak permainan lagi dan belum betul-betul '
fit' nak bermain. Tiada gerakan berbahaya yg dapat dibuat sepanjang tempoh 45 minit dia bermain. Mujur Wenger masukkan Eduardo dan gantikannya pada separuh masa kedua. Take your time ok Persie.

Bendtner.....7
Separuh masa pertama dia kurang menyerlah. Bila tiba separuh masa kedua, dia sudah mula tunjuk belang nya. Mungkin pasangan '
secocok' nya sudah bermain bersama. Pemain muda ini memang berbakat dan mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Dia juga berupaya untuk mencipta gerakan ke arah gol.

Pemain Gantian
Eduardo.....7
Patut main dari awal lagi. Baru masuk 2nd half dah ada banyak peluang nak buat gol. Kredit kepada Eduardo untuk gerakannya yg menghasilkan gol buat Walcott. Dia memang '
Musang Kotak Penalti'!!

Sagna.....7
Seorang lagi pemain gantian yg bertindak cemerlang. Mungkin disebabkan pengalamnnya dia berjaya menggerakkan serangan dari bahagian kanan dan bertahan dengan baik sekali.

Randall....4
Sekejap je dapat pegang bola. Tapi ok laaaa~

Bagi saya, Man of the Match utk perlawanan ini adalah milik
Berbatov kerana dia bermain cantik dan banyak buat gerakan untuk Spurs. Untuk fan Gunners, 'No Offense Ok?' hehhe. Saya hanya nilai berdasarkan pemerhatian dalam game tu saje.=)



Wednesday, January 9, 2008

Preview : Totenham vs Arsenal


Wenger telah menyenaraikan 16 pemain yg bakal menentang Spurs dalam separuh akhir Carling Cup pusingan pertama. Senarai pemain adalah seperti berikut :

2 Abou DIABY
3 Bacary SAGNA
6 Philippe SENDEROS
9 EDUARDO
11 Robin VAN PERSIE
15 DENILSON
19 GILBERTO
20 Johan DJOUROU
21 Lukasz FABIANSKI (GK)
26 Nicklas BENDTNER
30 Armand TRAORE
31 Justin HOYTE
32 Theo WALCOTT
36 Mark RANDALL
40 Vito MANNONE (GK)
41 Gavin HOYTE

Tidak banyak yg ingin diperkatakan tentang senarai pemain ini melainkan dengan kemunculan RVP semula ke dalam skuad Arsenal setelah sekian lama dibelenggu kecederaan. Walcott juga kembali semula ke dalam skuad dan mungkin bermula sebagai kesebelasan utama sebagai wing kanan. Dan juga kemasukan Sagna dan Gilberto ke dalam skuad muda ini mungkin boleh memberi pengalaman yg berguna kepada pasukan muda yg lain untuk beraksi.

Eduardo dan Bendtner mungkin menjadi gandingan yg berbahaya sekali lagi untuk merobek pintu gol Spurs. Mereka bakal dibantu oleh Diaby-Denilson-Gilberto-Wlacott di bahagian tengah. Bek tengah Arsenal pula bakal menggandingkan Senderos bersama Djourou yg telah pulang setelah tempoh pinjman di Birmingham. Pertahanan kiri dan kanan mungkn sekali di isi oleh Traore dan Sagna. Lukasz Fabianski pula diberi kepercayaan oleh Wenger untuk menjaga gawang Arsenal daripada dibolosi oleh Spurs.

Apa pun keputusan yg bakal dibuat oleh Wenger, kita mengharapkan pasukan muda-mudi Arsenal ini dapat memenangi perlawanan ini dan membawa bekalan yg selesa ketika berkunjung ke stadium Totenham untuk pusingan kedua. Selaku penyokong setia Gunners di Malaysia marilah kita menyokong pasikan kesayangan kita ini dengan menonton LIVE perlawanan tersebut pada pukul 3.45 pagi ini di Astro. Jangan risau, esok kan cuti. Takde bos nak marah2 dah. Kelas pun takde jugak esok. Yeah!~


Tuesday, January 8, 2008

Van den Berg Dipinjamkan Kepada Go Ahead Eagles

Satu lagi perpindahan berlaku di bulan Januari ini. Tetapi Wenger hanya meminjamkan pemain mudanya Vincent van den Berg untuk mencari pengalaman beraksi dengan skuad utama ke kelab di Belanda, Go Ahead Eagles sehingga tamat musim liga tersebut.

Van den Berg hanya pernah beraksi bersama skuad simpanan dan bawah 18-thn Arsenal sahaja. Dia tidak pernah beraksi untuk kesebelasan utama Arsenal dan berharap peluang bermain dengan kelab di Belanda ini menjadikan nya lebih berpengalaman dan dapat bermain lebih kerap.


Nama : Vincent van den Berg
Umur : 18 thn
Posisi : Penyerang
Kelab Lama : Heerenven
Tahun Join Arsenal : 2006



Eduardo oh Eduardo..


Eduardo da Silva, nama yang menjadi siulan peminat-peminat Arsenal kebelakangan ini kerana kehebatannya menjaringkan gol dan menjadi buah mulut musuh-musuh Arsenal kerana dia merupakan ancaman terbesar untuk mereka menyaingi Arsenal yg berada di persada liga sekarang.

Kejayaan menjaringkan 6 gol dalam 4 perlawanan telah meletakkannya sebaris dengan lagenda-lagenda penyerang Arsenal seperti Thiery Henry, Nicolas Anelka, Dennis Bergkamp dan ramai lagi. Berbekalkan rekod jaringan tersebut tidak hairanlah Wenger lebih kerap menurunkannya sebagai kesebelasan utama skuad Arsenal sekarang.

Penyerang Croatia kelahiran Brazil ini dibeli oleh Arsenal dari kelab lamanya Dinamo Zagreb sebelum bermulanya musim EPL 2007/2008. Pembeliannya diharap dapat menggantikan tempat penyerang Thiery Henry yg meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona. Kini dia membuktikan pembeliannya sesuatu yang berbaloi dengan menjaringkan gol-gol penting buat Arsenal dalam 4 kejohanan iaitu EPL, Champions League, FA Cup dan Carling Cup.

Eduardo tampak gugup dan kurang berbisa di awal musim d Arsenal dan tampak sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di England. Namun di atas kepercayaan Arsene Wenger kepadanya, gandingan mantapnya bersama penyerang muda sensasi Niklas Bendtner telah menampakkan hasil. Gandingan dan kombinasi mantap yg ditunjukkan oleh mereka diharap dapat meneruskan kejayaan Arsenal walaupun kehilangan beberapa pemain bintang yg menyertai Piala Afrika seperti Kolo Toure, Emanuel Eboue dan Alex Song.

Apa yg kita harapkan adalah Eduardo dapat meneruskan kecemerlangannya dan teruskan menjaringkan gol-gol penting buat Arsenal dan menjuarai Liga Perdana Inggeris dan piala-piala lain yg mereka sertai. GoGoGoGo Gunners!!!~

Sunday, January 6, 2008

Preview : Burnley vs Arsenal


Setelah melihat musuh ketat kita, ManKayu dan Chelshit yg sudah layak ke pusingan ke-4 Piala FA, sudah pasti kita juga mahu melihat kelab kesayangan kita Arsenal FC turut layak. Berkunjung ke Burnley hari ini(Ahad), Arsenal bakal merehatkan beberapa pemain utama seperti Fabregas, Clichy, Almunia dan Gallas. Flamini pula digantung perlawanan. Adebayor dan Hleb pula cedera dan tidak dapat diturunkan.

Gunners bakal menurunkan skuad keduanya yg dikuetuai oleh Toure yg bakal bermain permainan terakhirnya bersama Arsenal sebelum berlepas untuk Piala Afrika. Kemenangan dijangka mudah menjadi milik Arsenal walalupun berkunjung ke tempat lawan dengan barisan muda.

Sama-sama kita mengharapkan anak-anak buah Wenger meneruskan kecemerlangan dalam pusingan ke-3 Piala FA ini. Marilah kita sama-sama menyorak.....ARSENAL BOLEH!!!

Barisan kemungkinan kesebelasan utama:
Lehmann, Toure, Senderos, Traore, Sagna, Diarra, Diaby, Eboue, Denilson, Bendtner, Eduardo

Saturday, January 5, 2008

Beckham Gembira Berlatih Bersama Budak-budak Arsenal

Kat bawah ada beberapa gambar yg diambil dari laman web rasmi Arsenal FC semasa David Beckham berlatih dengan anak-anak buah Wenger.

Beckham yg membuat persediaan untuk aksi antarabangsa bersama England di bawah bmbingan jurulatih baru, Fabio Capello telah memulakan latihan bersama Arsenal.

Cuba lihat baju yg di pakai oleh Beckham. Baju latihan Arsenal yg tertulis
no.23! Adakah Beckham sudah menyertai Arsenal?? hahah sudah pasti laa tidak. Beckham berlatih je. Tak lebih dari tu. Cuba lihat kegembiraan mereka berlatih bersama-sama:


Friday, January 4, 2008

Arsenal "Reject" Tawaran Spurs Untuk Diarra

Arsenal telah menolak tawaran £4 Juta daripada Tottenham untuk pemain tengah Lassana Diarra.

Diarra merupakan pemain 'defensive midfield' yg Juande Ramos ingin terapkan ke dalam pasukan Totenham untuk menguatkan pertahanan Spurs. Pemain kebangsaan Perancis itu juga menyatakan bahawa dia ingin keluar dari Arsenal kerana kurang mendapat peluang beraksi untuk kesebelasan utama.

Tetapi, Arsenal tetap dengan pendirian mereka untuk menyimpan pemaiin berusia 22 thn ini dan tidak akan menjual kepada mana-mana pasukan lawan.-Daily Mail-

"Tolong lepaskan saya pak!"


Thursday, January 3, 2008

Ac Milan Mahu 2 Pemain Muda Arsenal

Theo Walcott dan Denilson kini menjadi target utama Milan pula. Kini 2 pemain muda yg kian meningkat naik bakal dikhabaran menarik minat kelab dari Seria A itu. Namun kata putus belum dibuat. Kemungkinan untuk kedua-dua pemain ini menyertai Milan adalah sangat rendah sebab mana mungkin Wenger nak lepaskan player muda dia. "Ponek-ponek den caghik budak mudo duo ekor tu ha,"kata Wenger.


"KAMI TIDAK AKAN MENYERTAI MILAN!!"

Wednesday, January 2, 2008

Matthew Connolly Buka Musim Penghijrahan Arsenal

Matthew Connolly menjadi pemain Arsenal pertama yg berhijrah keluar daripada skuad the gunners setelah bersetuju untuk menyertai kelab Queens Park rangers(QPR) dengan bayaran perpindahan yg tidak diketahui. Beliau yg baru menamatkan tempoh pinjaman dari kelab Colchester, telah bersetuju untuk meninggalkan The Gunners dan memulakan karier bola sepak nya bersama kelab QPR dengan kontrak selama tiga tahun setengah. Semoga berjaya kepada Connolly!!




PENGUMUMAN!!
Kepada semua pembaca setia HidupMatiArsenal, kini kami menyediakan kolum khas untuk anda mengetahui segala perkembangan terkini ketika musim penghijrahan Januari ini. Kolum "Transfer Window- Masuk dan Keluar" akan sentiasa di update untuk melihat siapakah bintang yang akan keluar dan masuk Arsenal semasa musim penghijrahan ini.

Terima Kasih untuk sokongan anda!!!

Review : Permainan Cantik Arsenal Bantu Kekal Di Takhta Liga

Tahun baru 2008 menjanjikan permulaan yg baik buat The Gunners setelah berjaya menewaskan West Ham Utd(yg mengalahkan ManKayu beberapa hari lepas) dengan 2-0. Dua gol awal separuh masa pertama itu telah memastikan pendahulu liga tetap menjadi milik Arsenal dengan mengekalkan kelebihan 2 mata dengan Man Yucks!

Gol pertama Arsenal muncul setelah perlawnan bermula hanya 70 saat. Gol tersebut dijaringkan oleh Eduardo Da Silva dengan penuh bergaya(lagi sekali) setelah mendapat hantaran daripada Fabregaaaas. Kini nama Dudu(eduardo) menjadi siulan peminat-peminat Arsenal seluruh dunia disebabkan ke-'on-form'-annye itu. Jadi, kita perlukan satu lagu untuk Dudu!

Gol kedua juga sangat 'menarik dan ajaib'. Hantaran jauh Clichy berjaya disambut oleh Adabayooooor utk melepasi Green. Adebahyoooor menolak masuk bola ke dalam pintu gol terbuka West Ham dari sudut-yg-paling-sukar. Sampai sekarang ramai yg tidak tahu(saya juga tertanya-tanya), macam mana bola tersebut boleh masuk ke dalam gol?? Namun, itulah tuah yg ada pada team Arsenal dan keajaiban pemain Togo ini. GOgoGOgo Adebahyoooor~

Namun, secara keseluruhannya, Arsenal berjaya menunjukkan semula permainan cantik mereka dlm perlawanan ini. Mereka mengawal keseluruhan permainan. Short-pass mereka menjadi dan keserasian pemain-pemain tengah, Cesc-Rosicky-Flamini tampak menjadi. Kita dah dapat lihat semula Arsenal yg dulu!! yeah~ Satu lagi yg mengejutkan saya dlm perlawanan ini adalah, Arsenal telah bermain bersih, sebersih-bersihnya. Ini kerana, mereka tidak mendapat sebarang kad pun dalam perlawanan ini. Caaayalahh geng!! 7 bintang untuk game ni..

berikut adalah RATING pemain-pemain malam tadi

Almunia.....7

Memberi persembahan yg baik. Shot-shot yg dibuat oleh penyerang-penyerang West Ham dapat ditangkap kemas dan cross-cross yg dibuat dapat dipintas dengan baeekkk skali.

Hoyte.....6
Nampak sedikit gugup dalam permainan ini. Melakukan sedikit kesilapan kecil. Namun, dia ada peningkatan dalam separuh masa kedua.

Clichy.....9

Permainan cantik di separuh masa pertama. Sangat cemerlang di separuh masa kedua. Clichy telah berjaya menggerakkan serangan Gunners dan hasilnya, satu assist buat Adebayor. Hantaran-hantaran berbahaya dan laju nya berjaya membuatkan benteng pertahanan West Ham kucar-kacir. Kredit sepenuhnya untu pemain ini!!!

Gallas.....8

Kapten yg berjaya memberikan contoh yg baik kepada yg lain. "Solid" di bahagian pertahanan. Berjaya menyekat hantaran-hantaran lawan. Kerja keras yg memuaskan!

Toure.....7

Berkerjasama dengan Gallas dengan baik. Pasukan lawan menjadi gentar untuk bertemu dengan mereka selepas ini.

Flamini.....8

Kembali ke tahap terbaik! Membantu pertahanan dan serangan dengan cemerlang. Larian pantasnya sangat membantu the gunners.

Fabregas.....8

Bekerja keras untuk kembali ke potensi sebenar, dan akhirnya dia BERJAYA!! hasil kerjasama nya dengan Rosicky, telah menyumbangkan gol pertama Arsenal. Kawalan bola nya bertambah baik dan merancang dengan begitu teliti setiap gerakan serangan. Kipidap! Kipidap!!

Rosicky....8

Persembahan yg mengagumkan!! Bertenaga, hataran yg tepat, dan kerjasama yg baik bersama Flamini dan Fabregas di barisan tengah. Dia banyak juga membantu menghalang lawan untuk menyekat kemaraan Clichy di hadapan. Dia berjaya menunjukkan kredibilitinya sebagai pemain yg berkualiti di dunia.

Eboue....7

Bermain baik. Tetapi masih melakukan beberapa kesilapan kecil. Eboue masih mencari-cari gol pertama nya dalam 18 penampilan EPL. Tetapi, dia masih bermain cemerlang membantu barisan serangan Arsenal.

Adebayor.....7

Keajaibannya masih ada. Selesa bermain bersama Eduardo. Gol 'ajaib' nya telah memberi keselesaan kepada pasukan Gunners sepanjang perlawanan. Tapi, dia perlua mantapkan lagi passing nya. Barulah bole jadi macam Henry.
Eduardo.....8

Dia adalah segalanya. Gol pembukaannya telah menaikkan semangat juang rakan sepasukan. 'Robie Fowler' Arsenal ini membuktikan yg dia patut diberi peluang untuk menjadi kesebelasan utama Arsenal lebih kerap supaya lebih banyak gol yg boleh dia hasilkan. Satu persembahan yg mantap dan mengagumkan. Teruskan kecemerlangan anda!!

Pemaian gantian

Walcott.....7
Walaupun masuk pada separuh masa kedua, tapi sempat mengucar-kacrkan pertahanan lawan. larian pantas nya menghasilakan beberapa serangan buat the Gunners. Masih ada ruang untuk pemain ini menyerlah.

Hleb.....7

Masuk padang saje dah tunjuk 'belang'.Gandingan mantapnya dengan Rosicky dan Fabreg berjaya mencuri tumpuan. Gandingan mereka memang "The Best In The World"!

Diaby.....6

Main sekejap sangat. Tak sempat nak nilai=p

Manof the Match untuk perlawanan ini adalah..... Gael Clichy!!

Tuesday, January 1, 2008

Preview : Arsenal vs West Ham United

Perlawanan pertama tahun baru, tahun 2008 pastinya ditunggu-tunggu oleh semua penyokng The Gunners. Bermain di tempat sendiri mungkin tidak menjadi sebarang masalah kepada anak-anak buah Wenger mencatat kemenangan sekaligus kekal sebagai pendahulu liga EPL di permulaan tahun baru.

Perlawanan di Emirates Stadium ini bakal menyaksikan Arsenal turun tanpa pemain bek kanan utama, Barcary Sagna yg direhatkan. Tempat nya bakal diganti oleh Justin Hoyte. Wenger juga mungkin meletakkan Emaanuel Eboue yg kembali semula bermain setelah direhatkan dalam game menentang Everton Ahad lalu di posisi itu atau bermain wing kanan seperti biasa. Theo Walcott juga bakal beraksi setelah pulih dari masalah kesihatan.

Arsenal tidak mempunyai masalah dengan kecederaan pemain setelah hanya Gilberto Silva dan Van Persie yg masih cedera. Bendtner di gantung perlawanan kerana mengutip kad merah dalam perlawanan yg lalu.
Bermain di Emirates Stadium

Senarai Pemain Kemungkinan:
Almunia, Gallas, Toure, Hoyte, Clichy, Flamini, Fabregas, Hleb, Rosicky, Eduardo, Adebayor, Lehmann, Eboue, Senderos, Song, Diarra.