Thursday, February 21, 2008

Arsenal vs AC Milan : Seri Tanpa Jaringan

Pertemuan dua gergasi bola sepak eropah, AC milan dan Arsenal hanya berkesudahan dengan 0-0 setelah 90 minit masa permainan.

Gunners gagal mengunakan peluang beraksi di tempat sendiri dalam perlawnan pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah peringkat pertama setelah hanya sekadar seri dengan '
team kaka' atau 'pasukan kuda tua' tersebut. Arsenal yg mengawal perlawanan secara keseluruhannya gagal menemui penyudah berbisa untuk membawa bekalan selesa ke San Siro dalam pusingan kedua 2 minggu lagi. Mereka bermain cemerlang dengan mengekalkan rentak 'entertain football'. Namun, tiada sebarang gl dapat dicipta. Gunners mempunyai beberapa peluang terbaik tetapi barisan serangan yg diketuai oleh Adebayoooor tidak berjaya untuk menemui sebarang gol. Peluang terbaik muncul pada minit ke90 apabila Adebayor gagal menanduk bola ke dalam 'pintu gol yg kosong' tetapi tandukannya sekadar terkena palang. Fabregas, Eduardo, Flamini, Eboue, Hleb dan Bendtner juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi dihalang oleh kecekapan penjaga gol Milan, Zelcko Kalac.


Kene palang jek...

Jadi kesudahan yg agak 'mengecewakan' ini diharapa dapat diubati pada peringkat kedua di San Siro nanti.....

p/s : Persembahan Flamini dan Clichy saya 'salute' habis lah. 5 bintang untuk diorang. Tak gerak Kaka dibuatnye.hehe

gambar2 ketika perlawanan tersebut :


Wednesday, February 20, 2008

6 Pemain Kembali Menguatkan Skuad Menentang Milan


6 orang pemain Arsenal yg sebelum ini cedera dan tidak cergas dijangka kembali cergas sepenuhnya dan dapat disenaraikan dalam skuad menentang AC Milasn esok.

Mathieu Flamini, Gael Clichy dan Emanuel Adebayor yg tidak berapa cergas ketika menentang man U sabtu lalu, telah kembali cergas sepenuhnya dan dapat beraksi untuk Arsenal.
Barcary Sagna, Denilson dan Theo Walcot pula telah kembali semula bersama skuad utama Arsenal setelah sekian lama tidak beraksi bersama The Gunners dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Manuel Almunia telah sembuh dari sakit, namu dia masih dibelenggu masalah virus. Tempatnya akan kekal diambil oleh Jens Lehmann.

Pemain-pemain lain seperti
Johan Djourou, Tomas Rosicky, Abou Diaby dan Robin Van Persie masih tidak dapat bermain akibat kecederaan.

Monday, February 18, 2008

Wenger - Saya Tidak Akan Ke Barcelona



Arsene Wenger hari ini membantah sekeras-kerasnya rumor yg mengatakan bahawa dia akan berhijrah ke Barcelona
. Rakan blog gunners saya juga sebelum ini tidak bersetuju dengan penghijrahan Wenger ke kelab Catalan itu.

Menurut media, Board of Director Barcelona mereka mahu menggantikan Frank Rijkaard sebagai pengurus Barca dan Wenger adalah calon yg terbaik. Namun, Wenger menyangkal kenyataan itu seterusnya menyatakan bahawa beliau masih sayangkan Emirates Stadium dan semua warga Arsenal...Cayalah Wenger!!!

Sunday, February 17, 2008

Nasib Tidak Menyebelahi Kita



Malang tidak berbau. Itulah saje yg boleh dikatakan.haha.. Skuad Wenger serba tidak mengena. Mankayu pula bermain cemerlang tanpa melakukan kesilapan. Saya yg duduk di kerusi "grand stand" kedai mamak terpaksa menahan telinga di serbu bermacam-macam "kata-kata pujian" daripada peminat Mankayu yg berada di situ.Sedih tak terkata, namun apakan daya.hahaha

Wenger dan Ferguson masing-masing dengan percaturan sendiri dengan tidak menurunkan beberapa pemain utama mereka. Mungkin bahang pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah yg akan berlangsung beberapa hari lagi memaksa mereka untuk membuat keputusan drastik tersebut. Arsenal yg juga dibelenggu krisis kecederaan yg teruk sudah pasti lebih tertekan untuk menentukan siapakah yg harus diturunkan untuk perlawanan ini.

Permainan bermula dengan beberapa gerakan cantik oleh kedua-dua pasukan. Namun, ManU lebih kemas dalam melancarkan serangan ke kubu Arsenal. Hasilnya, akibat sedikit kelam-kabut di depan pintu gol telah menghidangkan Rooney dengan gol pertama seawal minit ke-16 dengan tandukan menerjah jaring menewaskan Pak Leman. Gol kedua pula muncul kurang 5 minit kemudian setelah Nani berjaya meloloskan diri daripada benteng pertahanan Arsenal dan membuat hantaran lintang yg disambut dengan pantas oleh Fletcher menewaskan Pak Leman sekali lagi. Dua gol dalam tempoh 20 minit itu sangat membuatkan skuad Wenger tertekan dan membuatkan mereka bermain dengan lebih teruk. Padahnya, gol ketiga Mankayu muncul pada minit ke-38.Kali ini giliran Nani pula membolosi gol Arsenal akibat kesilapan pertahanan yg gagal dengan perangkap offsaid.Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal ketinggalan 3-0.


gol-gol Man U...

Waktu ini, saya masih tenang lagi dengan keputusan 3-0 itu dengan harapan Arsenal bole buat 'come back' lah. Tapi, Arsenal masih tidak bermain pada tahap sebenar mereka. Malang bertambah-tambah buat Arsenal apabila Eboue pula dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Evra seawal 4 minit setelah bermula '2nd half'.Akibatnya, gerakan cantik Nani sekali lagi menyumbangkan gol ke-4 buat Man U setelah 'cross' lawa Nani berjaya disambut oleh Fletcher untuk membuatkan Pak Leman 'keciwa' sekali lagi. Gol minit 74 inilah yg menambahkan keriuhan 'fan-fan' Mankayu di Mapley ditempat saya kerana kedudukan selesa Man U ini sudah hampir pasti menamatkan cabaran Arsenal dalam FA Cup. Arsenal sudah ketinggalan 4-0 dan kekal sehingga tamat permainan.

lepas gol ke-4...

Apa yg dapat saya lihat adalah, Arsenal sekali lagi bermain di bawah tahap sebenar mereka sama seperti mereka tewas 1-5 kepada Spurs dulu. Kesilapan-kesilapan defender dan midfield yg tidak berjaya 'control' game dgn baik membawa kepada kekalahan besar ini.


suke ko eh...

Namun, saya masih memandang kekalahan ini sebagai sesuatu yg positif kerana :
  • Wenger mahu merehatkan pemainnya untuk menentang AC Milan nnt. So kasi canlah star-star macam Adebayor, Flamini dan lain-lain berehat dlu.
  • Wenger juga tidak pandang sangat FA Cup ni sebab 'profit' yg dia dapat daripada FA Cup ni takde lah banyak mane pun kalo nak compare ngan Champions League, carling Cup n EPL.
  • Player Arsenal nak kasi can gak lah kat player Man U menang kat tempat sendiri.
  • Lagi satu, nak kasi fan-fan Man U kat ni hepi dulu. Diorang tak tau dengan result EPL nnt diorang akan 'menangis' balik.haha
so itu saja...

P/S : Fan man U jgn mara ek?hahahha

Saturday, February 16, 2008

Preview : Arsenal vs Man Utd - FA Cup


Pertemuan buku dan ruas ini bakal menyaksikan sekali lagi 2 gergasi bola sepak England, Arsenal dan Man u berentap untuk melihat siapakah yg lebih layak untuk melangkah ke peringkat keenam piala FA dan seterusnya membuka peluang menjadi juara piala tersebut.

Perlu diingat bahawa Arsenal dan Man U bakal berdepan ujian yg lebih getir iaitu Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka akan beraksi pada pusingan kedua peringkat pertama rabu dan khamis nanti. Jadi tugas berat terletak di bahu Arsene Wenger dan Alex Ferguson utk merancang strategy yg terbaik bagi pasukan mereka supaya mereka boleh melayakkan diri mereka ke perinkat seterunya bagi kedua-kedua kejohanan tersebut. Man U bakal bertemu Lyon manakala kelab kesayangan kita, Arsenal bakal bertemu AC Milan.

Jadi sama2 lah kita saksikan perlawanan antara Arsenal dan Mankayu ini yg berlangsung di Old Trafford. Sudah pasti kelebihan terletak pada tuan rumah. Namun, dalam bola sepak macam-macam perkara boleh terjadi. Sama-sama kita nantikannaya!! GoGooGogogogoGOGO GUNNERS!!!


Sedikit info berkenaan kedua-dua pasukan :

Head to head - Last 10 Games

Arsenal4 menang
Manchester United4 menang
Seri
2

Arsenal’s last 5 results
Manchester United’s last 5 results
Senarai pemain yg cedera :

Arsenal -
  • Rosicky
  • Almunia
  • Clichy
  • van Persie
  • Song
  • Diaby
  • Djourou
  • Denilson
  • Walcott
Man Utd -
  • Neville
  • Silvestre

Wednesday, February 13, 2008

Wenger Lupakan Hasrat Piala FA

Perlawanan menentang Man U dlm pusingan ke-5 Piala FA merupakan satu perlawanan yg penting bagi skuad dan penyokong-penyokong Arsenal seluruh dunia. Namun, menurut sumber2 yg boleh dipercayai, Wenger telah meng-"confirm"-kan bahawa beliau tidak akan menurunkan barisan terkuatnya dalam perlawanan hujng minggu ini menentang MAnU kerana beliau bakal berdepan satu lagi perlawnan yg lebih pentng dan berprestij iaitu Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah Menentang bekas juara AC Milan pada hari Rabu berikutnya. Oleh yg demikian, Wenger dengan mengejutnya bakal menurunkan kesebelasan utama "Carling Cup"nya untuk menentang MAn U dalam Piala FA. Lagipun, Arsenal sendiri sedang menghadapi krisis kecederaan yg teruk sekarang dan mungkin bertambah teruk sekiranya Wenger terus menurunkan barisan terkuatnya hujung minggu ini.


Jadi apakah pendapat anda? Wajarkah Arsenal mnurunkan "barisan kedua" nya untuk menentang musuh utama Man U yg pasti akan turun dengan "barisan bintang" mereka yg terdiri daripada C.Ronaldo, Tevez, Roney dll?

Arsenal - 13 Februari 2008

Thiery Henry Sumber Inspirasi Adebayor


Adebayor menyatakan kepada media harini in bahawa bekas pemain Arsenal, Thiery Henry byk membantu dalam kecemerlangan prestasinya sekarang. Ade masih berhubung dengan Thiery wlaupun mereka sudah tidak duduk sebumbung sekarang. Henry byk memberi kata-kata semnagat kepada Ade dan ia sangat membantu dalam setiap perlawanan Ade bersama Arsenal. Ade sekarang telah mengumpul 19 gol EPL dimana dia bersaing dengan C.Ronaldo untuk memenangi Anugerah Kasut Emas. Bekas pemain Arsenal itu juga turut memberikan sokongannya kepada Arsenal dimana beiau pernah berharap untuk kembali bersama Arsenal semula kelak.

Senderos Gembira Dengan Kemenangan 'Buruk'


Senderos menyatakan kegembiraannya di atas kemenangan 2-0 ke atas Blackburn kelmarin dimana dia menjaringkan gol pembukaan kepada skuad Arsenal. Dia yg menyifatkan kemenangan kali ini bukanlah datang dari permainan 'cantik' arsenal sebelum ini yg banyak melakukan "passing2" dekat dan tepat sehingga berjaya di gelar "Most Entertain Team" sebelum ini. Senderos menyatakan mereka kali ini banyak berlatih 'set-piece' disamping latihan passing seperti biasa. Hasilnya adalah gol pembukaan Senderos melalui tandukan yg datang hasil umpanan Eduardo dari sepakan sudut. Ini membuktikan Arsene Wenger merupakan seorang "tactitician" yg baik kerana mempunyai pelbagai style permainan untuk disesuaikan dengan situasi yg berbeza.

Selamat Datang Toure dan Eboue!


2 org pemain antarabangsa Ivory Coast telah selamat pulang ke Emirate Stadium setelah menamatakan kempen Kejohanan Piala Afrika baru-baru ini. Toure dan Eboue bakal menguatkan barisan utama Arsenal dalam pertemuan menentang Man U dalam perlawanan piala FA minggu ini. Song yg juga turut menyertai kembali skuad Arsenal akan pulang dalam masa 2 3 hari lagi. Rosicky juga dijangka dapat kembali menguatkan skuad Arsenal dalam pertemuan dengan Man U nnt.


Tuesday, February 12, 2008

Senderos dan Adebayor julang Arsenal

2 gol di awal dan akhir permainan telah membolehkan Arsenal menewaskan Blackburn 2-0 pagi tadi. Gol pertama dijaringkan oleh Senderos pada minit ke-4 setelah menerima hantaran daripada Eduardo. Adebahyor sekali lagi menjadi hero Arsenal dengan jaringan pada minit 92 hasil gerkan cantik daripada Hleb. Kini Adebayor telah menjaringkan 12 gol dalam 9 game.






Kemenangan ini telah berjaya menjarakkan Arsenal dengan MU sebanyak 5 mata di takhta liga EPL. Skarang MU mungkin perlu bekerja keras untuk mengejar semula Arsenal yg sedang mendahului. Kita harapkan Jarak mata ini akan berkekalan sehingga akhir musim liga perdana dan Arsenal berjaya menjadi juara!yeaahh!!~

berikut adalah rating setiap pemain Arsenal :

Lehmann.....7
Clichy...........6
Gallas...........6
Sagna...........7
Senderos.....8
Fabregas.....7
Flamini........8
Gilberto.......6
Hleb.............9
Eduardo......8
Adebayor....8
Statistik Perlawanan :

Goals: Senderos (4) 1-0, Adebayor (90+2) 2-0.

Arsenal (4-4-2): Lehmann; Sagna, Gallas, Senderos, Clichy; Fabregas, Flamini, Gilberto, Hleb; Eduardo, Adebayor. Substitutes not used: Fabianski (gk), Bendtner, Traore, J Hoyte, Gilbert.

Blackburn (4-1-4-1): Friedel; Emerton, Ooijer (Rigters, 81), Khizanishvili, Warnock; Tugay (Mokoena, 77); Bentley, McCarthy (Roberts, 77) Reid, Berner; Santa Cruz. Substitutes not used: Kane, Brown (gk).

Referee:: S Bennett (Kent).

Booked: Arsenal: Fabregas.

Man of the match: Hleb.

Attendance: 60,049.

5 perlawanan seterusnya untuk merebut kejuaraan liga oleh 'top three'

* Arsenal

23 Feb: Birmingham (a)

1 Mar: Aston Villa (h)

9 Mar: Wigan (a)

15 Mar: Middlesbro (h)

22 Mar: Chelsea (a)

Manchester United

23 Feb: Newcastle (a)

1 Mar: Fulham (a)

9 Mar: Bolton (h)

15 Mar: Derby (a)

22 Mar: Liverpool (h)

* Chelsea

1 Mar: West Ham (a)

8 Mar: Derby (h)

15 Mar: Sunderland (a)

19 Mar: Tottenham (a)

22 Mar: Arsenal (h)


Monday, February 11, 2008

11 Pemain Tidak Beraksi Menentang Blackburn

PREVIEW : ARSENAL vs BLACKBURN ROVERS

Menurut website rasmi Arsenal FC, 11 org pemain utama dijangka tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Blackburn malam ini atas sebab kecederaan(8 pemain) dan baru pulang dari kejohanan Piala Afrika(3 pemain).

Pemain yg cedera adalah Johan Djourou (groin), Philippe Senderos (knee) Robin van Persie (thigh),Abou Diaby (calf), Mathieu Flamini (hamstring), Manuel Almunia (sick), Denilson(hamstring), Tomas Rosicky (hamstring). Pemain yg terlibat dengan kejohanan Piala Afrika pula ialah Kolo Toure, Emmanuel Eboue dan Alex Song.

Berita ini sangat menggusarkan Wenger yg mungkin tepaksa memanggil Kolo Toure untuk kembali beraksi bersama skuad utama. Jika tidak, Wenger tidak mempunyai pilihan lain dengan meletakkan Justin Hoyte atau Gilberto Silva untuk berganding dengan Gallas.

Walau apa pun keputusan Wenger, kita perlu berharap barisan serangan yg diketuai oleh Adehbayor dapat meneruskan kemaraan mereka menerajui liga setelah kekalahan MAnU kepada Mancity 1-2 semalam. Diharapkan kejayaan selepas ini berkekalan sehingga berjaya menjulang trofi EPL musim ini. Hidup GOONERS!!~



Mampukah ADEBAYOR meneruskan kecemerlangannya??! sama-sama kita nantikan

Saturday, February 9, 2008

9 Muka Baru Untuk Menggalas Cabaran Arsenal di Peringkat Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah


Arsenal telah menghantar senarai nama pemain yang bakal menggalas cabaran mereka di peringkat seterusnya liga juara-juara eropah beserta senarai pemain yg dikeluarkan dari senarai yg telah didaftar sebelum ini.

Berikut adalah Pemain-pemain yg namanya dikeluarkan :

8. Lassana Diarra - Berpindah ke Portsmouth
34. Kieran Gibbs - Dipinjam ke Norwich
36. Mark Randall - Dipinjam ke Burnley

Ni pula adalah pemain-pemain baru yg telah di daftarkan oleh Arsene Wenger

40. Vito Mannone
35. HÃ¥vard Nordtveit
20. Johan Djourou
45. James Dunne
46. Kerrea Gilbert
41. Gavin Hoyte
44. Abu Ogogo
47. Rene Steer
39. Henri Lansbury.
....................................................................................

Senarai penuh pemain Arsenal :

1. Jens Lehmann
2. Abou Diaby
3. Bacary Sagna
4. Cesc Fabregas
5. Kolo Toure
6. Philippe Senderos
7. Tomas Rosicky
8. -
9. Eduardo
10. William Gallas
11. Robin Van Persie
12. -
13. Alexander Hleb
14. -
15. Denilson
16. Mathieu Flamini
17. Alexandre Song
18.
19. Gilberto
20. Johan Djourou
21. Lukasz Fabianski
22. Gael Clichy
23.
24. Manuel Almunia
25. Emmanuel Adebayor
26. Nicklas Bendtner
27. Emmanuel Eboue
28.
29.
Carlos Vela
30. Armand Traore
31. Justin Hoyte
32. Theo Walcott
33.
Vincent Van Den Berg
34.
Kieran Gibbs
35. Havard Nordtveit
36.
Mark Randall
37. Paul Rodgers
38.
Jay Simpson
39. Henri Lansbury
40. Vito Mannone
41. Gavin Hoyte
42.
Fran Merida Perez
43.
Nacer Barazite
44. Abu Ogogo
45. James Dunne
46. Kerrea Gilbert
47. Rene Steer

p/s :
Pemain-pemain yg dipinjamkan

Friday, February 8, 2008

Perjuangan Belum Selesai

Haih...setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat juga saya memblog kembali. kerinduan yg teramat terhadap peminat-peminat gunners seluruh Malaysia telah mendorong saya untuk kembali memberikan liputan terbaik kepada anda semua. Mana kan tidak, sepanjang saya tidak memblog, terlalu banyak peristiwa2 menarik yg telah saya terlepas untuk membritahu anda semua. Kini sya kembali dengan menjanjikan pelbagai berita hangat terkini tentang kelab kesayanagn anda, The Gunners!!

Berikut merupakan beberapa perkara menarik yg saya sempat lihat dari website-website dan blog-blog rakan seperjuangan gooners saya:

1. Kecederaan Flamini risaukan Wenger - Kecederaan yg di alami ketika membantu Perancis dalam perlawanan persahabatan kelmarin telah merisaukan Wenger dan semua peminat Arsenal di seluruh dunia untuk mengahadapi ujian getir menentang Man U di piala FA dan AC Milan di liga juara-juara. Namun, Flamini dijangka kembali cergas ketika menentang Blackburn nnt.

2. Eboue dan Toure kecundang, Song teruskan kemaraan - Pemain-pemain Arsenal yg terlibat dalam Piala Juara-Juara Afrika berjaya membantu pasukan negara mereka sekuran-kurangnya layak ke separuh akhir. Song berjaya membantu negaranya Cameron layak ke peringkat akhir setelah menewaskan Ghana 1-0 manakala Toure dan Eboue yg mewakili Ivory Coast terpaksa kecundang di separuh akhir setelah tewas kepada Mesir 4-1. Namun mereka akan terus bejuang untuk merebut tempat ke-3 menentang Ghana.

3. Hleb kekal bersama Arsenal - Rumor yg mengatakan Hleb bakal meninggalkan Arsenal untuk pergi ke Barcelona akhirnya terjawab setelah Hleb sendiri membuat kenyataan bahawa dia mahu kekal bersama kelab terbaik di dunia sekarang iaitu ARSENAL! Keputusannya itu disambut baik oleh pengurus pasukan dan rakan sepasukan yg lain kerana Hleb merupakan kunci kepada kejayaan Arsenal memnangi seberapa banyak trofi musim ini.