Monday, March 31, 2008

ARSENAL BANGKIT!!


Pemain Bolton, Danny Guthrie (kiri) bersaing dengan pemain Arsenal, Vassiriki Diaby


LONDON - Arsenal yang beraksi 10 pemain bangkit daripada ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk menewaskan tuan rumah, Bolton 3-2 pada aksi Liga Perdana England semalam.

Gol kemenangan skuad The Gunners itu hadir pada masa kecederaan menerusi jaringan sendiri pemain Bolton, Jlloyd Samuel.

Pada aksi di Stadium Reebok semalam, Arsenal terlebih didahulu dikejutkan dengan gol awal tuan rumah menerusi Matthew Taylor pada minit ke-14.

Pada minit ke-31, Arsenal terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain tengahnya, Abou Diaby dilayangkan kad merah.

Keputusan itu nyata memberi kelebihan kepada Bolton apabila Taylor sekali lagi menyumbat gol kedua pada minit ke-43.

Begitupun, Arsenal berjaya bangkit pada babak kedua untuk merapatkan jurang pada minit ke-62 menerusi jaringan William Gallas.

Enam minit kemudian, Robin van Persie bijak menggunakan peluang yang ada untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Samuel menghadiahkan kemenangan berharga The Gunners

Wednesday, March 26, 2008

Wenger sanggup belanja besar


KELIBAT Ben Arfa (depan) berjaya memikat Wenger.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menaikkan tawaran berjumlah 17 juta pound (RM106.74 juta) bagi mendapatkan khidmat penyerang Lyon, Hatem Ben Arfa.

"Sekiranya Ben Arfa dijual, kami sangat berminat," kata Wenger.

Sebelum ini, juara Liga Perancis, Lyon dilaporkan mahu menyambung kontrak Ben Arfa, 21, yang masih berbaki dua tahun.

Wenger juga merancang untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kelab Barnsley, Heinz Muller dengan nilai 2 juta pound (RM12.55 juta).

Muller akan menyertai The Gunners sekiranya Jen Lehmann meninggalkan Arsenal pada penghujung musim ini.

Sementara itu, Lehmann mengakui, dia tidak mempunyai rakan sejati di Arsenal.

"Saya jarang bergaul dengan rakan sepasukan. Mereka lebih rapat dengan anak saya berbanding dengan saya. Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan musim depan.

"Sekiranya saya mendapat tawaran dari kelab lain saya akan berhijrah. Sekiranya tidak, saya mungkin akan bersara," kata Lehmann.

Lehmann sebelum ini mengancam untuk bersara jika Arsenal gagal memperbaharui kontraknya.

Dia yang akan mewakili Jerman pada kempen Euro Jun ini lebih banyak memanaskan bangku simpanan selepas tempatnya dalam skuad The Gunners diisi penjaga gol dari Sepanyol, Manuel Almunia. - KOSMO!-

Tuesday, March 25, 2008

Chelsea v Arsenal - Review

11 mata dibuang begitu sahaja dalam lima perlawanan liga terakhir Arsenal. Cukup mengecewakan. Memang sesuatu yang berbeza dengan apa yang berlaku di awal musim. Perlawanan terakhir yang berkesudahan dengan kekalahan di kubu kuat The Blues ; Stamford Bridge sememangnya mengecewakan. Melepaskan kedudukan kedua liga kepada Chelsea merupakan sesuatu yang sukar diterima. Ketinggalan enam mata kepada Manchester United sememangnya mengurangkan peluang Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga musim ini. Masalah kecederaan yang semakin meruncing, benteng yang mudah bocor dan hilang fokus terhadap perlawanan sememangnya memakan diri. Kecederaan yang dialami oleh Bacary Sagna dan digantikan oleh Abou Diaby sememangnya tidak memberikan sebarang impak kepada pasukan sebaliknya kemasukan Nicolas Anelka dan Belletti sememangnya mengubah taktikal serangan Chelsea secara mendadak. Hantaran tinggi dan permainan fizikal menyebabkan Arsenal melepaskan dua gol dengan mudah. Kelemahan paling ketara! Kedua-dua pertahanan tengah iaitu Gallas dan Toure seakan-akan tidak mampu memberikan tentangan kepada Drogba dan Anelka. Ketiadaan Sagna dan posisi pertahanan kanan diisi oleh Eboue sememangnya mudah sekali dibocori. Punca gerakan bagi gol kedua. Manakala Adebayor dan van Persie seakan-akan hilang sentuhan masing-masing. Gerakan dari kawasan tengah masih baik cuma perlu lebih kreatif lagi. Mungkin aku menulis bagaikan seorang yang pakar tetapi ini adalah ulasan ikhlas aku (untuk pasukan kesayangan sendiri juga). Aku harap perlawanan selepas ini Arsenal akan kembali bangkit dan peluang merangkul kejuaraan liga masih lagi terbuka. Perlu menang baki 7 perlawanan ini. Sebarang mata yang tercicir bolehlah melupakan hasrat memenangi liga.

Saturday, March 22, 2008

English Premier League : Chelsea v Arsenal

Barclays Premier League
Stamford Bridge
Ahad, March 23, 2008, 12pm

Perebutan liga diteruskan lagi dengan perlawanan yang lebih mendebarkan, mengasyikkan dan memerlukan kekuatan mental serta fizikal bagi memastikan kutipan tiga mata berjaya dibawa pulang.

Arsenal yang berada di kedudukan kedua liga agak terdesak mencari kemenangan setelah bergelut dengan empat keputusan seri berturut-turut. Perbezaan dua mata sememangnya antara kedua-dua pasukan sudah pasti memerlukan tiga mata penuh bagi memberikan saingan kepada pendahulu liga.

Arsenal yang mengumpul 67 mata iaitu tiga mata dibelakang pendahulu liga sememangnya memerlukan tiga mata penuh bagi memastikan jarak kutipan mata antara pendahulu liga dikurangkan. Pertemuan Manchester United dan Liverpool juga akan memastikan samada jurang mata mampu dilebarkan oleh United atau keadaan berubah kepada peluang yang lebih terbuka bagi kedua-dua pasukan yang bertarung di Stamford Bridge.

Rekod pertemuan di pusingan pertama liga menyaksikan Arsenal menumbangkan The Blues hasil jaringan bekas pertahanan mereka dan kapten Arsenal sekarang iaitu William Gallas. Kemenangan itu juga membuatkan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea setelah 12 percubaan gagal dan kebanyakan pertemuan kedua-dua pasukan berkesudahan dengan keputusan seri.

Kedua-dua pasukan sudah pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing bagi mencari kemenangan. Ketiadaan pertahanan terakhir Chelsea iaitu Petr Cech memberikan khabar yang gembira kepada kem Arsenal tetapi ketiadaan Tomas Rosicky, Eduardo dan Abou Diaby lebih memeritkan.

Kubu kuat Chelsea iaitu Stamford Bridge masih belum menerima kekalalahan dalam tempoh empat tahun perlawanan liga tetapi harus diingat, Arsenal merupakan pasukan yang kerap melakukan sejarah. Maka tidak mustahil kemenangan akan dicipta dan meleburkan rekod empat tahun itu.

Sunday, March 16, 2008

Happy Birthday, THEO

Hari ini cukup usianya mencapai 19 tahun. Keputusan seri semalam bukanlah hadiah yang menarik untuknya. Tapi kemasukkannya memberikan impak kepada pasukan. Diharapkan mutu permainannya bertambah dan membantu pasukan untuk mencapai kejayaan cemerlang. Last words, Hepi Besday Theo!

Persaingan liga masih lagi terbuka!!!

Keputusan seri di Emirates serba sedikit mengugat persaingan Arsenal merebut takhta liga tatkala kemenangan MU ke atas Derby. Arsenal yang membuang 8 mata sewaktu seri empat kali membuat kedudukan liga sedikit tergugat. Mengikut kedudukan liga sekarang, jumlah mata yang dikumpul oleh Arsenal adalah sama dengan MU tetapi MU mempunyai satu lagi baki perlawanan. Kedudukan ketiga yang dihuni oleh Chelsea akan memberikan impak dalam perebutan liga sekiranya kemenangan dicipta mereka sewaktu menentang Hotspurs. Liverpool yang berada di kedudukan keempat liga memerlukan keajaiban bola sepak bagi menjuarai liga dan dilihat perebutan liga boleh dikatakan diantara tiga penjuru. Arsenal dan MU yang mengumpul 67 mata, sekiranya kemenangan di Old Trafford menentang Bolton bermakna MU mendahului liga dengan 70 mata. Chelsea yang akan berhadapan Tottenham di White Hart Lane akan mencari tiga mata penuh dan sekiranya mereka mampu, jumlah mata yang dipunggut adalah 67 mata iaitu sama dengan Arsenal. Berikut adalah baki perlawanan yang bagi empat pasukan teratas liga:

MU:

19 Mar Gameweek 30 Bolton (H)
23 Mar Gameweek 31 Liverpool (H)
30 Mar Gameweek 32 Aston Villa (H)
6 Apr Gameweek 33 Middlesbrough (A)
13 Apr Gameweek 34 Arsenal (H)
19 Apr Gameweek 35 Blackburn (A)
26 Apr Gameweek 36 Chelsea (A)
3 May Gameweek 37 West Ham (H)
11 May Gameweek 38 Wigan (A)

ARSENAL:

23 Mar Gameweek 31 Chelsea (A)
29 Mar Gameweek 32 Bolton (A)
5 Apr Gameweek 33 Liverpool (H)
13 Apr Gameweek 34 Man. United (A)
19 Apr Gameweek 35 Reading (H)
28 Apr Gameweek 36 Derby (A)
3 May Gameweek 37 Everton (H)
11 May Gameweek 38 Sunderland (A)

CHELSEA:

19 May Gameweek 30 Tottenham (A)
23 Mar Gameweek 31 Arsenal (H)
31 Mar Gameweek 32 Middlesbrough (H)
6 Apr Gameweek 33 Man. City (A)
14 Apr Gameweek 34 Wigan (H)
19 Apr Gameweek 35 Everton (A)
26 Apr Gameweek 36 Man. United (H)
3 May Gameweek 37 Newcastle (A)
11 May Gameweek 38 Bolton (H)

LIVERPOOL:

23 Mar Gameweek 31 Man. United (A)
30 Mar Gameweek 32 Everton (H)
5 Apr Gameweek 33 Arsenal (A)
13 Apr Gameweek 34 Blackburn (H)
19 Apr Gameweek 35 Fulham (A)
26 Apr Gameweek 36 Birmingham (A)
3 May Gameweek 37 Man. City (H)
11 May Gameweek 38 Tottenham (A)

Gol Toure Beri 1 Mata Kepada Gunners


Arsenal gagal mempertahankan takhta liga setelah perlawanan menentang Boro berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Emirates. Boro yg menewaskan Arsenal 2-1 semasa awal season dulu telah mendahului pada minit 24 menerusi bekas pemain Arsenal, Jeremie Aliadiere.

Namun, pertahanan Arsenal, Kolo Toure telah menjadi penyelamat selepas dia menjaringkan gol penyamaan pada minit 86 setelah dia menanduk masuk hantaran lintang Fabregas daripada corner.

Kesedihan melanda kem Arsenal sekali lagi setelah Gael Clichy cedera teruk setelah dikasari oleh Mido yg terus mendapat kad merah kerana kesalahan itu.

Kemenangan sepatutnya boleh berpihak kepada Arsenal kerana gol Adebayor pada minit ke-4 telah dibatalkan akbat offside.Tetapi hakikatnya gol itu sebenarnya sah dan tidak offside. Mutu pengadilanyg teruk di situ...

Boro juga bermain sangat defensive pada perlawanan ini. Sebab tu serangan Gunners tidak menjadi disamping mutu pengadilan yg sangat sangat teruk!!

Keputusan seri ini telah membolehkan ManKayu yg poyo nak mampos itu telah memintas Arsenal di persada liga dengan perbezaan gol. ManU jugak ade 1 lagi game belum main. Semoga anda kalah ManU!haha

Saturday, March 15, 2008

ADAKAH INI JERSEY ARSENAL MUSIM 2008/2009??


design yg agak classic di situ. tetapi mungkinkah jersey ini yg akan di pakai season depan?? di bawah adalah gambar sebenar yg di ambil di luar negara.


ape pandangan anda?

Friday, March 14, 2008

Champions League Draw : Arsenal vs Liverpool


Champions League quarter-final draw:
1 Arsenal v Liverpool
2 AS Roma v Man Utd
3 Schalke 04 v FC Barcelona
4 Fenerbahce v Chelsea

Champions League semi-final draw:
1 Arsenal/Liverpool v Fenerbahce/Chelsea
2 Schalke/Barcelona v AS Roma/Man Utd

Perlawanan suku akhir pertama berlangsung pada 1 dan 2 April, perlawanan kedua pula berlangsung pada 8 dan 9 April.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Luzhniki Stadium,Moscow pada 21 May 2008

Undian ini dikira sebagai memuaskan hati kerana ramai yg mahu menyaksikan Arsenal vs Barcelona di final nanti. Tunguuuuuu!!!

Sunday, March 9, 2008

Preview Perlawanan : Wigan VS Arsenal



Perlawanan ini bukan la sepenting dan sesukar pertemuan dengan Ac Milan tetapi kemenangan diperlukan untuk memastikan Arsenal terus di tahkta liga. Aku percaya Arsene Wenger akan menurunkan kesebelasan utama nya dalam perlawanan ini. The Gunners dahaga kan gol dan akan memastikan kemenangan besar dlm perlawanan ini.

Kedua2 pasukan ada sebab kukuh untuk memenangi perlawanan malam ini. Wigan hanya berkelebihan 2 mata dan ketiga diatas pasukan di dalam zon penyingkiran.

Bagi Arsenal pula ini adalah peluang untuk menjadikan jarak mata sebanyak 4, dan dalam masa yang sama menghapuskan tekanan daripada Man U dan Chelsea.

Kekalahan kedua2 pasukan semalam seakan memberi aspirasi kepada Arsenal. Kini tiada satu pon dari Big 4 yang dapat memenangi FA cup musim ini. seakan-akan jika Arsenal tidak memenangi nya, pasukan dari big 4 lain juga tidak akan dapat.

Selasa lalu,Arsenal telah menjadikan Milan seperti Milwall, tetapi persembahan kebelakangan ini memberikan sedikit kerungsingan. Mereka hanya menang 2 daripada 6 perlawanan. kedua2 nya adalah kemenangan 2-0. satu kemenangan keatas milan dan satu lagi kemenangan ke atas Blackburn.Kekalahan 4-0 kepada Man u masih menjadi igauan. seri bertemu Milan, Birmingham dan Villa melengkapkan kesemua 6 perlawanan terakhir yang diharungi Arsenal.

Seperti Arsenal, Wigan juga hanya menang 2 daripada 6 perlawanan. kemenangan menentang West Ham dan Derby memberikan 6 mata berharga kepada mereka. Boro, Chelsea dan Sunderland telah mengalahkan mereka dan hanya seri 0-0 bertemu Mancheter City.

Arsenal : Almunia, Clichy, Senderos, Gallas, Sagna, Denilson, Fabregas, Flamini, Hleb, Adebayor, Bendtner, Gilberto, Van Persie, Toure, Lehmann, J Hoyte, Traore, Song.

MISSING: Diaby, Walcott, Rosicky, Eduardo, Djourou


Wigan:

Wigan akan menurunkan skuad terbaik setelah Ryan taylor dan Kevin Kilbane pulih dari kecederaan.

Pemain Tumpuan: Paul Scharner


pemain pertahanan Austria ini menjadi ikon Wigan dalam beberapa minggu kebelakangan ini. menyumbang gol dalam pertemuan dengan Derby dua minggu lalu. memiliki rentetan persembahan yang menarik. namun dia memerlukan prestasi terbaiknye mlm ini untuk menyekat Arsenal.

Arsenal:

Arsenal berkemungkinan dapat menyenaraikan Kolo Toure (betis) and Alex Song (ligamen) yang pulih dari kecederaan.

walaubagaimanapun, Theo Walcott (peha) dan Abou Diaby (betis) termasuk dalam senarai kecederaan disamping juga Eduardo.


Robin Van Persie bermain salama sejam dalam perlawanan persahabatan menentang Colorado Rapids. Wenger amat mengambil berat akan Van Persie yang letih untuk bermain perlawanan malam ini. Wenger: 'Robin bermain sejam dan kelihatan OK. tetapi [dalam perlawanan Wigan] kelihatan terlalu awal bagi nya, dia akan menghabiskan perlawanan dengan sangat letih.saya akan mempertimbangkan nya.'

Pemain Tumpuan: Mathieu Flamini

Dia tidak menerima penghargaan secukupnya ketika aksi cemerlang menentang Milan. sebelom perlawanan Wenger mengarahkan pemain bermain zonal marking. tetapi Wenger lupa yang kawasan (zone) bagi Flamini adalah seluruh padang!!!. He3.


Match Prediction:

Pendapat aku tentang perlawanan ni, bukan hanya sebagai fan, tapi melihat perlawanan secara keseluruhan. kita dah menjadi pasukan English pertama mengalahkan Milan di San Siro, meletakkan permainan menarik di kalangan pemerhati2 bolasepak seluruh dunia. Namun Wigan pasukan yang kental dan agak sukar di jinakkan. namun hantaran buruk selalunyer menyebabkan bencana bagi wigan. berbalik kepada Arsenal, mlm ini kemenangan 1-0 kepada Arsenal. Gol dari Adebayor.

p/s ; bg prediction korang pulak dalam komen.


Pagi yang janggal....



erm pagi ni aku rasa janggal.kire rare la..sesuatu yang susah nk jumpa.3 perkara rare berlaku serentak semlm.perkara yang mengejutkan ramai orng, first pasal pilihanraya. suara rakyat yg menuntut perubahan mula kedengaran. buat pertama kali dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. perkara kedua Man Kayu kalah ngn Portsmouth.aku duduk seawal pukul 8 di grand stand nk sbb nk tgk keputusan pilihanraya kt warung gambang perdana (GP). he3 cam biasa aku akan menjadi penyokong pasukan2 yg menentang Man Kayu.1 st half suasana berdebar.meja sebelah masa penuh ngn penyokong2 Man Kayu ni.aku melancarkan kata2 provok bg diorg panas cket.ha3..pompey kn serang je 1st half tp ttp kedudukan 0-0.selepas 2nd half aku pon pelik napa le ferguson bangang sgt kuarkn van der sar.mungkin merasakan yg tiada cabaran dr pompey dn die rasa boleh menang mudah kot.akhirnye tindakan tu membawa padah.hasil dari sepakan Davis James kepada Krnjar, larian kemas Kranjar berjaya menyusup kepenjuru kanan Man Kayu dan dengan bijak melorongkan kepada Baros. Baros sekali lagi melakukan tindakan bijak.bukan sahaja ingin mendapatkan gol tp membuatkan kuzak dilayangkan kad merah.haa...masa ni paling best. tergelak aku tgk Ferdinand pki jersey keeper. Sulley Ali Muntari dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti. yeahhhh ms tu aku berdiri menjerit di hadapan penyokong Man Kayu yang rata2 muke smua kelat je..ha3...mmg lawak la tgk ferdinand jd kepper.slalu klu match die asik marah Van der Sar je, ha skarg amik kau, jd keeper br tau senang ke ssh nk save bola tu. dh jd keeper x tau nk marah sapa dh. so ape lagi, ber monolog dalaman marah diri sendiri la..ha3..smlm aku blk dr GP dengan hati gembira n perut yang kenyang mkn ns lemak. hua3..bestnyer...nk blk tu nganjing2 cket fan man kayu..hua3... erm perkara ke3 yg janggal lak bile aku bkk je The Sun pg ni tgk Chelski kalah ngn Barnsley. Barnsley mmg layak r digelar giant killer.dh la kalahkan LiverFOOL pastu kalahkan Chelski lak.dua2 wakil EPL men champion league. aku rasa klu Capello letak jawatan ke, ble la FA England amik manager Barnsley jadi manager England..hua3..Tamat sudah cabaran big 4 dalam FA Cup.sekurang nyer Arsenal FC x kalah ngn team ayam di laman sendiri, sekurang kurang nyer Wenger x la over konfiden n membuat tidakan bodoh tukar kepeer ms 1st half. ok gurd luck Barnsley utk FA Cup....perjuangan Arsenal FC diteruskan untuk CL dan EPL. adios!!!

Friday, March 7, 2008

Gunners hadapi dua lagi kecederaan pemain


Abou Diaby dan Theo Walcott akan terlepas perlawanan menentang Wigan pada pertemuan Liga Perdana Barclays minggu ini.

Diaby mengalami kecederaan betis dalam saingan piala juara juara semasa perlawanan menentang Milan selasa lepas.

Walcott, yang bermain sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu pula mengalami kecedaraan peha semasa perlawanan menentang Colorado Rapid khamis lalu.

kedua-dua pemain ini akan terlepas kunjungan ke JJB stadium menentang Wigan ahad ini. walaubagaimanapun, Van Persie di jangka tersenarai melihat pada tahap kecergasan yang hampir pulih sepenuhnya seteleh dilihat mampu bermain selama sejam menentang Colorado.


Kolo Toure juga mungkin tersenarai tetapi Thomas Rosicky masih dibelenggu kecederaan sekurang kurangnya sehingga minggu depan untuk pulih.


"Bermula malam selasa kami kehilangan Abou Diaby," kenyataan Arsene Wenger dalam laman web rasmi kelab. "Dia mengalami kecederaan betis."

"Hari ini kami juga kehilangan Theo Walcott. Dia bermain menentang Colorado Rapids dan dia mengalami kecederaan peha."

Wenger Kecam Bentley

Walcott, menjadi tajuk perdebatan antara Wenger dan bekas pemain Arsenal David Bentley.

Bentley, yang sekarang bermain Blackburn, memberitahu Walcott supaya meninggalkan Stadium Emirates untuk mendapat peluang lebih kerap bermain.

Wenger marah dengan kenyataan itu dan menuduh Bentley cuba meninbulkan rasa kurang senang terhadap pemain muda nya.

"Saya tidak tahu mengapa seorang pemain perlu mempengaruhi pemain lain untuk meninggalkan kelab. itu bukan tugas mereka."

"Apa yang penting adalah, apa yang seorng pemain itu perlukan. Apabila kamu berada dalam sebuah kelab terbaik dunia, kamu perlu terima saingan, dan apabila kamu menerimanya, ia akan menjadikan kamu lebih baik.

"Saya percaya Theo dapat menyesuaikan diri di sini. dia baru berumur 18 tahun dan untuk bermain kerap didalam sebuah kelab terbaik dunia adalah sukar.

"Sebagai seorang penyerang, dia mempunyai kualiti. bila dia datang, dia membawa suatu impak. Masa hadapan, dia akan memberi impak pada setiap permulaan permainan. kamu tidak boleh menganggu peningkatan dan perkembangan seseorang pemain. kamu akan gagal jika kamu berpindah."

Rakan sepelatih Mputu ditawarkan tempoh percubaan di Arsenal

Pamphile Mihayo Kazembe, di Emirates

Arsenal telah menawarkan pemain Tp Mazembe, Pamphile Mihayo Kazembe utk menjalani percubaan di Arsenal. Beliau adalah pemain kedua dari kelab Congo yang dibawa oleh Wenger untuk menjalani tempoh percubaan di Arsenal.

Tahun lepas, Arsenal telah menawarkan Tresor Mputu juga untuk menjalani tempoh percubaan kerana Wenger menyifatkan Mputu sebagai jelmaan Samuel Eto'o yang baru. Tetapi malangnya setelah menunjukkan bakatnya yang nyata mengagumkan, beliau menolak menyertai Arsenal.


Walaubagaimanpun, Wenger meminta kelab TP membenarkan Arsenal memberi tempoh percubaan kepada seorang lagi pemain mereka. Wenger tertarik dengan Mazembe setelah menyaksikan perlawanan persahabatan antara kelab TP dan Reserve skuad arsenal dimana kemenangan 1-0 memihak kepada Reserve skuad arsenal. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Cedric Evina.

Dalam perlawanan itu, Mputu dikeluarkan pada minit ke-8 kerana masalah kecederaan dan diganti oleh Kazembe. Permainan cantik Kazembe dalam perlawanan itu memukau Wenger dan ia dilihat sebagai prospek yang bagus untuk Arsenal.

Kazembe memakai jersey no 7, bermain sebagai pemain sayap dan memiliki fizikal yang tinggi dan kuat. tetapi berdasarkan laporan perlawanan, Kazembe lebih dilihat sebagai playmaker.

Arsenal turut meminta TP agar dapat datang kembali dan bermain beberapa lagi perlawanan menentang skuad muda Arsenal untuk memberikan peluang Wenger menyaksikan aksi Mputu dan Kazembe. Hasrat Wenger itu ditolak oleh Presiden TP, Brace Katumbi Chapwe kerana mereka terikat jadual perlawanan liga. walau bagaimanapun, Brace Katumbi membenarkan pemain yang terlibat menjalani tempoh percubaan selama 10 hari di Arsenal.


Wednesday, March 5, 2008

Kepuasan Di Luar Batasan!!!!


kepuasan x terhingga bila Arsenal menang semlm.bukan calang2 pasukan yang diorang kalahkan.tp sedikit kecewa bila lyon gagal memusnahkan impian man u.klu x conform aku ble menganjing kat supporter man u yang selama ni bongkak dan merasakan pasukan diorg je yg terbaik.pagi ni chelsea pula akan menanti kunjungan olmpyakos di stamford bridge. aku harap la chelsea berdepan laluan sukar.ho3.. harapan aku utk melihat arsenal merangkul dua piala musim ini. aku yakin dengan semangat dan gaya permainan yang konsisten, harapan tu akan tercapai. kepada smua supporters Arsenal, mari sama mendoakan kejayaan arsenal..yeah!!!!

Dari ZERO ke San HERO


Semalam adalah malam untuk diingati oleh semua peminat Arsenal. bukan hanya untuk mereka yang bertandang ke San Siro tapi untuk semua peminat di seluruh dunia. Arsenal mencatatkan rekod gemilang dalam sejarah bola sepak Eropah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 keatas milan ditempat lawan. ia adalah sejarah untuk sebuah kelab england. Milan yang mendominasi Eropah beberapa tahun kebelakangan ini dan dan tidak pernah tewas ditempat sendiri malahan juga tidak pernah melepaskan sebarang gol di tempat sendiri dalam saingan Eropah.

tetapi mlm semalam sejarah lalu tidak lagi penting kerana sejarah masa depan sedang dicipta oleh kekuatan midfield Arsenal. kegemilangan mlm semalam akan kekal dalam ingatan tetapi kejayaan demi kajayaan yang bakal dicipta tetap akan utuh sepanjang hayat.


Signal kemenangan terlihat lagi sejak separuh masa pertama. Arsenal mendominasi perlawanan sejak wisel pertama lagi. malangnye mereka bukan bermain di Emirates. tekanan yang dihadapi dihadapan 81ribu penonton di San Siro menyebabkan mereka kelihatan gugup utk mecuba diawal permainan. namun sekelip mata sesuatu keajaiban berlaku, bahagian midfield yang diterajui Fabreegas menjelmakan kekuatan dan semangat untuk membuktikan bahawa pahlawan gladiator rom dapat ditumbangkan.pemain muda Arsenal mula menunjukkan kematangan dan mereka yakin dapat menenggelamkan sorakan di San Siro.

memang banyak lagi yang perlu Arsenal lakukan diperingkat domestik mahupun eropah. tetapi sesuatu yang menunjukkan peningkatan apabila Arsenal menumbangkan bekas juara eropah walaupun melalui detik2 sukar setelah di belenggu masalah kecederaan dan di kalahkan pada saingan piala FA. semua ini menunjukkan Arsenal menjadi pasukan yang akan bertambah kuat mejelang beberapa tahun mendatang.


Arsenal telah melakukan keajaiban. perlawanan semalam adalah detik2 manis untuk diingati dan diceritakan untuk anak2 yang akan mengajar mereka erti kebangkitan dan kesungguhan. semalam, ranjau telah dilepasi, dari yang lama ke yang baru, dari yang berlalu ke yang baru dan dari Milan ke Arsenal. Selamat maju jaya Arsenal!!!!