Monday, April 28, 2008

FABREGAS WON 2008 YOUNG PLAYER OF THE YEAR


Pemain tengah muda Arsenal telah dinobatkan sebagai Young Player of the Year bagi tahun 2008. Sementara itu anugerah Players' Player of The Year jatuh kepada CRISTIANO RONALDO dari mankayu.

Fabregas telah menewaskan calon-calon lain iaitu Torres, Ashley Young, Agblonahor, dan Micah Richards.

Sementara Ronaldo telah menewaskan cabaran dari calon-calon lain iaitu Gerrard, Adebayor, Fabregas, Torres dan David James.

Untuk PFA team of the year, tiada pemain chemsea yg disenaraikan untuk tahun ini. Barisan pemain All-Star tersebut adalah

David James (Portsmouth), Bacary Sagna (Arsenal), Rio Ferdinand (Man Utd), Nemanja Vidic (Man Utd), Gael Clichy (Arsenal), Steven Gerrard (Liverpool), Cesc Fabregas (Arsenal), Cristiano Ronaldo (Man Utd), Ashley Young (Aston Villa), Emmanuel Adebayor (Arsenal), Fernando Torres (Liverpool).

Thursday, April 24, 2008

Hleb Digantung 3 Perlawanan oleh FA

Dengan baki hanya tiga lagi perlawanan liga, menyaksikan Hleb akan menyertai Eduardo dan Rosicky menamatkan musim ini lebih awal setelah FA Inggeris bertindak menggantungnya tiga perlawanan.

Pertemuan menentang Reading pada hujung minggu lepas, Hleb telah melakukan kekasaran kepada kapten Reading, Murty tetapi pengadil perlawanan yang tidak menyaksikan situasi tersebut tidak memberikan kad merah kepadanya.
Johan Djourou dan Abou Diaby juga tidak akan berada di dalam skuad bagi menentang Derby setelah mengalami kecederaan setelah beraksi bersama skuad simpanan.

Ketiadaan Hleb dan Diaby memungkin Wenger meletakkan Robin van Persie di posisi sayap kiri dan berkemungkinan besar Walcott akan digandingkan bersama-sama Adebayor di bahagian serangan Arsenal manakala Eboue di posisi sayap kanan.

Thursday, April 17, 2008

Imbasan Musim yang memberi harapan..


Aku kembali setelah lama x menulis. sori busy ngn projek sarjana muda n lain2 kerja..akhirnyer smua berakhir,macam tu jugak la berakhirnyer impian Arsenal utk menjuarai EPL. Sekarang, peluang hanya untuk Chelski dan Man Kayu.


Aku rasakan sesetengah fan x puas hati bile kiter menamatkan cabaran di tempat ketiga (hampir pasti), dan juga hanya berjaya ke Quater-Finals champion league. Sebenarnya itu adalah langkah yang menunjukkan peningkatan. Cuma nasib tak menyebelahi kita. 2 penalti menyebabkan kite tersingkir dari 2 kejohanan.

Sekarang,kepada semua Gooners yang merasakan musim ini satu lagi musim kegagalan adalah silap. Kita ada keupayaan dan kesungguhan untuk memenangi trofi, kita dah melalui detik2 cemerlang dan peningkatan permainan dari awal musim lagi.

Tetapi sebelum aku melihat detik2 cemerlang tu, aku nk imbas semula dua hari yang menyungkurkan Arsenal musim ini. Hari pertama, sabtu,februari 16, 2008. Hari dimana Arsenal dimalukan 4-0 oleh Man Kayu dalam saingan FA Cup. Memang bukan FA Cup target sebenar Wenger. Dengan menyenaraikan Traore,Hoyte, Gilberto dan eboue dalam kesebelasan utama, Wenger seaakan tidak mahu 3 kejohanan dalam masa singkat memusnahkan skuad. dengan pendedahan dan provokasi di media yang wenger sendiri menyatakan FA Cup bukan target utama telah menjatuhkan moral keseluruhan skuad. Akhirnye skuad yang bersama moral yang lemah turun pada saingan hari itu dan longlai dibelasah 4 gol. Satu langkah yang silap.

Hari malang kedua hadir 7 hari selepas itu pada saingan EPL bertemu Birmingham. Perlawanan baru bermula 2 minit, Martin Taylor melakukan terjahan mengerikan, sememangnye sesuatu yang dilihat ganas terhadap Eduardo da Silva dan menyebabkan kaki pemain itu patah. Kecedaraan yang nyata menakutkan itu dilihat di depan mata oleh kebanyakkan pemain muda Arsenal terutamanya Fabreegas,Hleb dan Adebayor yang berhampiran di tempat kejadian. Dapat dilihat muke Fabreegas yang nyata ketakutan melihat kecederaan yang begitu teruk pada Eduardo. Kejadiaan itu meninggalkan kesan mendalam terhadap seluruh pasukan dan meningkatkan lagi tahap tekanan dalam pasukan.

Antara minit kedua menentang Birmingham sehingga sekarang, Arsenal hanya menang 2 perlawanan, kalah 3 dan seri 6. Sesuatu yang tidak boleh diterima untuk sesebuah pasukan yang cuba memenangi gelaran juara Liga. Jika keputusan Liga Juara2 tidak diambil kira, kita hanya memperolehi 7 mata daripada 24 yang sepatutnya diperolehi. Dan kita seri pada Wigan, Boro & Birmingham. Pasukan yang sepatutnya kita mudah tumbangkan.

Disitu titik kejatuhan Arsenal musim ini. Bermula dimalukan oleh Man Kayu dan kecederaan Eduardo meranapkan semangat pasukan.

Sekarang kita singkap beberapa perkara yang dilihat baik berlaku musim ini.

  1. Bagi aku, perkara yang paling berharga diperolehi pemain muda Arsenal musim ini adalah pengalaman dalam saingan untuk merebut kejuaraan liga. Hanya beberapa pemain yang betul2 terlibat dalam saingan ini sebelum ini seperti Gallas, Fabregas, van Persie, dan Toure. Selain mereka ini, semuanya adalah pemain yang tidak pernah merasakan debaran perebutan kejuaraan. Ini memberikan mereka pengalaman yang paling berharga terutama kepada pemain muda seperti Walcott dan Bendtner.
  2. Bercakap mengenai pemain muda, sesuatu yang menarik untuk dilihat adalah perkembang Theo Walcott dan Nicklas Bentner. Kedua2 mereka memperolehi gol pertama dalam saingan liga dan Liga Juara2 dan mereka dilihat sebagai prospek cerah masa hadapan. Permulaan liga, ramai pemerhati menganggap Walcott akan kembali memanaskan bangku simpanan seperti musim lepas, tetapi setelah gaya permainan menarik yang ditunjukkan, larian kemas yang dibandingkan seperti "Messi/Maradona", penyokong mula melihat dia bukan lagi perlu ditempatkan di bangku simpanan. Bendtner, walaupun tidak memenangi hati penyokong tetapi dia membuktikan sumbangan 3 goal, 2 gol Liga Juara2, 1 gol FA Cup dan 1 gol Carling Cup nyata tidak mengecewakan.
  3. Kite telah lihat semangat dan kerja berpasukan yang tinggi pernah ditunjukkan semenjak "The Invicibles". Diawal musim, kita mempertonjolkan gaya permainan cantik sejak kali terakhir dilakukan oleh Brazil dalam era 1950 an. Percayalah pasukan ini amat kukuh dan skill permainan cantik tidak dapat dilihat dalam lain2 pasukan selain Arsenal.
Semua sebab2 itu menjadikan kita semakin yakin untuk musim hadapan. Permasalahan ketiga yang perlu diselesaikan segera adalah antara pemain utama dan pemain muda yang meningkat naik. Pemain seperti Gilberto, Lehmann dan Eboue hampir pasti meninggalkan Arsenal musim panas ini.

Wenger mungkin dilihat akan cuba menambah center back yang lebih kuat dan mampu menggerunkan bahagian serangan lawan. Per Mertesacker, 6 kaki 6 inci mungkin calon yang tepat. Wenger juga mungkin akan menambah seorang lagi striker dan jika berjaya mendapatkan David Villa, ia adalah sesuatu yang berharga pasukan. Harapan penyokong untuk melihat Wenger berbelanja besar musim ini. Keeper baru diperlukan menggantikan Almunia yang tidak konsisten dan kadang kala beraksi di bawah tahap sebenar. Heurelho Gomes, gol keeper Brazil yang beraksi untuk PSV dilihat calon yang tepat. selain itu, desas desus Arsenal dilihat berminat terhadap pemain midfield Feyenoord, Jonathan de Guzman dan pemain sensasi muda turki, Nurin Sahin dilihat sebagai bonus jika semua nya menjadi kenyataan. Kepulangan Carlos Vela juga adalah sesuatu yang dinanti nantikan buat peminat semua. Berikut adalah skuad musim hadapan mengikut pemerhatian aku.

Goalkeepers: Heurelho Gomes?, Almunia, Fabianski
Right Back: Sagna, Hoyte
Left Back: Clichy, Traore
Center Back: Gallas, Toure, Mertesacker?, Senderos, Song, Djourou, Nordtveit
Right Wing: Hleb, Walcott
Defensive Midfielder: Flamini,Jonathan de Guzman?,
Center Midfield: Fabreegas, Nurin Sahin?, Diaby
Left Wing: Rosicky, Vela
Striker: van Persie, David Villa?, Adebayor, Eduardo, Bendtner.

Harapan musim hadapan kejayaan yang cemerlang akan dapat dicapai. Semoga maju jaya Arsenal. Jumpa lagi musim hadapan..Adios!!

Wednesday, April 16, 2008

Musim 2007/08 dah habis, masa untuk shopping.

Kenapa susah hati? Awal musim Arsenal dijangka menghabiskan musim di bawah Spuds dan terus menuju 'kemusnahan' setelah menjual Thierry Henry ke Barcelona (kelab kitar semula Arsenal). Mujur untuk Premier League, "beautiful football" terus mengejutkan. Menamatkan musim di tangga ketiga (mungkin kedua) melebihi sasaran awal. Tahniah Arsene Wenger. Keep football beautiful.

Masa untuk merombak pasukan sudah bermula. Wenger akan menggunakan sisa perlawanan yang tak bermakna ini untuk menguji kesesuaian pemain-pemain baru untuk musim depan. Alex Song mungkin akan terus berpasangan dengan Gallas di tengah pertahanan Arsenal untuk menentukan sama ada back up diperlukan atau dia cukup bagus untuk dijadikan back up. Alex Song merupakan sebahagian dari African Cup Nations Tournament Best XI. Dia bermain sebagai defensive midfielder untuk Cameroon.


Thomas Rosicky terus mendapat gaji buta dari kelab. Dia merupakan pemain yang penting untuk 'Wengerball' berjaya. Bagaimanapun kecederaan dia mengecewakan peminat. Kecederaannya mungkin akan membantutkan karier. Seorang winger diperlukan untuk menggantikan dia. Ben Arfa dari Lyon merupakan calon yang sesuai. Muda, versatile, murah (belum sign kontrak baru) dan orang Perancis. Mungkin Rosicky boleh jadi back up. di sebelah kanan, Theo Walcott dijangka menjadi pilihan utama musim depan. Ebouseless dijangka dilantik ketua fisio menggantikan Gary Lewin kerana pengalamannya jatuh sakit yang selalu di atas padang yang menyebabkan aku berdosa sebab mencarut yang terlalu banyak. Buatlah apa-apa dengan dia asalkan bukan dengan jersi the Gunners.


Di tengah, Gilberto meneruskan ketidakgunaannya dengan memberi tendangan percuma untuk Mancs dengan mengasari Patrice Evra. Patrice Evra, bukan Ronaldo atau Ronaldinho. Dan bukannya Evra ada peluang untuk menjaringkan gol ketika itu. Gilberto secara konsisten menyusahkan pasukan, terutamanya Cesc Fabregas setiap kali bermain. Midfield Arsenal kelihatan kosong setelah Flamini keluar ketika menentang Liverpool. Syukurlah Gilberto akan menyusahkan pasukan lain musim depan sebab dia memang akan meninggalkan kita. Bagaimanapun situasi kontrak Flamini menggusarkan peminat. Dia antara pemain paling konsisten musim ini. Juventus dan AC Milan sudah menghampiri Flamini.

Di bahagian serangan, berita paling menggembirakan apabila hari ini David Villa mengistiharkan bahawa dia amat berminat untuk bermain bagi Arsenal. Beautiful football is for beautiful player. Bagaimana Wenger akan bereaksi? Adebayour belum cukup bagus untuk menjadi pilihan pertama sebagai penyerang untuk Arsenal. Jika Villa berpasangan dengan Robin Van Persie, musim depan akan sangat menarik!

Walau bagaimanapun, bagi aku situasi yang paling kritikal ialah pemilihan ketua pasukan. Gallas is NOT a captain material! Toure, Flamini dan Fabregas merupakan pilihan yang lebih bijak. Macam mana pemain yang baru masuk dari Chelski menjadi ketua Arsenal? Baik Tony Adams keluar dari persaraan dan bermain semula untuk Arsenal.

'The Invicibles' bermula selepas melepaskan kejuaraan pada musim 2002/03. Bermula dengan membelasah Southampton 6-1. Boleh kita mulakan dengan Reading Sabtu ini?

Friday, April 11, 2008

The Reds Devils v The Gunners

Barclays Premier League
Old Trafford Stadium
13 APRIL 2008, 10.00 pm

Pertemuan kali ini lebih kepada hala tuju perjalanan liga musim ini. Adakah baki empat perlawanan seterusnya akan melibatkan tiga penjuru atau dua sahaja dalam mencari juara liga musim 2007/08? Ia akan ditentukan malam Ahad ini.

Kalah atau seri boleh la dikatakan selamat tinggal kejuaraan liga bagi Arsenal. Ketinggalan enam mata di belakang Manchester United, dengan baki lima perlawanan, peluang masih ada secara matematik dan masih lagi mampu merangkul kejuaraan sekiranya memenangi ke semua baki perlawanan.

Kecederaan yang dialami oleh Flamini sewaktu pertembungan suku akhir kedua CL di Anfield meletakkannya di bangku simpanan selama 3 minggu manakala Bacary Sagna yang cedera sewaktu menentang Chelsea gagal mengikuti trip ke Old Trafford.

Tomas Rosicky (hamstring) dan Eduardo (patah kaki) sudah menamatkan liga lebih awal kerana keceraan serius yang dialami. Abou Diaby pula digantung perlawanan disebabkan kad merah yang dipungut sewaktu menentang Bolton.

Ketiadaan pemain-pemain ini menyebabkan Arsenal agak tempang jika dibandingkan dengan pemain Manchester United yang sehat walafiat. Sudah pasti Arsenal akan bermati-matian bagi memastikan kempen liga masih lagi terbuka.

Fokus buru gelaran liga


ADEBAYOR mahu rakan sepasukan
bangkit buru gelaran liga.


LONDON - Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor mahu rakan sepasukannya melupakan terus saingan Liga Juara-Juara dan kembali memberi tumpuan kepada usaha mereka untuk memburu gelaran Liga Perdana England musim ini.

Skuad The Gunners itu akan berdepan ujian baru apabila berkunjung ke Old Trafford Ahad ini untuk berdepan pendahulu liga, Manchester United.

Kunjungan itu hadir hanya empat hari selepas mereka tersingkir daripada saingan Eropah ekoran kekalahan 3-5 kepada Liverpool pada suku akhir.

Arsenal kini ketinggalan enam mata di belakang United dan hanya kemenangan sahaja akan memberi jaminan kepada harapan untuk memburu gelaran liga musim ini.

"Perkara paling penting sekarang ialah memberi fokus kepada apa pencapaian yang boleh kami raih musim ini," jelas penyerang antarabangsa Togo itu.

"Kami masih bermain untuk memburu gelaran dan kami percaya boleh memenangi sesuatu musim ini.

"Ahad ini adalah perlawanan cukup besar dan kami akan lihat apa yang perlu dilakukan," katanya.

Wenger melahirkan rasa bangganya dengan kekuatan mental yang dipamerkan barisan muda Arsenal, namun dia berhadapan tugas sukar untuk membina keyakinan semula di kalangan pemain.

"Kami mempelajari banyak perkara tahun ini, namun bos kami mempunyai pengalaman berbanding sesiapa di sini.

"Dia tahu perkataan yang boleh digunakan untuk kami kembali bangkit beraksi cemerlang di atas padang," katanya.

Thursday, April 10, 2008

Detik-detik pemusnah

Disini aku ada gambar macam mana reff boleh kate toure jatuhkan babel dalam kotak penalty aritu masa match Arsenal lwn liverpool... mari kita sama-sama lihat, adakah ia benar-benar patut diberikan penalty??



aku pun pelik ah ngan reff ni. tah ape die pikir tah sampai die nak kasi sangat penalty. kualiti pengadilan yg SANGAT TERUK!!

tapi, kenapa ini tidak diberikan penalty pulak??



...sama-sama kita fikirkan!....

Wednesday, April 9, 2008

Champios League : Liverpool 4 - Arsenal 2 (Agg 5-3)

Sedih sekali menerima keputusan Liverpool vs Arsenal ini. Dikala kemenangna sudah hampir pasti menjadi milik Arsenal, Referee yg tak guna kali ini telah menghadiahkan satu penalti yg bodoh kepada Liverpool untuk memastikan mereka selesa menang di Anfield. Ternyata keputusan mengecewakan daripada pengadil telah menghancurkan harapan berjuta harapan peminat-peminat Arsenal dan bola sepak dunia. Dimanakah taraf mutu pengadilan Champions League sekarang?? Kesilapan referee pada pusingan pertama (tidak memberi penalti kepada Hleb yg dijatuhakan Kuyt dlm kotak penalti), kini berulang kembali sekaligus mendatangkan akibat yg buruk kepada pasukan The Gunners untuk berpeluang menjulang trofi Champions League musim ini.

Berikut adalah keputusan penuh:

Arsenal 2 - Diaby 13, Adebayor 84

Liverpool 4 - Hyypia 30, Torres 69, Gerrard 85 pen, Babel 90+2


Aggregate : 3-5

Kem Arsenal dilanda kesdihan lagi apabila Flamini mendapat kecederaan kaki akibat dipijak Gerrard. Dia tidak dapat beraksi untuk membantu Arsenal dan digantikan dengan Gilberto Silva-yg-tidak-berguna.

Sedih dan frust dengan keputusan perlawanan ini!! Next round Liverpool akan bertemu Chelsea y menewaskan Fenerbache 3-2 secara aggregate.

Tuesday, April 8, 2008

Arsenal ada kualiti juara - Wenger


WENGER (kanan) memberi arahan kepada Cesc Fabregas ketika sesi latihan menjelang pertemuan menentang Liverpool awal pagi esok.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan barisannya memiliki kualiti bagi merangkul gelaran Liga Juara-Juara musim ini.

Pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok, anak buah Wenger akan turun selaku pasukan bukan pilihan selepas mereka sekadar seri 1-1 dengan Liverpool dalam pertemuan pertama di Stadium Emirates minggu lalu.

Bagaimanapun, Wenger menolak dakwaan bahawa peluang anak buahnya untuk mara ke saingan separuh akhir sudah tertutup.

"Masih terlalu awal untuk membuat ramalan tentang kedudukan kami musim ini tetapi saya tahu kami mampu layak (ke separuh akhir) kerana kami memiliki kualiti melakukannya.

"Kami telah menunjukkan peningkatan berbanding musim lalu kerana kami telah memberi saingan sejak awal musim. Kini kami berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik Liga Juara-Juara.

"Pemain muda telah melakukan tugas dengan cukup baik. Sekarang kami perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi aksi ini.

"Kami akan menampilkan aksi terbaik ketika berdepan pertahanan Liverpool yang dianggap kebal," kata Wenger.

Sementara itu, kapten Arsenal, William Gallas berkata, skuad The Gunners sudah bersedia berjuang habis-habisan pada aksi di Anfield nanti.

"Kami harus bekerja keras di Anfield tetapi itu satu perkara yang baik.

"Ini merupakan satu peluang terbaik untuk beraksi di sana dan kita akan lihat apa yang bakal berlaku. Semua pemain sudah bersedia menghadapi perlawanan ini," jelas Gallas.

Sunday, April 6, 2008

Premier League : Arsenal v Liverpool - Review

Argghhh...seri lagi. Memang Arsenal menghadapi masalah besar semenjak ketiadaan Eduardo terutamanya di bahagian serangan. Kenapa semua ni berlaku di hujung musim dan semakin menutup peluang Arsenal meraih piala musim ini. Secara matematiknya, peluang Arsenal menjuarai liga semakin masih ada tetapi tipis, semakin malap dan kemenangan Manchester United di Merseyside akan memastikan Arsenal ketinggalan 8 mata dalam baki 5 lagi perlawanan.

Bagi orang yang mempercayai keunikan bola sepak, peluang masih ada bagi Arsenal. Sekiranya mampu memenangi perlawanan di Old Trafford dan Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge. Tetapi Arsenal perlu fokus kembali kepada baki lima perlawanan liga jika ingin memenangi EPL musim ini.

Kedua-dua pasukan menurunkan beberapa pemain simpanan bagi merehatkan pemain bagi perlawanan ketiga di Anfield. Kemenangan akan memastikan pasukan tersebut menunggu pemenang di antara Chelsea/Fenerbahce di semi final liga juara-juara Eropah.

Babak awal perlawanan banyak dikuasai oleh Liverpool jika dibandingkan perlawanan sebelum ini. Percubaan oleh Crouch berjaya ditolak keluar oleh Almunia dan pemain ini berjaya juga membocorkan gawang Arsenal di minit ke-41 dengan melakukan pace dan rembatan silang melepasi jangkauan Almunia.

Tetapi Arsenl yang digelar 'come back into the game' berjaya mendapatkan jaringan penyamaan melalui Nicklas Bendtner setelah sepakan percuma Fabregas berjaya ditanduk masuk menewaskan Pepe Reina. Arsenal mengandakan usaha mencari gol kemenangan tetapi Liverpool yang bermain secara bertahan menyukarkan Arsenal mencari gol yang akan memastikan Arsenal mampu mencabar takhta liga.
Kemasukan Adebayor, Andriy Voronin, Gael Clichy, Steven Gerrard, Alexandr Hleb dan Fernando Torres gagal merubah kedudukan perlawanan. Kedua-dua pasukan akan bersaing semula dalam perlawanan suku akhir liga juara-juara di Anfield dan pemenang akan menantikan keputusan perlawanan antara Chelsea/Fenerbahce di separuh akhir liga juara-juara Eropah.

Saturday, April 5, 2008

Kembali Bersaing!




LONDON – Selepas dua hari, Arsenal dan Liverpool kembali berentap di Stadium Emirates.

Kali ini, kedua-dua kelab gergasi England itu bukan beraksi pada kempen Liga Juara-Juara tetapi mereka akan tampil dalam saingan Liga Perdana England.

Baik Arsenal mahupun Liverpool, kedua-dua pasukan turun dengan misi yang berbeza.

Ketika Arsenal mengintai peluang bergelar juara liga, Liverpool pula mahu mengukuhkan kedudukan di tangga keempat bagi menjamin slot pada

saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Arsenal yang ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester United perlu mengelak daripada tewas atau mencatatkan keputusan seri hari ini jika berhajat merangkul kejuaraan liga.

“Apa yang perlu kami lakukan ialah memberi tumpuan untuk memenangi semua baki perlawanan musim ini,” kata pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas.

“Saya sedar bahawa kami tidak lagi menjadi pasukan pilihan tetapi segala-galanya bergantung pada baki enam perlawanan seterusnya.

“Kami perlu memenangi baki enam perlawanan ini untuk mencerahkan peluang bergelar juara.”

Sementara itu, pengendali Liverpool, Rafael Benitez dijangka merehatkan beberapa tonggak utamanya hari ini sebelum kedua-dua pasukan kembali bertemu pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield Rabu depan.

Steven Gerrard, Fernando Torres, Dirk Kuyt, Sami Hyypia, Jamie

Carragher dan Ryan Babel adalah antara pemain yang dijangka memanaskan bangku simpanan Liverpool.

“Torres dan Gerrard perlu cergas untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

“Ada pemain yang pulih dalam tempoh dua atau tiga hari. Mungkin kami perlu membuat penukaran pemain,” kata Benitez.

Friday, April 4, 2008

Vela+Denilson+Merida+Walcott: Gabungan Midfield Terbaik

Aku hari ini kerja aku layan video di youtube terutamanya video-video youngster Arsenal. Teruja aku melihat aksi-aksi mereka terutamanya Carlos Vela dan Merida. Teringin aku melihat kombinasi empat pemain ini beraksi serentak. Carlos Vela yang dipinjamkan ke Osasuna sememangnya beraksi begitu mantap sekali. Sebelum dipinjamkan kepada Osasuna, Celta Vigo merupakan destinasi awalnya menimba pengalaman. Vela yang akan beraksi bersama Arsenal di musim hadapan telah membuatkan aku teruja menunggunya menyarung jersi Arsenal.

Fran Merida yang mendapatkan jolokan the new Fabregas sememangnya mempunyai bakat yang amat besar. Kemampuannya melakukan free kick dengan baik, passing yang tepat, rembatan jarak jauh dan teknik kawalan bola yang dimilikinya, sememangnya pemilihan bakat baru yang terbaik oleh Arsene. Kemampuan kedua-dua pemain ini akan menjadikan era kegemilangan Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger akan berterusan.

Kelincahan, kepantasan dan mengucar kacirkan pertahanan lawan yang sering kali dilakukan oleh Theo Walcott merupakan aset bagi Arsenal di masa akan datang. Jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya, musim ini menyaksikan Theo lebih banyak beraksi dan juga terpilih menyertai pasukan senior England. Walaupun belum beraksi bersama skuad utama England,tapi ia adalah berita yang amat baik bagi kariernya.

Kapten bawah 19 tahun Brazil iaitu Denilson merupakan pemain kreatif di bahagian tengah dan apa yang aku nampak, dia akan menjadi seperti Gilberto. Seorang pemain yang tenang dan kemahiran mengawal corak permainan lawan adalah bakat yang dimilikinya cuma dia perlu lebih berni bermain secara fizikal seperti Flamster. Aku yakin keempat-empat pemain yang berusia lingkungan 19 tahun ini mampu menjadi pelapis terbaik bagi skuad the Gunners yang sedia ada.

Rating pemain (VS Liverpool)

Almunia (8)

Salah seorang pemain paling konsisten musim ini. Tangkapan penting dari snapshot Dirty Kuyt awal separuh masa kedua.

Toure (7)

Harus dipersalahkan kerana tidak dapat membaca pergerakan Gerrard tapi bukan salahnya sepenuhnya yang menyebabkan gol. Memberi lebih pergerakan menyerang berbanding Sagna tetapi terlalu sama dengan Eboue yang menyebabkan tidak dapat menyerang dengan efektif dari sayap kanan.

Gallas (7)

Tugasan asas sebagai centre back dipenuhi. Bagaimanapun, kebiasaan dia membuat hantaran ke belakang selepas attacking corner memperlahankan rentak menyerang Arsenal. Bijak menjaga Fernandiving Torres.


Sanderos (6)

Sepatutnya membuat clearance selepas Gerrard membuat cross yang menyebabkan gol Liverpool.

Clichy (8)

Antara pemain terbaik malam itu. Kadang - kadang aku rasa teman sepasukan menyusahkan kerja dia. Larian serangan yang mengancam dan jarang lambat untuk track back ke pertahanan. Jaga - jaga dengan over confidence.

Eboue (5)

Kenapa dia masih bermain untuk Arsenal?

Flamini (7)

Pemain paling banyak berlari di atas padang. Lebih 12 kilometer. Perhatikan pergerakan dia dan Fabregas di perlawanan seterusnya. Bijak mengisi kekosongan tetapi lambat membuat clearance ketika Arsenal tertekan di kawsan sendiri menyebabkan gol Gerrard dan Taylor (Bolton).

Fabregas (9)

Man of the match. Kelihatan semakin kuat fizikalnya. Pengamatan permainan yang luar biasa. Sanggup berlari untuk membantu pertahanan. Pemain kedua banyak berlari di atas padang. (ketiga Gerrard)

Hleb (7)

Adakan pengadil di Eropah buta? Kejadian sama di Milan. Artis sebenar bolasepak selepas Ronaldinho. Berani mengambil risiko. Walaubagaimanapun dia perlu ada pesaing untuk posisi dia supaya dia bekerja lebih keras di atas padang.

Van Persie (7)

Terbukti penting untuk set piece Arsenal terutamanya corner sebelah kanan. Masih belum cukup match fitness dan belum tajam di depan gol.

Adebayour (7)

Penjaring gol. Berani dan bagus di udara. Bijak membuat trick walaupun jarang menghasilkan gol. Tetapi sentuhan pertama selalu mengecewakan.

Walcott (8)

Penonton teruja setiap kali dia menyentuh bola. Keyakinan terserlah ketika membuat rembatan dari luar petak penalti. Pasti boleh menewaskan sesiapa dalam situasi satu sama satu dan menyebabkan Liverpool memerlukan dua atau tiga pemain untuk menjaga dia. Sinar harapan untuk Arsenal.

Bendtner (6)

Hampir tiada sumbangan kecuali membantu mengawal gol Reina. Walaubagaimanapun, bukan salahnya kerana dia mungkin sedang mengelak bola. Perlu belajar positioning. Rajin mengejar bola.

Wenger akui peluang seimbang


LONDON - Arsene Wenger mengakui peluang Arsenal dan Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara masih terbuka.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Emirates kelmarin, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Penyerang Liverpool, Dirk Kuyt menafikan hajat Arsenal meraih kemenangan apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-26 selepas Emmanuel Adebayor meletakkan The Gunners di hadapan tiga minit sebelum itu.

Keputusan seri itu meletakkan Liverpool sebagai pasukan pilihan pada aksi kedua di Anfield Rabu ini.

Begitupun, Wenger tetap yakin beberapa anak buahnya mampu mengulangi persembahan terbaik ketika mereka menewaskan AC Milan pada aksi kalah mati di San Siro sebelum ini.

"Saya tidak menyalahkan pemain," kata pengendali Arsenal itu.

"Dalam perlawanan seperti ini, kamu tidak mungkin dapat mencipta 20 peluang, kamu cuma mencipta empat atau lima dan itulah yang kami lakukan berbanding Liverpool.

"Untuk menamatkan perlawanan seperti ini adalah sesuatu yang mengecewakan. Tetapi kami mempamerkan persembahan seperti yang diharapkan dan kami mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan itu.

"Liverpool kurang mencipta peluang dan hanya menguasai sebahagian daripada aksi babak kedua."

Wenger turut tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan terutamanya selepas Arsenal tidak dihadiahkan sepakan penalti apabila Kuyt mengkasari Alexander Hleb di kawasan kotak penalti.

"Ia adalah jelas sepakan penalti," kata Wenger.

"Beberapa kali kejadian itu berlaku kepada kami dan ia adalah sesuatu yang sukar untuk diterima."

Sementara itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez berkata, dia mempunyai percaturan tersendiri bagi memerangkap Arsenal di Anfield nanti.

"Kami berada dalam di landasan terbaik," jelas pengendali dari Sepanyol itu.

"Beraksi di Anfield dan mendapat sokongan padu penyokong sendiri akan memberi satu situasi yang berbeza."

Wednesday, April 2, 2008

Arsenal tidak gentar jumpa Liverpool



Arsenal tidak gentar berdepan Liverpool sekalipun skuad The Reds itu memiliki rekod cemerlang pada kempen Liga Juara-Juara.

Dalam tempoh tiga tahun terakhir, Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebanyak dua kali termasuk ditabalkan selaku juara pada musim 2005.

Begitupun menjelang aksi suku akhir pertama di Stadium Emirates awal pagi esok, Arsenal jelas sekali tidak tertekan dengan reputasi yang dimiliki Liverpool.

Berbekalkan kejayaan menyingkirkan Liverpool pada saingan Piala Liga dan Piala FA musim lalu, Arsenal tampak lebih yakin bagi menghadapi lawan mereka itu.


PEMAIN tengah Arsenal,
Alexander Hleb (kiri) serta
Theo Walcott giat berlatih menjelang aksi menentang
Liverpool awal pagi esok.


Tonggak pertahanan Arsenal, Kolo Toure percaya kejayaan menewaskan Liverpool dalam dua kempen tersebut menjadi pembakar semangat buat The Gunners menidakkan hajat musuh tradisi mereka itu.

"Ia adalah satu pertemuan yang menarik," kata pemain pertahanan skuad kebangsan Ivory Coast itu.

"Musim lalu kami bertemu mereka (Liverpool) sebanyak empat kali. Daripada empat pertemuan kami berjaya menewaskan mereka sebanyak tiga kali.

"Kami sedar ia merupakan satu perlawanan yang sengit tetapi kami mempunyai kualiti tersendiri dan saya yakin Liverpool akan takut untuk bertemu kami.




"Kami perlu membuktikan pada mereka bahawa kami perlu lebih hebat berbanding musim lalu."

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui aksi menentang Liverpool merupakan satu cabaran paling sukar dalam kariernya sepanjang 12 tahun mengendali kelab England itu.

"Ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat. Sepuluh hari akan datang bakal menentukan hala tuju kami musim ini," jelas Wenger.